Sunday, 22 January 2012

TUDIAA AIH!! PENGHARGAAN DARI KERAJAAN PAS UNTUK RAKYAT KEDAH DAN KELANTAN!!

Kerana mementingkan keuntungan balak,kerajaan pas sangup mengabaikan kemudahan asas paling penting buat rakyat.

Dimanakah tanggungjawab pas sebagai pentadbir negara berkebajikan??Adakah ini satu hadiah buat pengundi pas?

Mana janji janji pas dalam manifesto 2008 yang berjanji akan meningkatkan kualiti air di negeri kedah?

Jangan hanya pandai bercakap sahaja,bila sudah memerintah semuanya janji tinggal janji


PANAS!! SELAIN GRO PENANG JUGA AKTIF DENGAN DARAI???

BAPOK INDON



Tujuh Pondan Ditahan Di Sekitar George Town Ketika Tunggu Pelanggan


GEORGE TOWN, 22 Jan (Bernama) -- Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.

"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.

Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit.

-- BERNAMA


MTK
kat penang sapa pegang jawatan exco hal ehwal Islam?dap jugak ke??

TUDIA!! UMNO KOLA KEDAH CARI PASAI DENGAN MASYARAKAT CINA??




Umno Kuala Kedah Agih 2,000 Kotak Limau Kepada Masyarakat Tionghua


ALOR SETAR, 22 Jan (Bernama) -- Umno Kuala Kedah mengagih-agihkan 2,000 kotak limau Mandarin kepada masyarakat Tionghua melalui program tahunannya sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut esok.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri merangkap ketua Umno Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah 'turun padang' mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah menyerahkan 'lapan biji limau' yang dibungkus sebagai simbolik untukmemeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.

"Sehingga kini saya telah pergi lebih 5,000 buah rumah selain mengagihkannya kepada orang ramai di pasar-pasar malam dan peniaga-peniaga di Kuala Kedah serta pekan-pekan kecil," katanyakepada pemberita selepas menyerahkan 150 kotak limau kepada pasukan Bomba Sukarela Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.

Katanya program pengagihan buah lima itu telah dimulakan sejak dua minggu lepas.

Hari ini, Latt Shariman yang juga Penyelaras Parlimen Kuala Kedah meneruskan program penyampaian buah limau kepada masyarakat Cina di taman-taman perumahan di Kuala Kedah.


MTK
selamat tahun baru cina buat masyarakat tionghua di kola kedah!!

PANAS !!! GOLONGAN GAY DI SIAM DAN ASIA MENYERANG ANWAR??



AIDCNews - 21/01/12 - dragoncastle.net, satu laman komuniti Gay Thailand dan Gay Asia melaporkan meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepas dan dibebas oleh mahkamah daripada tuduhan meliwat, namun ketua pembangkang itu terus diserang, kali ini disebabkan Ketua Umum PKR itu menyokong hak-hak gay.

Lapornya, akhbar-akhbar pro-kerajaan telah menyelar Anwar pada hari Ahad kerana Ketua Umum PKR itu mencadangkan undang-undang ketat di Malaysia berkenaan liwat dan oral seks perlu dikaji semula.

Kenyataan Anwar itu dibuat semasa wawancara dari Mumbai dengan BBC, 12 Jan, di mana Ketua Pembangkang itu berkata Malaysia perlu mengkaji semula ‘beberapa undang-undang kuno’ yang ‘menghukum dan tidak relevan’.

“Kami tidak menggalakkan homoseksual dalam domain awam atau tempat terbuka. Saya tidak fikir kita perlu membuat permohonan maaf untuk itu. Tetapi menggunakan undang-undang ini untuk menghukum individu yang tidak bersalah, tidak boleh dibenarkan atau diterima”, lapor laman itu yang memetik kata-kata Anwar di BBC News.


Lapornya lagi, aktiviti liwat dan oral seks sama ada antara sama sejenis yang bersetuju atau sebaliknya adalah dilarang di Malaysia dan boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara dan sebatan. Umat Islam yang mengamalkan aktiviti homoseksual juga boleh dikenakan hukuman di bawah undang-undang Islam.

Laporan yang sama juga terdapat di ILGA (The International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association) satu komuniti pembela LGBT antarabangsa yang berpengkalan di Brussels.

SUMBER AIDC

MTK
habis la bang nuar jenuh lari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive