Sunday, 26 May 2013

HOT !! DEWAN PEMUDA PAS & AMK BERGADUH SAKAN !!



Hubungan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ibarat retak menanti belah apabila pemimpin kedua-dua sayap PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mula bertelagah dan saling menyalahkan antara satu sama lain terhadap kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU12), 5 Mei lalu.

Ia bermula apabila Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Kongres Nasional PKR Ke-9 kelmarin secara terbuka menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong PKR kerana didakwa mencerca calon parti itu semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.



Shamsul Iskandar turut membidas Abdul Hadi kerana mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan PKR hingga menyaksikan wujud pertembungan antara kedua-dua parti pada PRU13 di beberapa kawasan dan seterusnya menyebabkan kekalahan kepada pakatan pembangkang.

Berang dengan tohmahan yang dilemparkan oleh AMK tersebut, Dewan Pemuda PAS Gombak (DPP Gombak) bertindak mempertahankan Presiden PAS dengan menggesa AMK supaya tidak bersikap sombong dan sedar tentang masalah yang sering ditimbulkan PKR dalam pakatan pembangkang selama ini.

“Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan selama ini. AMK pula menjadi penyambung lidah macai Barisan Nasional (BN),” katanya melalui satu kenyataan media lewat malam tadi.

Abdul Hadi pada kempen PRU13 membuat kenyataan terbuka pertindihan kerusi yang berlaku antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.Presiden PAS itu semasa kempennya juga mendakwa terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.

Bertindak mempertahankan Presiden PAS, Syarhan Humaizi berkata, Shamsul Iskandar sepatutnya sedar wakil rakyat PKR yang diambil secara serkap jarang untuk menghadapi PRU12 telah menyebabkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang Perak pada 2008.

Katanya, lebih memalukan buat PKR apabila beberapa wakil rakyat parti itu turut mengkhianati PAS dan DAP dengan melompat parti dan sebab itu Abdul Hadi mengambil keputusan untuk menegur calon PKR pada PRU13.

Justeru, katanya, tindakan Presiden PAS mencerca calon tangkap muat PKR pada PRU13 adalah wajar dan tidak sepatutnya dipertikaikan oleh AMK.

Syarhan Humaizi juga meminta AMK sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihan raya mereka pada PRU13 kerana kebanyakan petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu bertindak dan akhirnya jentera Pemuda PAS terpaksa membantu mereka.

“Ia dilihat sendiri oleh rakyat yang akhirnya menyaksikan beberapa calon PKR ditolak di peringkat Parlimen sedangkan calon PAS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) menang besar,” tegasnya.

Tambahnya, PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah, namun mereka bukan macai calon PKR.

Sumber Mynewshub

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah berkat doa manusia agung lagi mulia dan disanjung penuh hormat ... maka puak yang batil berpecah-belah ... aku sedang menunggu puak pas membuat kenduri kesyukuran kerana doa mereka kini Allah telah makbulkan ...

Anonymous said...

Keluarga 69...TUNGGANG TUNGGAN

Satu pertandingan tunggang menunggang telah diadakan di antara pas dan pkr...duhduhduhduhduhduh...pemenangnya ......................dap cina laknat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive