Friday, 31 May 2013

PEMILIHAN UMNO FORMAT BARU !! APA PENDAPAT ANDA ??




Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:

* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

* Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.



Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:

* Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian

* Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian

* Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian

* Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian

* Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian

* Ketua Wwanita - 20 peratus atau 38 bahagian

* Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian

Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?

Banyak komen komen yang aku dengar pasal format baru ni, ada pro ada kontra ada baik dan ada buruknya..Tapi apa yang perlu ahli Umno fokus sekarang ini adalah untuk membangunkan orang MELAYU dalam semua bidang yang dipelopori kaum cina bukannya memilih seseorang untuk dinaikkan kepada MT bagi memudahkan orang itu melobi projek projek besar..

Aku harap Umno kali ni dapat ditransformasikan dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat atasan.. #HIDUP DATUK SERI NAJIB !!!!

4 comments:

Anonymous said...

UMporNO tetap porno..BenN tetap akan tammat!!

Anonymous said...

harap dapat dijalankan dengan jayanya. moga para pengundi tidak menjual undi mereka. segala persiapan ke arah tersebut perlu dibuat dengan teliti dan tiada kesilapan teknikal. moga kita dapat pemimpin yg lebih baik dan telus. moga Allah memberkati dan merahmati ahli-ahli umno.

Anonymous said...

Yg porno pakatan...byknya video porno..belum cukup..lu pulak buat.. porno baru pilih aje kalangan pemimpin atau chinadoll kui...yg mampos pakatan dah kalah tu sudah lah kalahkalahlah yaaaa TAMMMMAT

Anonymous said...

Harap yg memilih...pilihlah pemimpin PRO MELAYU BENAR BENAR PRO MELAYU. Yg tegas dan berani dan tak takut ke cina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive