Saturday, 1 June 2013

PANASS !! MASIH ADA PARASIT PAS DALAM KHTP YANG SAPU DUIT RAKYAT ??




Aku tertarik dengan pendedahan terbaru blog Kedah Times tentang parasit parasit Pas yang masih berkeliaran dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri SLC di Kedah.. Parasit parasit Pas yang tidak kenal erti kenyang ini kelihatan sibuk mengagihkan projek projek kepada kroni mereka..

Terbaru projek di khabarkan projek di KHTP telah dianugerahkan kepada kontraktor Pas oleh parasit parasit ini..Dengan muka tak malunya parasit parasit ini masih membedak wang rakyat Kedah untuk kroni kroni mereka..

Baca pendedahan Kedah Times dibawah..




Setelah kerajaan PAS ditolak rakyat pada 5 Mei 2013 dengan undi popular kepada BN sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus, manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus, YAB Menteri Besar yang baru, Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir telah mengarahkan secara terbuka dan melalui arahan dalaman agar perkara-perkara yang merugikan rakyat termasuk penebangan balak dan pentadbiran Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (SLC) dihentikan sementara untuk dirujuk dan diteliti.

Dengan tersadainya lori balak dan tiada lagi aktiviti penebangan, sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa arahan itu telah dipatuhi.

Tetapi ini tidak berlaku di anak-anak syarikat kerajaan, dimana arahan agar sebarang anugerah projek baru atau mengeluarkan perbelanjaan besar perlu dirujuk ke pejabat Menteri Besar tidak diendahkan.

Dato' Ahmad Shukri
Oleh kerana kerajaan Umno tidak bertindak kejam dan memecat terus lantikan politik, sebagaimana PAS memecat secara terhina Dato' Ahmad Shukri dari golongan profesional pada 2008, ahli politik PAS sehingga kini masih memegang teraju SLC.

Namun, bukan terima kasih yang mereka ucapkan, sebaliknya mereka mengambil kesempatan dengan menganugerahkan projek-projek kepada kroni mereka yang bukan kecil nilainya.

Di KHTP misalnya, projek pembangunan bernilai RM12 juta telah dianugerahkan kepada kontraktor PAS tanpa merujuk pejabat MB tidak sampai 24 jam selepas arahan diterima daripada YAB Menteri Besar. KHTP yang selama ini melaksanakan projek-projek yang 100% dari dana kerajaan persekutuan, sepatutnya lebih memahami prosedur sebaliknya meredah arahan Menteri Besar!


Projek yang telah melalui kajian dan perbicangan semenjak lebih setahun lalu, secara gopoh gapah dianugerahkan kepada kroni PAS iaitu Arkitek Juhari Hashim, walhal Arkitek Farah Sofiah adalah pencadang asal yang bekerja dari mula, ditinggalkan terkontang kanting. Juhari Hashim pula kemudiannya melantik kroni pas antaranya Perunding Mojass dan Perunding K&H untuk melaksanakan projek yang mana lantikannya dibuat tergesa-gesa ini. Jauh sangatkan pejabat MB di Wisma untuk dirujuk?

Perlu disegerakan sangatkan anugerah projek ini, sedangkan prosesnya telah berjalan selama lebih setahun.

Bukanlah siapa mendapat kontrak yang KT pertikaikan, tetapi kenapa engkar arahan YAB Menteri Besar sedangkan projek boleh diteruskan, cuma kenapa lari daripada merujuk kepada Pejabat Menteri Besar? Kenapa?

SLC mungkin perlu dirombak secepat mungkin agar harapan rakyat yang telah menolak mereka ditunaikan.

Selamatkan Kedah Sekarang.

3 comments:

Anonymous said...

suatu hari ah jib jumpa dong zhuang. maka berlakulah perbualan.
dong zhuang : si u ah jib (dalam hati mampu u ah jib).
ah jib : see you to. you are so marvelous … I like you. I love you. You are so kind.
dan dengan penuh teruja dan kasih sayang yang amat dipeluknya dong zhuang. sambil berulang-ulang berkata : “I love you …”
sambil tersenyum gembira ah jib memandang muka dong zhuang. dan dong zhuang memandang ah jib dan membalas dengan senyum sinis dan mencebik dengan sekilas.
melihat senyuman dong zhuang itu ah jib merasa cukup gembira dan bangga. merasa seakan dunia dia yang punya. tidak ternampak pun cebikan dari dong zhuang. betapa gembiranya dia. dan dengan penuh ceria dia mengambil wang sejumlah RM 10,000.00 yang dibawanya dari rumah dan dengan penuh gembira diberinya ke pada dong zhuang. Duit itulah satu-satunya yang dia ada dan tiada berbaki lagi.
Ah jib bertanyanya kepada dong zhuang, “cukup tak … er I yakin you tak cukup … tak apa …”
Ah Jib memandang kepada mamat disebelahnya dan berkata, “Mat RM berapa you ada”.
Sahut Mamat, “kejap saya cuba tengok dalam dompet saya”
Mamat pun mengeluarkan dompet dari poket seluarnya. Setelah mengeluarkan semua wang dalam dompetnya termasuk duit syiling, duit lama zaman maharaja melaka … dan mengira-ngira maka dapatlah jumlah semuanya RM 1,000.00. Mamat pun memberitahu Ah Jib jumlah wang yang dia ada.
Dengan pantas Ah Jib berkata, “Er … itu tak cukup Mat … apa lagi yang kita ada …”
Ah Jib memandang keliling, dan dia ternampak sebuah kereta wak segan buruk yang dinaikinya tadi bersama Mamat.
“Hah itu pun dia …”, kata Ah Jib.
Dengan tersenyum gembira Ah Jib berkata kepada Dong Zuang, “Hem … nih saya tambah RM 1,000.00 dan kereta ini hadiah persahabatan saya kepada kamu Dong Zuang.
Dong Zuang hanya tersenyum sinis memandang Ah Jib. Gembira tak terkata Ah Jib melihat senyuman Dong Zuang hatinya berdetuk-detap.
Ah Jib kemudiannya berpaling kepada Mamat, dan berkata, “Mat perjalanan kita masih jauh … jom kita pergi … ”
Kemudiannya Ah Jib memandang mesra kepada Dong Zuang dan berkata, “Terima kasih kerana sudi menerima pemberian saya”
Ah Jib kemudiannya berkata kepada Mamat, “Hah Mat apa kita tunggu lagi jomlah”
Mamat pun berkata, “Kita mahu meneruskan perjalanan ini dengan apa, semua wang kita dah beri kepada dong zuang, kereta kita pun dah kita beri kepada dong zuang, yang kita tinggal hanya kudrat empat kerat dan kaki yang dah tak larat dan kita perlu wang untuk isi minyak dan untuk isi perut.”
Ah Jib pun berkata kepada Mamat, “Ah … itu small matter sahaja … dong zuang kang ada kita buleh minta tolong dia”
Ah Jib pun memandang kepada dong zuang dan berkata, “tentu kamu buleh tolong saya … kerana kamu saya kenal sebagai orang yang amat baik.”
Dong zuang pun berkata, “Saya buleh tolong kamu … tetapi jika wang yang kamu minta … kamu kenalah bayar balik dan bunga untuk pinjaman tu saya tetapkan sebanyak 10% … kereta yang saya ada tu saya buleh bagi sewa … murah sahaja … RM 100.00 sehari.”
sambil menunjukkan kepada kereta Wak Segan yang baru diberi oleh Ah Jib tadi dan sambil mengambil wang yang baru dihulur oleh Ah Jib sebentar tadi.
Mat terkesima memandang Dong Zuang ….
Tetapi ah jib gor terus menerpa Dong Zuang dan memeluknya dengan penuh kasih-sayang dan berpaling kepada mat sambil berkata, “Mat inilah manusia yang bijaksana … dia telah menggunakan modal yang kita berikan dengan penuh berkesan … walaupun seinci kita tidak bergerak dari tempat perbincangan dan pertemuan ini dia telah membuat untung sebanyak 10% dan keuntungan harian ialah RM 100.00 terima kasih Dong Zuang … terima kasih … tuan telah memberi ilmu yang amat bernilai kepada hamba … sekiranya ada lagi harta benda milik hamba … akan hamba serahkan kepada tuan … kerana tuan amat bijaksana orangnya …”

Anonymous said...

jilakau anak kecacingan ... kena pergi klinik ambil ubat cacing ... buat apa ... supaya cacing dibuang dari perut anak ... hasilnya anak akan kembali sihat ... jikalau pokok yang kita tanam dinaiki dedalu ... buang ddalu itu ... maka pokok akan kembali kuat ... ringkasnya kena buang parasit barulah anak atau pokok akan sihat ... tak kan konsep sains yang begitu mudah pun tidak faham ...

Anonymous said...

MB wajib gantikan mereka dgn pemimpin Pro Melayu UMNO MUSLIM.

Bagus info begini harus diberitahu ke mb. Mungkin tanpa sedar parasit begini terlepas pandang oleh mb.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive