Sunday, 9 February 2014

PANASSS !! KETUA CABANG PKR BALING KELUAR PARTI !!




Ketua PKR Cabang Baling, Telah mengumumkan keluar parti padang Sidang media yang di lakukan di kediamanya Taman Sri Puteri, Kuala Ketil Baling Kedah, Pada 09/2/2014 LIM CHONG ANN berbuat demikian kerana setelah sekian lama, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya. Menurutnya, PKR Pusat langsung tidak mengambil berat tentang nasib Cabang-Cabang di seluruh negara ketika Ketua Cabang masing-masing cuba menghidupkan parti.

Pimpinan Pusat hanya mengutamakan KRONI dansangat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan Ketua-Ketua Cabang yang telah bersusah payah berhabis wang ringgit semasa PRU 13, tenaga serta mencari sokongan namun dipinggirkan malahan tiada peruntukan yang diberikan oleh PKR Pusat.

PANASS !! STAFF YAYASAN ISLAM KEDAH NAFI SYARIKAT JUDI TAJA PROGRAM MAHABATTUR RASUL @MukhrizMahathir


Pagi tadi aku dah keluarkan artikel cubaan fitnah dari pihak pas Kedah yang menuduh program Mahabattur Kedah berselawat yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Kedah, Pejabat Mufti, Pejabat Menteri Besar dan TV Al Hijrah penaja bersama program berkenaan menerima tajaan dari syarikat Judi..

Tanpa menunjukkan dokumen atau bukti bukti lengkap mereka menuduh dan menyebarkan dilaman laman sosial Facebook

Setelah isu ini mendapat kritikan ribuan rakyat Kedah yang hadir dalam program berkenanan, salah seorang kakitangan Yayasan Islam Kedah yang dipertanggungjawab mengurus hal hal penaja tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut staff YIK tiada satu pun syarikat judi yang menaja program berkenaan.Jadi beliau meminta supaya henti menyebarkan berita fitnah ini..

@MukhrizMahathir PAS KEDAH FITNAH MAJLIS MAHABATTUR RASUL DISPONSOR SYARIKAT JUDI !! #HanyadiKedah



Kerana sakit hati melihat puluhan ribu rakyat Kedah membanjiri Stadium Darul Aman semalam sempena majlis Mahabattur Rasul Kedah Berselawat, semalam Pas menyebarkan fitnah mengatakan majlis berkenaan disponsor syarikat Judi pula..


Sebelum majlis berlangsung mereka menyebarkan fitnah bahawa program berkenaan bertujuan politik dan mereka melarang sekolah sekolah pondok pro Pas hadir ke majlis berkenaan.

Dalam masa yang sama mereka menyebarkan poster palsu yang telah di edit untuk memfitnah DS MB dan isteri..

Saturday, 8 February 2014

TAIB MAHMUD SAH LETAK JAWATAN



Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah meletak jawatan dan bakal mengumumkan penggantinya dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas menentukan siapa pengganti.

Bagaimanapun dalam mesyuarat hampir lima jam itu, MKT dan kaukus memutuskan memulangkan kuasa menamakan pengganti kepada Abdul Taib. – BH Onlin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive