Saturday, 19 July 2014

VIDEO MAS #MH17 TERBAKAR SEBELUM MENJUNAM #Pray4MH17



Rakaman video kapal terbang menjunam laju dengan api yang marak ini dikatakan milik MAS yang ditembak jatuh semalam.. Dalam video ini kita dapat lihat sendiri bagaimana pesawat malang ini kehilangan altitud dalam beberapa saat saja sebelum mencecah daratan dan meletup..



Friday, 18 July 2014

RAKAMAN AUDIO PEMBERONTAK MENGAKU TERSALAH TEMBAK PESAWAT MAS #MH17




Dakwaan terbaharu bahawa penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan militan tersebar, dengan rakaman yang didakwa perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan anggota kumpulan pemisah sebagai bukti, lapor sebuah akhbar Ukraine berbahasa Inggeris.

Dalam perbualan yang didakwa dipintas dan dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine (SBU), seorang anggota militan memaklumkan bahawa pesawat itu adalah ’100% persawat komersial’.

Rakaman itu yang diterjemahkan oleh The Kyiv Post menunjukkan Iglor Bezler – seorang komander utama Republik Rakyat Donetsk – berbual dengan seseorang yang dipercayai kolonel bersama Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

#MH17 !! PENUMPANG RAKAM VIDEO TERAKHIR DALAM PESAWAT #Pray4MH17



Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Md Ali Md Salim, 30, sempat memuat naik video terakhir dalam akaun laman sosial Instagram miliknya ketika berada di tempat duduk pesawat itu sebelum berlepas.

Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Amsterdam dengan kapsyen: “Bismillah…#hatiadasikitgentar”.

PEMBERONTAK UKRAINE MENGAKU SALAH TEMBAK PESAWAT MAS #MH17


Pesawat Presiden Rusia seperti pesawat MAS


Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak senuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.

“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez," kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.

PANASS !!! VIDEO CNN TAYANG PESAWAT MAS #MH17 JUNAM DAN MELETUP #Pray4MH17



Lihat garisan hitam selepas pesawat menjunam dari altitud tinggi

SEDIH TENGOK PASPORT MALAYSIA DI TEMPAT KEJADIAN #MH17 #PRAY4MH17




Aku masih tidak dapat terima kenyataan bahawa pesawat yang ditembak jatuh di Ukraine lewat malam tadi adalah milih MAS.. Ketika rakyat Malaysia masih lagi tercari cari kemana hilangnya pesawat MH370 yang hilang pada bulan Mac tempoh hari, kini terima berita pula bahawa sebuah lagi pesawat MAS terhempas..

Apa apa pun kita kena terima qada dan qadar dari Allah SWT dan terimanya dengan hati terbuka.. Kita hanya mampu merancang, Allah juga menentukan hala yang dituju..

UPDATE !!! BERATUS MAYAT DITEMUI DI LOKASI NAHAS PESAWAT #MH17 [ GAMBAR ]





Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

PANASS !! GAMBAR GAMBAR SERPIHAN PESAWAT MAS #MH17 TERHEMPAS #PRAY4MH17





Gambar gambar serpihan pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine


Thursday, 17 July 2014

BREAKING NEWS !! PESAWAT MAS #MH17 DILAPOR TERHEMPAS DI UKRAINE [ VIDEO ]



Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Wednesday, 16 July 2014

SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN KHALID SAMAD



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini amat kesal dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Pas, Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub di dalam bawah undang-undang.

Baginda bertitah, ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

GAMBAR IFTAR MB KEDAH BERSAMA BIDARA, AYAHANDA TUN DR MAHATHIR DAN TUN SITI



 Majlis berbuka puasa YAB Menteri Besar Kedah bersama BIDARA turut dimeriahkan dengan kehadiran Mantan Perdana Menteri YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Siti Hasmah. Dalam majlis ini, BIDARA menyampaikan bantuan kepada warga warga emas, orang kurang upaya yang terpilih dari seluruh negeri Kedah.

Tuesday, 15 July 2014

GAMBAR GAMBAR MENARIK YAB DS @MukhrizMahathir LAWAT HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH




DUNIA ARAB PERLU BANTU PENDUDUK GAZA - TUN DR MAHATHIR




Dunia Arab sepatutnya menolong penduduk Gaza di Palestin yang diserang rejim Zionis Israel dan bukannya mengambil sikap berdiam diri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata negara-negara Arab yang majoriti rakyatnya beragama Islam perlu menghulurkan bantuan kepada rakan mereka yang kesusahan termasuk dengan menghantar bekalan makanan dan ubat.

“Amat sedih apabila bekalan makanan dan ubat tidak dapat masuk ke Gaza, disekat oleh negara-negara Arab yang bersempadan dengan Gaza,” katanya ketika ditemui semasa mengunjungi Kompleks Pekan Rabu di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata sikap masyarakat Islam yang bermusuhan sesama sendiri juga menguntungkan musuh Islam yang mengambil kesempatan daripada kelemahan itu.

Selain itu, katanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak mempunyai fungsi untuk membantu penduduk Gaza yang diserang rejim Zionis Israel sejak sekian lama.

Sunday, 13 July 2014

HOT INFO !! 22 Fakta Yang Anda Patut Tahu Tentang Konflik Palestin-Israel



MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel terhadap umat Islam di Palestin kerana ia merupakan tindakan zalim mengikut nafsu dan berniat jahat.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah lama berlarutan walupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB telah membuat ketetapan supaya Israel menghentikan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

Namun,ramai yang masih tidak tahu fakta-fakta penting disebalik konflik yang telah mengakibatkan kemusnahan serta kehilangan nyawa kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa,bermula tahun 1948.

OPERASI BESAR BESARAN BURU MILITAN FILIPINA



Satu operasi besar-besaran di udara dan laut diadakan bagi memburu kumpulan lelaki bersenjata warga Filipina yang mungkin menculik seorang anggota polis marin berpangkat konstabel, dengan semua laluan keluar untuk melarikan diri dari Semporna disekat.

Menurut sumber, bot peronda dari pelbagai pasukan keselamatan termasuk helikopter tentera laut mengawasi kawasan Semporna di mana berlakunya seorang anggota polis marin berpangkat koperal berusia 32 tahun ditembak mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive