Saturday, 30 June 2012

PAS SENGAJA BURUKKAN UMNO KEDAH SUPAYA KRISIS DALAM PAS TIDAK TERBONGKAR !!



Para pemimpin PAS melalui lidah rasmi parti itu, Harakahdaily, dilihat cuba bermain taktik memecah belahkan perpaduan di kalangan ahli UMNO di beberapa negeri dengan mencipta persepsi “siapa bakal MB sekiranya BN menang di negeri itu” pada PRU ke-13 nanti.

Antara mangsa pemainan jahat PAS itu ialah negeri Kedah dan Terengganu di mana PAS menjangkakan bahawa mereka tidak punya harapan untuk menang di kedua-dua negeri tersebut.

Terdahulu di Alor Setar, Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria mula “mencucuk jarum syaitan” dengan mengandaikan bahawa Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya BN kembali berkuasa di negeri itu.

Mohd Nasir menggunakan temuramah sebuah stesen televisyen dengan mantan Perdana Menteri yang juga merupakan bapa kepada Mukhriz, Tun Dr. Mahathir yang memberi sokongan kepada anaknya itu.

Padahal, Mohd Nasir sendiri telah memutar belitkan kenyataan Tun M seolah-olah mahu melihat anaknya menjawat jawatan Menteri Besar di negeri Jelapang Padi tersebut.

Sebenarnya, Tun M langsung tidak bermaksud sedemikian dan beliau menegaskan bahawa masa depan anaknya itu terletak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditentukan kedudukannya pada PRU ke-13 nanti.

PANASS !!! KEDAH AGRO PROJEK GAGAL PAS KEDAH !!!



Musim buah di Kedah kembali lagi. Tapi janji-janji Azizan Razak Menteri Besar Kedah masih belum tertunai setelah berjanji kepada orang kampung "Kerajaan negeri melalui Kedah Agro akan memungut hasil buah-buahan dari orang kampung terutamanya rambutan untuk di tinkan dan di jadikan satu produk makanan".

Baru - baru ini Team Media Kedah melalui satu kawasan di Aman Jaya yang mana kawasan tersebut telah di dirikan satu bangunan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lemabah Jerai ( 4PJL ) yang pernah di banggakan Kerajaan Negeri Kedah satu ketika dahulu dan di usahakan oleh Kedah Agro Holdings Berhad, anak syarikat Kerajaan Negeri.

Apa yang Team Media Kedah dapat lihat adalah satu projek yang gagal dan menghabiskan duit rakyat kerana gagal berfungsi seperti mana yang di janjikan Azizan Razak kepada penduduk kampung, tempat berkenaan akan menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian orang Kampung.

BONGKARR !!! PUSAT JUDI DISEBALIK KAFE SIBER DR DZUL BERTANGGUNGJAWAB !!

Kewujudan kafe siber di sekitar Kuala Selangor membimbangkan penduduk berikutan khuatir anak mereka terjebak perjudian haram.


KUALA SELANGOR-Kewujudan kafe siber seperti cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan deretan kedai di sekitar Sungai Buloh, Jeram di sini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat.

Dakwa penduduk, penyalahgunaan kafe siber dengan kegiatan perjudian haram di beberapa kafe siber yang dikenal pasti wujud begitu mengecewakan mereka berikutan anak penduduk
menjadi mangsanya.

Menurut penduduk, Salleh Karman, golongan muda dilihat menjadi mangsa mudah untuk sindiket terbabit berikutan mudah terikut dengan ajakan rakan sekali gus terjebak kancah perjudian tanpa disedari.

“Saya pernah berkunjung ke salah sebuah kafe siber yang ada di kawasan Sungai Buloh, Jeram dan mendapati pelajar tanpa malu memakai seragam sekolah dan berseronok bermain
permainan online ketika waktu sekolah.

FATWA TERBARU PAS !!! HARAM MAKAN AYAM YANG DISEMBELIH OLEH ORANG UMNO ?!!



MTK petik dari blog Mctheory,Mc mendapat maklumat mengenai kejadian di Kupang Baling. Seorang tukang sembelihan ayam di sebuah sekolah agama telah menyertai UMNO dan puak Pas yang selalu memakan ayam sembelihannya, menjatuhkan fatwa sendiri dengan mengatakan ayam sembelihannya TIDAK HALAL.

Sedangkan beliau sudah menyembelih ayam berpuluh-puluh tahun. Apabila beliau mengumumkan dan mengaku, menyertai UMNO. Puak Pas di Kupang, Baling terus mengelupur dan menuduh beliau dengan panggilan yang bukan-bukan malah membuat FATWA sendiri dengan menyatakan SEMBELIHAN beliau TIDAK HALAL!!

Apakah dengan menyertai UMNO, beliau umpama menukar agama? Apakah orang ISLAM PAS tidak layak memakan sembelihan ayam ORANG ISLAM UMNO? Baca seterusnya

Kisah Benar: Pertumbuhan Ekonomi Indonesia Terbantut Kerana Reformasi 1998 !!! Wajib Baca


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nasional Media Group Indonesia, Noor Syamsuddin Chatib, "reformasi Indonesia telah menyebabkan rakyat menemui matlamat yang palsu, bukannya matlamat baru, hak rakyat untuk memberi pendapat, bebas berbicara dan ekspresi semuanya dijamin oleh negara".

Luahnya lagi, reformasi 1998 di Indonesia telah mengakibatkan lebih banyak peningkatan masalah rasuah yang seterusnya menjejaskan program pembangunan negara. Kewujudan kerajaan pusat yang lemah juga diikuti dengan masalah demonstrasi jalanan yang berterusan pula mengakibatkan pertumbuhan ekonomi terbantut.

Terdapat logik di sebalik kata-kata beliau yang diucapkan pada 28 Februari 2012 itu. Sejarah reformasi Indonesia 1998 yang dimulakan oleh gerakan jalanan mahasiswa Indonesia terbukti menyebabkan banyak pelaburan dari luar terhenti disebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.

Walaupun selepas kejatuhan Suharto, program pembangunan ekonomi Indonesia masih gagal dilaksanakan dengan berkesan oleh pemimpinnya yang turun naik bersilih ganti dalam jangka masa beberapa tahun selepas itu.

Sekali Menipu, Selamanya Penipu. Itulah SUARA ANAK HARAM.



SUARAM nekad untuk terus menipu walaupun penipuan mereka mengenai kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya telah terdedah. Nampaknya penipuan SUARAM terlalu mendalam di mana mereka tidak dapat lagi keluar darinya dan satu-satunya jalan yang tinggal ialah untuk terus menuju ke dasar.

Kita faham bahawa SUARAM perlu terus menipu kerana Pilihanraya Umum semakin hampir tetapi sekurang-kurangnya, SUARAM perlu memikirkan penipuan yang lebih baik, ataupun mengetahui bila untuk berhenti menipu, iaitu sebelum penipuan itu menjadi terlalu besar sehingga tidak terkawal lagi.

Kita tahu bahawa SUARAM telah hilang kawalan atas penipuan mereka sendiri apabila penipuan mereka semakin mudah untuk dikesan, malah melucukan. Contohnya, SUARAM menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk gambar bahawa Altantuya berada di Perancis pada tahun 2007 yang mana portal Malaysiakini begitu teruja untuk membantu menyebarkannya di internet.

Friday, 29 June 2012

TUDIAA !!! SUKA HATI MAK BAPAK DIA JA NAK BERHENTIKAN ORANG !!



Seorang pemandu kenderaan di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini yang diberhentikan kerja menuntut agar pengurusan kolej itu mengambil semula dia bekerja kerana mendakwa pemberhentiannya dilakukan tanpa prosedur sah.

Yusuf Ismail, 58, berkata, dia kesal dengan tindakan pihak Kuin yang gagal menjaga kebajikan kakitangan dan bertindak di luar batasan undang-undang berhubung perkara itu.

Katanya, dia mula berkhidmat sebagai pemandu kenderaan di Kuin sejak 19 November 1995 dan dijadual bersara pada 3 Mei 2012 apabila mencapai umur persaraan 58 tahun.

"Pada 12 Mac lalu pihak Kuin membuat tawaran sama ada saya kekal bersara pada umur 58 tahun atau bersara pada umur 60 tahun dan saya memilih bersara 60 tahun iaitu pada 2014.

PANASS !!! TUN M BUAT PENGUMUMAN YANG MENGEJUTKAN BANYAK PIHAK !!!



Negeri Kedah sekarang ini memerlukan banyak pelaburan dari luar supaya banyak peluang pekerjaan untuk rakyat kedah, selain dapat menjana ekonomi negeri kedah yang sekarang ini makin teruk dalam pemerintahan Kerajaan Pas..

Sekarang ini Kerajaan Pas Kedah hanya mengharapkan pendapatan dari hasil bumi sebagai sumber utama kewangan negeri..Banyak gunung gunung digondolkan untuk mendapatkan balak walaupun tanpa mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar..

Pelaburan pelaburan yang dibanggakan oleh Pas semuanya hanya penipuan sahaja..Projek Sulihh langsung tidak memberi apa apa manfaat kepada kerajaan Negeri..Kulim Hitech pula diambang kemusnahan akibat campur tangan kroni kroni dalam pas untuk menguruskan bandar teknologi tinggi itu..

TUDIAA!! MAT SALLEH BODOH TAK BERTEMPAT




Ni la akibatnya kalau cuai skit. Oleh itu, nasihatnya: jangalah sesekali bermain dengan pemetik api atau lighter di mana-mana stesen minyak. Akibatnya... Nah!!! tengoklah video di bawah ini :

Reformasi Merintis Pergaduhan Antara Kaum dan Agama



Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka.

Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar.

Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.

Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku.

Panass !!! Video Seks Anwar Terlepas Dari Simpanan Perisikan Singapura?

hiasan

Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.

Kenyataan itu berdasarkan ‘perisikan teknikal’ iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi. Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa “ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya”.

GEMPARR !!! GAMBAR YANG DISEMBUNYIKAN NIK AZIZ DARI PENGIKUT PAS !!!


Sebelum ni kita disajikan dengan gambar gambar nik aziz yang begitu merendah diri yang menjadi kebangaan totok totok lebai pas yang menganggap nik ajis ni manusia suci..

Tapi itu hanya lakonan semata mata di hadapan penyokong pas supaya dapat meraih simpati untuk kekal menjadi MB di Kelantan..Hakikatnya pemimpin atasan pas semuanya tak boleh dipercayai..

GEMPAR! NASA MENGELUARKAN KENYATAAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!








Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.


Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.



Thursday, 28 June 2012

PANASS !! GUAN ENG LUPA 13 MEI TAPI INGAT MEMALI !!



Guan Eng seorang lelaki paling celaka, dalam setiap isu yang dibangkitkan mesti ada saja bersangkut paut dengan UMNO..Terbaru si celeng celaka ni kata hudud ni mainan UMNO/BN sebab tak ada modal nak main..

Apakah si celeng ni sudah lupa pada bulan Mei yang lalu siapa yang mula panaskan isu hudud ni??

MALAYSIA KE 12 SELAMAT DI DUNIA, KELANTAN PALING TAK SELAMAT DI MALAYSIA



Agak menggelikan hati apabila membaca kenyataan AJK PAS Pusat, Anuar Tahir, yang mengulas mengenai tahap keselamatan Malaysia yang diiktiraf dunia sebagai negara ke-12 paling selamat dalam dunia yang mengatasi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Katanya, saban hari media-media di negara ini melaporkan kejadian-kejadian jenayah melibatkan kes pembunuhan, rompakan, samun, dan rogol disiarkan, serta suasana inilah yang terus mengantui rakyat negara ini justeru merasakan mereka “tidak selamat”.

Menurutnya, soal keselamatan bergantung kepada banyak faktor sosial termasuklah tiada peluang pekerjaan, gaji tidak mencukupi, ekonomi yang teruk, harga barang meningkat dan kerohanian yang tidak diperkukuhkan.

Justeru itu, dia menegaskan bahawa hanya rakyat Malaysia sahaja yang berhak menyatakan sama ada negara ini selamat atau tidak.

GEMPARR !!! PAS PENDANG MAKIN KRITIKAL !!!

Dah uzur sangat dah si Taulan ni...
"Mat Sabu bertanding di Parlimen Pendang, Dr. Hayati ambik tempat Taulan dan bertanding di DUN Tokai. Depa letak "kambing hitam" di DUN Sg. Tiang..."
Tu diaaa..!!! PAS import "komunis" masuk Pendang..?!!! Perghhhhh..!!!

Begitulah cerita yang disampaikan pada aku oleh seorang "lebai PAS" yang marah pada PAS Pendang. Yang pastinya, aku terpaksa rahsiakan identiti "lebai" tu. Tapi, dia memang pro-ulama di Pendang...

Mula-mula, dia cerita kat aku macamana geng pro-ulama di Pendang sakit hati, bengang dan merajuk pada PAS Pendang. 14 orang AJK PAS Kawasan Pendang letak jawatan serta merta dan malas dah nak ambik tau pasal parti...semuanya orang Tok Guru Hj. Rahim...orang Pendang kenal laaa...

Lepas tu, dia cerita pasal Dr. Hayati yang dok makan elaun buta sebagai Ahli Parlimen Pendang. Katanya Dr. Hayati tak buat apa-apa kat Pendang. "Dok goyang teloq!", katanya...

ZALIAH PERLU JELASKAN SUMBER KEKAYAANNYA !!



Menarik sebenarnya bila kita membicarakan mengenai akaun induk RM 3 bilion yang agak heboh diperkatakan sejak dulu hingga kini. Surat Akuan Bersumpah (SD) yang Ketua Umum PKR kemukakan nyata tidak berupaya menarik tirai penamat untuk isu kontroversi ini.

Apatah lagi bilamana bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris mengakui SD tersebut dibuat atas permintaan Anwar Ibrahim dan bukannya dilakukan atas sebab terdetik dari kesedaran dirinya sendiri.

Tambah menghangatkan keadaan bilamana Ummi Hafilda tampil dengan pendedahan tentang seorang wanita misteri yang dikatakan rapat dengan Ketua Umum PKR itu semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

PANASS !! P.A KENA TANGKAP , NASIR MUSTAFA PERLU JELASKAN !!


Beberapa hari yang lalu,MTK ada menulis satu artikel tentang seorang pembantu peribadi adun pas Kedah ditangkap kerana menipu orang ramai ( klik sini ) .. Dalam artikel itu MTK rahsiakan siapa adun terbabit..

Setelah mendapat lampu hijau dari rakan rakan dalam pas sendiri yang berasa geram dan tidak puas hati dengan pembantu peribadi kepada YB terbabit..Kali ni MTK perlu dedahkan siapa adun itu..

YB Nasir Mustafa adun Kubang Rotan perlu menjelaskan siapa lelaki bernama Lim Cheng Keng (Ah Keng) merangkap ajk kelab penyokong Pas Kubang Rotan yang ditahan kerana mengutip wang dari orang ramai dan menipu berhubung projek perumahan kos rendah di Kawasan Mergong Alor Star..

PANASS !! ANWAR DAN KISAH TAUKE JUDI LUMBA KUDA



SEINGAT-INGAT penulis, nama Zaliah Zakaria ini tidak terpacul dimana-mana sepanjang siasatan berkaitan wang RM 3 billion yang dikatakan berada dibawah kawalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung . Tapi itu logik kerana terlalu banyak nama yang naik (majoriti nama usahawan Cina), sudah tentu sukar nak ditentukan individu mana satu yang penting untuk dijadikan isu pada ketika itu.

Bagaimanapun, yang menarik ialah pengakuan dan penafian Zaliah Zakaria baru-baru ini setelah gambar dan kaitan dirinya dengan Anwar didedahkan Ummi Hafilda dan media.

Wednesday, 27 June 2012

PANASS !!! AKSI SEORANG TIMBALAN PRESIDEN PAS YANG SANGAT MEMALUKAN


Penulis tak dapat bayangkan macam ni kah perangai tokoh pemimpin nombor dua dalam pas,Sebagai orang yang menjawat jawatan timbalan presiden, Mat Sabu tak perlulah teruja sangat bila tengok perempuan.lebih lebih lagi anak dara..

BAKAL MENTERI HANTU HANTU MALAYSIA CUBA JADI BATU API ?



“Bakal” Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zuraida Kamaruddin, hari ini begitu marah pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menyerahkan kementerian itu kepada wanita UMNO setelah dikosongkan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil tempohari.

Zuraida yang terkenal dengan gelaran ‘mak lampir’ itu menyelar Najib dan cuba mencetus ketegangan kononnya Presiden UMNO itu menganggap Wanita UMNO sebagai tidak relevan kerana tidak dilantik di kementerian itu.

Seterusnya, Zuraida turut melepaskan kemarahannya kepada Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique, yang memuji langkah Perdana Menteri mengambil alih kementerian tersebut buat sementara waktu.

Saya ketawa panjang melihat telatah “mak lampir” dari Wanita PKR ini. Politiknya kebudak-budakan dan melambangkan Wanita PKR diketuai oleh seorang yang dungu, tidak relevan, tidak matang dan mentah di dalam pentadbiran negara.

Paling sadis, meskipun Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dibawah seorang lelaki, Zuraida patut malu apabila Najib membuktikan bahawa pencapaian golongan wanita di dalam sektor awam telah meningkat begitu ketara iaitu 31.7 peratus pada tahun 2012 berbanding 18.8 peratus pada tahun 2004.

Ini membuktikan bahawa wanita semakin maju dan semakin cemerlang di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Di mana pula tahap pencapaian Wanita PKR di dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Haram? Kalau setakat berbangga dengan gambar-gambar separa bogel Elizabeth Wong yang kemudiaannya menyaksikan “muslimut” PAS menangis di belakangnya, tak payah bersuaralah. Memalukan saja…

PANASS !!! TAN SRI SYED MOKHTAR DI FITNAH OLEH BABI DAP !! #DAPBANGSAT


Ketua Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chow mengatakan nilai hutang ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sebanyak RM 34.4 billion setelah mengambil alih pelabuhan Pulau Pinang.

Syed Mokhtar di serang hebat oleh DAP, setelah mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang. Setelah ia gagal di pertahankan oleh Lim Guan Eng, serangan terbabit di ketuai Tony Pua yang kita tahu tidak suka melihat melayu berjaya.

Lihat bertapa rasisnya DAP dengan menghasut orang Melayu membenci orang Melayu yang berjaya, sedangkan pemilihan Syed Mokhtar adalah berdasarkan kemampuan dan pengalaman Syed Mokhtar setelah mengambil alih 2 pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Serangan terhadap Syed Mokhtar pasti tidak akan terjadi sekiranya Lim Guan Eng berjaya dalam bidaan untuk mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang seperti yang di kehendaki DAP.

Lihatlah bagaimana DAP cuba nak membunuh ekonomi orang Melayu dengan menyerang Syed Mokhtar dengan menabur pelbagai fitnah termasuklah semalam di Himpunan Hijau Pulau Pinang. Himpunan yang mengumpulkan orang Melayu yang beragama Islam yang di terajui oleh PAS.

Semasa dalam himpunan hijau yang di adakan semalam, Pisau Kedah cukup kesal dengan sikap segelintir pemuda yang terlalu muda mengenali apa itu erti rasist telah menyambut dengan laungan takbir setelah ahli perniagaan Melayu di fitnah oleh cina rasist yang telah di serapkan DAP ke dalam PAS.

Selain itu Pisau Kedah dapat melihat juga sesetengah penyokong PAS yang agak berumur tidak selesa dengan kenyataan tersebut yang berbaur penghasutan supaya membenci sesama Islam.

Harus di ingat Syed Mokhtar merupakan insan dermawan banyak membantu fakir miskin, banyak membantu anak-anak yatim dan banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan Islam sebab tu DAP kurang senang dengan Syed Mokhtar kerana mereka melihat Syed Mokhtar kian maju di dalam urusan perniagaannya.

Media Kedah

PANAS !! PHAHROLRAZI AMIRUDDIN BOIKOT HIMPUNAN HIJAU KUALA KEDAH !!


Semalam Pas Kuala Kedah menganjurkan himpunan hijau menuju Putrajaya dengan membawa abby abadi sebagai penceramah.Kehadiran dianggarkan seramai 1000 hingga 1500 sahaja.

Tapi yang peliknya hanya Nasir Mustafa yang beriya iya hadir dan meraikan abby dalam himpunan itu, tapi kelibat Phahrolrazi dan Amiruddin langsung tidak nampak..

Sedangkan dalam banner ada gambar mereka bertiga? Adakah pertelingkahan merebut kuasa dalam Pas Kuala Kedah masih belum selesai? Sehingga mereka langsung tak boleh bertentang muka??

PANASS !!! SIAPA ORANG GILA YANG DIMAKSUDKAN HARAKAH??



Mungkin pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sudah muak dan bosan diserang dengan pelbagai dakwaan palsu, tohmahan serta fitnah jahat yang dilemparkan terhadap agensi bebas itu oleh pihak Pakatan Haram selama bertahun lamanya.

Ekoran tidak tahan lagi dengan segala tuduhan yang direka-reka untuk menjatuhkan kreadibiliti mereka, SPR semalam telah bertindak balas dengan membuat satu laporan polis terhadap lidah rasmi PAS, Harakah, yang terkenal dengan pembohongan terancang.

Harakah melalui keluarannya pada Bilangan 1750, yang diterbitkan pada 21-24 Rejab 1433 bersamaan dengan 11 hingga 14 Jun 2012, telah menyiarkan dakwaan Zulkifli Ismail, kononnya satu nama boleh mengundi di semua unit pusat pusat mengundi.

Zulkifli juga mendakwa bahawa dia pernah mengundi dua kali pada pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang, Selangor.

ABBY ABADI HARUS DISELAMATKAN DARI MENJADI MANGSA KERAKUSAN LEBAI PAS



Pelakon terkenal, Abbay Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.

Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…
“Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat ‘hidayah sesat’? Apa tu?,”.

Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi “batu api” apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.

Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.

SINGAPURA MAKIN KURANG AJAR !!!



Jika kita menakrifkan Singapura sebagai seorang manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini. Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga, menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan pentingkan diri sendiri. Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik, Singapura mempunyai sikap ‘paranoid’ yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak wasangka dan memusuhi Malaysia.

Sikap ‘paranoid’ berlebihan inilah yang menyebabkan ruang angkasa Malaysia sering diceroboh mereka. Malah, bukan kita tidak tahu bahawa agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati pergerakan dan perkembangan negara ini. Walaupun Malaysia menghulurkan tangan persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan sepakan kaki sahaja oleh Singapura.

Tuesday, 26 June 2012

PANASS !! GADIS GEBU TAWAR SEKS DALAM KONDO



Tiga berstatus janda, manakala seorang lagi mendakwa belum pernah berumah tangga. Penampilan seksi, manja dan gebu empat sekawan yang menginap di sebuah kondominium mewah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2), Hulu Klang, dekat sini, menjadikan mereka kegilaan lelaki hidung belang.

Betapa tidak, empat wanita Indonesia berasal dari pelbagai wilayah republik itu bukan saja manis dan bijak bermain kata-kata, malah bersedia melayan tetamu di ‘kondo berahi’ mereka hingga ke ranjang, asalkan bersetuju membuat bayaran seperti dijanjikan.

Metro Ahad yang menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan wanita itu mendapati, mereka bergerak sendirian tanpa dikawal orang tengah atau bapa ayam, sekali gus menjadikan aktiviti itu sukar dibawa ke muka pengadilan.

PANASS !!! BERITA YANG BARU DITERIMA !!! AZIZAN RAZAK SAH LETAK JAWATAN AKIBAT TEKANAN ?


Akibat tak tahan dengan siri pendedahan yang dibongkar oleh blogger dan media massa membuatkan Azizan razak tidak senang duduk dengan apa yang berlaku sekarang..

Dari isu KUIN,SULIHH,Madrasah Salihiah,Balak serta pusat hiburan yang makin bertambah membuatkan Azizan makin tidak ketahuan hendak menepis setiap soalan yang dilemparkan..

Disebabkan itu juga Azizan tampil dalam satu sidang media khas untuk membuat pengumuman penting ini..Saksikan video dibawah

PAS RELA KHIANATI MELAYU DARIPADA TINGGALKAN DAP



Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.

Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.

Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.

PANASS !!! SIAPA PENYAMUN DALAM KUIN YANG BERCITA CITA NAK JADI CALON PAS??


Namanya menjadi sebutan para kakitangan KUIN bukan kerana kehebatannya menjalankan tugas tetapi kerana beliau ialah 'tongkat' Jamil. Ideanya yang bernas sangat dinantikan oleh Jamil. Bersama seorang lagi rakannya yang juga Pemuda Pas mereka bersatu untuk menekan kakitangan KUIN. Siapakah beliau?

Beliau ialah saudara Mr. SS @ double S @ Sayuthi B. Sanusi @ lebih dikenali sebagai Pendaftar in Progress. Beliau dikhabarkan akan menjadi calon bagi PAS dalam pilihanraya umum akan datang. Wak pun kaji la sedikit mengenai beliau ini. Untuk pendedahan berkaitan salah laku beliau di KUIN itu nantikan versi Parasit selepas ini.Baca seterusnya

BLOGGER MYMASSA BIKIN PEMERINTAH SINGAPORK TAK SENANG DUDUK !!



Tahniah Blogger MyMassa kerana berjaya mengugat dan membuka mata banyak pihak termasuk di Singapura bahawa penglibatan ahli politik dari negara itu yang menjadi agen membantu DAP menghuru-harakan negara.

MTK harap 3 nama yang didedahkan itu di siasat dan di larang memasuki Malaysia seumur hidup.

  1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.
  2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).
  3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.


Pihak kerajaan perlu memandang serius perkara ini setiap langkah dan tindak tanduk pemimpin parti dari negara jiran perlu diawasi..

TUDIAA !!! WAYANG PKR SELANGOR SUDAH DAPAT DI KESAN !



Agak seronok melihat “drama” yang “diwayang”kan oleh Pakatan Haram Selangor yang melibatkan di antara kem Menteri Besar, Khalid Ibrahim, dengan kem “kekasih gelap” Anwar, Azmin Ali, yang membabitkan dua orang balaci mereka.

Dari kem Azmin, dikisahkan dengan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Rafizi Ramli sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Manakala di kem Khalid pula, Setiausaha Politiknya, Faekah Husin pula diserang habis-habisan oleh geng-geng Azmin dan dipaksa untuk melepaskan jawatannya serta merta, mengikut jejak langkah Rafizi Ramli.

Khalid Ibrahim semalam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah dan menegaskan bahawa Faekah yang dipercayai masih lagi “anak dara” itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dalam masa yang sama, Azmin pula mengeluarkan kenyataan bahawa PKR Selangor tidak bergolak dan menafikan pergaduhannya dengan Khalid Ibrahim serta konco-konconya.

Tapi, tiba-tiba muncul pula Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai “raja pasir Selangor” membuat sidang akhbar mengecam Faekah dan menuntuk agar “anak dara” itu meletak jawatan atau digantung tugas.

TUDIAA !! FANATIK BOLA MATI OVERDOS ?


Seorang peminat bola sepak dari China, meninggal dunia setelah mengharungi 11 malam tanpa tidur hanya kerana menonton setiap perlawanan Euro 2012.

Jiang Xiaoshan yang juga penyokong kuat pasukan England dan Perancis, mati kepenatan pada pagi Selasa yang lalu.

Oleh kerana masa perlawanan adalah berlainan, beliau dilaporkan berjaga malam bersama rakan-rakannya setiap malam untuk menonton dan pergi ke kerja pada paginya.

Setelah menonton perlawana antara Ireland dan Italy, Sina.com melaporkan beliau telah pulang ke rumahnya di Changsa pada pukul lima pagi, kemudian beliau mandi, terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi selepas itu.

Monday, 25 June 2012

PANASS !!! KENAPA KAUM CINA TAK PERCAYAKAN ANWAR ??



Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka. Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang. Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.

Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.

Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka ‘berkembang’. Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.

Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini. Namun, majoriti kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka.

TERPANASS !!! WAKIL PERIBADI ADUN PAS DI KEDAH DITAHAN KERANA MENIPU ??!!

sekadar hiasan

Maklumat yang baru diterima sebentar tadi,seorang wakil peribadi adun pas merangkap ajk dhpp di salah sebuah cawangan di Kedah telah ditahan polis dibawah sek 420 kes penipuan..

Lima laporan polis telah dibuat sebelum ini kerana mengutip wang sebanyak RM 2000 dari orang ramai dan menipu berhubung projek perumahan kos rendah di kawasan adun terbabit..

Macamana Pas ni,menipu tak habis habis,dari satu kes ke satu kes pulak ni, isu pusat hiburan pun belum habis lagi,ni timbul pulak isu menipu orang ramai..bukan sikit pulak tu..sorang dia makan 2 ribu..kalau 100 orang dia kencing berapa ratus ribu dah tu..tapi yang peliknya adun tu tak tahu ke perangai wakil peribadi dia tu..Jangan Jangan Adun tu terlibat sama tak ??

PANASS !!! PENIPUAN TERANCANG PUAK PAS UNTUK MERAMPAS MASJID !!!



Siri penuh kronologi rampasan Masjid Almuttaqin Taman Equine dalam satu konspirasi terancang dan licik oleh PAS dan JAIS...majoriti anak kariah membantah kerana jawatan2 penting disapu oleh orang luar kariah dan berjawatan dalam politik PAS.

Anak kariah sekadar AJK Bodoh dan Siak sahaja. Mohon sebarkan video ini semoga bantahan ini mendapat jawapan yg sewajarnya dari JAIS dan MAIS.


SUMBER

REFORMASI GAGAL MERUBAH NASIB INDONESIA !! KENAPA KITA PERLU IKUT ??




Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.

Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.

PANASS !! ARTIS YANG DITANGKAP KHALWAT MASUK PAS HINA PEJUANG UMNO !!!

Kini artis yang pernah ditangkap khalwat di Langkawi pada tahun 2006 mencari publisiti murahan dengan memanggil pejuang UMNO sebagai pencacai semata mata mahu menaikkan namanya kembali setelah sunyi dari dunia lakonan..



Siapa yang mengila ni hairie ??

PANASS !!! AZIZAN AKUI PHAHROLRAZI BERI LESEN UNTUK RAKYAT KEDAH BERHIBUR !!!


Ternyata tuduhan timb YDP Pas Alor star (zulkifli yahaya) yang juga penulis blog kedahla yang menyalahkan segelintir pegawai kerajaan negeri kerana tidak mengambil tindakkan kepada pengusaha pusat pusat hiburan sekadar mahu menutup kelemahan pentadbiran Pas Kedah semata mata.

Setiap kali isu pusat hiburan didedahkan pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan,selain itu juga banyak penafian dibuat oleh exco yang terlibat seolah olah mahu melepaskan diri dari di hentam oleh rakyat..

kenyataan exco

PANASS !!! BOB LOKMAN SERBA SALAH GUNA HOSPITAL KERAJAAN ?!!





MTK ingat lagi setiap kali ceramah bob lokman ni mesti ada kutukkan hinaan kepada kerajaan kononnya kerajaan ni tak bagus..dulu masa mula mula masuk pas pun bob cakap kerajaan lah punca anak dia terabai..

Kali ni bila bob sakit,hospital kerajaan juga bob cari..Iya la memang hospital ni untuk rakyat dan hak rakyat..tapi sekurang kurangnya kita bersyukur dengan apa yang kerajaan beri untuk rakyat..dah la percuma tak ada servis cas yang terlindung seperti hospital swasta yang lain..

menurut sumber keadaan bob agak teruk,tapi disebabkan kepantasan kakitangan hospital, keadaan bob dapat distabilkan..

Kepada bob lokman cukup cukup lah memperlekehkan usaha kerajaan..Itu satu petanda Allah nak tunjuk yang Kerajaan sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat !!

Sunday, 24 June 2012

PANASS !!! MALAM GALA BERSAMA PEMIMPIN PKR ADA BABI DAN ARAK ??! #SelamatkanAkidah



Haiyaa !!! itu babi wa sudah semelih loo, wa guna pisau manyak tajam, sikijap saja itu babi mampuih..Wa punya kawan abang LEBAI cakap itu babi lepas semelih musti HALAL..tarak halal pun waa suruh itu abang lebai tolong halalkan sebab PRU punya pasai..

Waa pikir mau masak gulai kawah umbut pisang sebab abang haji manyak suka..Itu tok gulu pun sudah kasi green lite..Anwar pun tarak hal maa..Dia apa kita cakap dia on saja janji dapat undi..Itu arak pun kita kasi open ini malam..


PANASS !!! FAEKAH GUNA KHALID SAPU HAK RAKYAT UNTUK KRONI ?!!



MACAM manalah blog Pakatan Haram nak dapat sambutan, asyik guna pendekatan yang sama setiap masa. Dalam isu surat Faekah ini pun begitu jugalah. Mula-mula kata surat palsu, bila Faekah sendiri pun mengaku, dia kata biasalah, UMNO pun buat!!

Tak berubah-berubah walaupun bayar mahal.

Kalau macam itulah standardnya menjawab, baik suruh budak sekolah saja jaga blog Pakatan haram, ini salah seorang tu ada jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, ada drebar apa segala. Bini pun dua, nak tambah satu lagi, tunggu habis edah dululah kot.

Sekarang ini penulis lihat, mereka cuba mengalihkan tumpuan isu ini kepada surat, tatacara mengeluarkan surat dan yang berkaitan. Malah Khalid Gagap sebentar tadi dalam Buletin Utama pun bercakap soal surat, dipanjangkan atau tidaknya.

Eh, itu ke isunya, surat? Ini bukan soal surat, ini soal amalan kronisme dalam pentadbiran yang sering dituduh kepada kerajaan BN.

Ada bagus juga Pakatan haram ini menang beberapa negeri tahun 2008, dapat juga rakyat melihat bagus mana, hebat mana mereka ini seperti yang sering diwar-warkan. Setakat yang kita nampak sepanjang 4 tahun ini, tidaklah hebat mana pun, malah kalau boleh dikatakan, tidak hebat langsung. Apa yang dia selalu tuduh kepada UMNO (kronisme) dia juga sendiri lakukan.

JIJIK !!! INIKAH VIDEO SEBENAR ANAK IKAN EMAS BANG NON YANG ADA DI SINGAPURA??


Padamulanya MTK pun terkejut lihat rakaman penuh video gay ni,tapi kerana tak sanggup nak tulis korang layan lah video kat bawah ni...memang JIJIK !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive