Saturday, 1 March 2014

ADAKAH DENGAN TIDAK TAHU BERBAHASA ARAB, TUN M DI LABEL SEBAGAI ANTI HADIS DAN BUKAN ISLAM ??



Aku tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Ayahanda Tun Dr Mahathir tentang tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau bahawa beliau seorang anti hadis kerana dianggap menjadi penyokong Kassim Ahmad..

Baca artikel dibawah yang dipetik dari blog Tun M Chedet.cc


1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.

PANASS !!! JOM KE PELANCARAN RUMAH #PR1MA DI SG PETANI JAM 2.30 NANTI



Kepada rakyat Kedah khususnya yang berada di kawasan Sg Petani, Baling, Padang Serai atau berhampiran, datanglah beramai ramai ke pelancaran dan majlis pecah tanah projek perumahan rakyat 1 Malaysia Pr1ma yang akan diadakan pada hari ini jam 2.30 petang di Sidam Kiri.


Majlis pecah tanah ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.. Di tapak perasmian ini juga, anda oleh mendaftar secara online untuk memiliki rumah Pr1ma ini.

Terdapat 4 jenis unit kediaman ditawarkan kepada pembeli.. Harga rumah bermula dari RM 118,888 hingga RM 258,888

BERMULALAH PERANG SAUDARA PKR !!! KHALID GAGAP NAK RAMPAS KERUSI TIMBALAN PRESIDEN DARI AZMIN !!




Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti Mei ini.

Bagaimanapun, beliau berkata persiapan untuk merebut jawatan itu hanya akan dibuat selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang bulan depan.

“Saya akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan nanti. Tapi tiada persediaan lagi ke arah itu kerana buat masa ini dan sebagai pengarah jentera pilihan raya, saya akan fokus untuk (pilihan raya kecil) Kajang dulu, perkara ini (akan difikirkan) selepas itu,” katanya ketika berucap di majlis makan malam bersama anggota cabang PKR di kediamannya malam ini.

Friday, 28 February 2014

WOWWW !!! SELURUH WARTAWAN DUNIA SERBU NUAR BERAHIM DI JEPUN ??




Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan negeri itu ketika sedang berdepan krisis air termasuk catuan akibat kemarau menuju ke Jepun selepas dihalang memasuki negara itu 19 Januari lalu.

Menerusi laman Twitter pada Khamis, Ketua Pembangkang itu yang akan bertanding dalam PRK DUN Kajang 23 Mac ini, memaklumkan beliau telah selamat sampai ke negara dan cuacanya ok

Beliau menyertakan gambar Datuk Kamaruddin Jaafar dan Shamsul Iskandar Mat Akin antara yang turut serta dalam delegasinya.

TAHNIAH !!! ZAHID HAMIDI DAH BERDAMAI DENGAN MALAYSIAKINI ?? @Zahid_Hamidi




Masih terngiang ngiang lagi ditelinga bagaimana zahid " Sound " wartawan Malaysiakini yang selalu memutarbelit kenyataan beliau..

Rakaman tersebut dikeluarkan sendiri oleh portal berkenaan semata mata mahu menunjukkan kepada rakyat bagaimana sikap tegas zahid terhadap portal berkenaan.. Zahid memarahi wartawan portal Malaysiakini ketika beliau giat berkempen Naib Presiden Umno pada pemilihan tahun lalu..

DUNIA WAJAR IKTIRAF MALAYSIA SEBAGAI BUMI MELAYU -ISMA #TAMADUNMELAYUKEDAHTUA




Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kini mahu pengiktirafan dunia bahawa Malaysia warisan dan hak orang-orang Melayu sejarah pendudukannya di negara ini.

NGO itu mahu pengiktirafan seperti benua China diiktiraf warisan Cina, India untuk orang India dan England untuk orang Inggeris.“Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu,” kata Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mt Dali.

Thursday, 27 February 2014

PANASS !!! GILIRAN ZAID BERAHIM PULAK KANTOIKAN RAFIZI LEMBU !!!



'Tembak menembak’ antara dua bekas sahabat karib politik yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang - Datuk Zaid Ibrahim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi semakin panas.

Rafizi Ramli mungkin menyesal pergi jolok bekas Naib Presiden PKR itu dakwa konon ada lobi projek untuk rakannya di Selangor semasa berada dalam PKR dulu untuk conteng arang imejnya.

Zaid bertindak balas terhadap dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR itu dalam sidang akhbar Rabu dengan memanggil satu sidang akhbar di rumahnya dekat Petaling Jaya Khamis.

PANASS !! RUMAH PR1MA SUDAH SAMPAI KEDAH !! AYUH RAKYAT KEDAH JOM DAFTAR PR1MA #PR1MAHOMES


Berita baik kepada seluruh rakyat Kedah, Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia akan di bina di Kedah..

Projek PR1MA yang pertama ini akan dibangunkan di kawasan Sidam Kiri akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Pada 1/3/2014 (sabtu) jam 2 petang.

Ayuh rakyat Kedah jangan lepaskan peluang untuk hadir melihat sendiri rumah PR1MA yang akan dilancarkan pada hari sabtu ini..

TUDIAA ! PAKATAN RAKYAT TUNAI JANJI BERI PERKHIDMATAN AIR PERCUMA



Tahniah diucapkan kepada rakyat negeri Selangor kerana anda sedang bersuka ria dengan keadaan yang berlaku di Selangor sekarang..

Bukan saja diberi air 20 meter padu secara percuma, malah hampir 2 minggu menadah air bantuan gara gara kedegilan kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk membina projek loji penapisan air bagi menampung kepadatan penduduk di Lembah Klang.

Wednesday, 26 February 2014

AL KISAH DATUK MOKHZANI YANG DI DENGKI PUAK PAKATAN !!




Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Mokhzani kerana telah berjaya menyertai senarai 10 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business. Seperti biasa, beberapa orang Melayu dari parti pembangkang menyerang kejayaan beliau sebab Datuk merupakan anak kepada Tun Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia. Jika orang bukan Melayu menyerang Datuk saya tidak berapa marah, tetapi kes sekarang ini Melayu sendiri menyerang saudara seagama dan sebangsa kerana beliau telah berjaya, dan yang lebih menyedihkan adalah beberapa fakta yang dilontarkan oleh Melayu pembangkang ini SALAH. Saya akan huraikan satu demi satu.

Sebelum itu sedikit sejarah berkenaan SapuraKencana. Datuk Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan, sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. Beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Subsidiarinya syarikat Kencana Petroleum bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar negara.

MOHON BANTUAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA




ADIK LILY SYUHADA MAZLAN,
SEK BANDAR SG LALANG 2, KEDAH.

AKAUN BSN : 019-041-000-1546--72
PUAN ROSASWATI ABDUL WAHAB (IBU)

Gadis cilik berusia 12 tahun yang dahulunya seorang pengawas sekolah yang cantik, periang, ramah dan bijak kini berubah menjadi muram, sugul dan tidak bermaya. Kedua matanya tidak lagi mampu melihat setelah dia melakukan pembedah membuang ketumbuhan di kepalanya 5 bulan lalu. Dunia menjadi gelap... Segalanya berubah sekelip mata. Dia terpaksa menjalani Kimoteraphy sehingga menyebabkan rambutnya gugur dan dia tidak lagi berkeyakinan...Hidup di dalam keluarga miskin dan kurang berkemampuan.. Mampukah dia kembali pulih seperti kanak- kanak lain?...masih adakah peluang untuk gadis ini menyambung pelajaran?..sama-samalah membantu.. hulurkan tangan ringankan beban. Saksikan Bersamamu Selasa 25hb February 2014 jam 9.30 malam di tv3.

PEMBENIHAN AWAN DI LAKUKAN DI NEGERI SELATAN TANAH AIR




Operasi pembenihan awan hari ini akan dijalankan di kawasan-kawasan yang mengalami krisis yang serius iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Kawasan sasaran pembenihan hujan ini akan dijalankan di empangan Klang Gate, Sg. Tinggi dan Sg. Selangor di negeri Selangor, manakala di Negeri Sembilan di empangan Sg. Terik, Gemencheh, Kelinchi dan empangan Talang.

PENDUDUK.LEMBAH KLANG MENDERITA DENGAN JANJI KHALID GAGAP !!!



KERAJAAN Selangor selalu menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berhubung krisis bekalan air sedangkan kerajaan negeri gagal melaksanakan tanggungjawab di bawah perjanjian konsesi air.

Agak melucukan juga apabila SYABAS dituduh sebagai punca krisis air yang kini melanda.

Faktanya, kerajaan Selangor sebenarnya memiliki 30 peratus saham dalam SYABAS dan walaupun bukan majoriti, ia pegangan saham yang besar dan malah mempunyai dua pengarah dalam lembaga syarikat berkenaan.

Tuesday, 25 February 2014

#SelawatPerdana Bakal Gemakan #Putrajaya Dengan Bacaan Qasidah Serta Selawat Kepada Allah & Rasul




Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013.

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.

Saya menyambut baik program seperti ini diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

KEDAH TUA !! TAMADUN MELAYU PALING MAJU YANG TIDAK DIKETAHUI UMUM !!




Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu bahawa Tamadun Melayu Kedah Tua di kawasan Lembah Bujang( Sg Batu )Merbok adalah tamadun Melayu paling maju dan berteknologi sekitar 300 tahun sebelum masihi..

Orang orang Melayu ketika itu sudah mampu membina kilang peleburan besi, relau yang mampu menjana kepanasan sehingga 1600 darjah celsius.Dikhabarkan ketulan ketulan besi tulen yang dijumpai disekitar kawasan Sg Batu digunakan untuk membuat pedang ketika zaman Nabi Ibrahim A.S..


Tamadun yang wujud di Sg Batu pada sekitar 300 tahun sebelum masehi membuktikan yang kemungkinan besar Bangsa yang hilang tersebut membina tamadun mereka disini.

Peninggalan-peninggalan artifak-artifak yang lebih awal dari Kerajaaan Sri Wijaya, membuktikan tamadun ini sebenarnya wujud dan ianya berkemungkinan bangsa Melayu yang dikatakan hilang. Malah bangsa ini ada hubungkait dengan Bani Israel.

Monday, 24 February 2014

KRISIS ORANG CINA !!! ADAKAH ORANG CINA LUPA PERANAN ANWAR IBRAHIM ??



Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu.

Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.

GEMPARR !! KISAH SERAM MAK JAH !! AMARAN KEPADA WANITA MENGANDUNG !!



Hari ni satu hari aku tak update blog.. Sebab Bz dengan program pelancaran BNYV dan satu lagi program yang akan mengubah sejarah negeri Kedah..

Tapi yang tu esok siang la aku update gambar2 pelancaran bnyv.. Okeh.untuk penutup tirai malam ni.aku nak share 1 video cerita seram paling seramm.. buat wanita mengandung atau awek aweks jangan tengok.. sahih malam ni mimpi basah dengan peluh.. kalau tak caya jugak layan la video ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive