Saturday, 28 September 2013

KEMPEN PALING BUROK SEJAK 35 BERSAMA PAS - MAT SABU


buruk tak ??

Memetik wawancara yang dibuat oleh The Malaysian Insider bersama Mohamad Sabu yang mahu mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas.

“Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.

“Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti,” katanya.

PANASS !!! HAZRI FITNAH AKRAMSYAH ??




Tadi petang saya sudah kemukakan bukti berbentuk artikel2 dari blog MAYC KEBANGSAAN yang telah membuktikan dakwaan mamat diatas adalah satu FITNAH. ( KLiK )

TAPI memikirkan yang mamat ni boleh terfikirkan satu fitnah yang begitu dangkal, yang mampu disangkal dengan hanya melayari blog bernama MAYC, saya tidak menolak kemungkinan mamat ini akan mendakwa blog itu adalah palsu, ditulis baru semalam semata2 untuk menangkis dakwaannya ! I mean …. Endless Possibilities lah kan …

TUDIAA !!!! KEMATIAN UST AZIZAN DISEBABKAN KERAJAAN UMNO ??



Parah !! Belum pernah dalam sejarah politik tanah air aku lihat benda ni depan mata.. Aku ingat Anwar sorang saja yang pandai bab bab menyucuk menyontot ni.. Rupanya ada jugak balaci atau barua Pas berimiginasi tentang punca kematiaan Allahyarham Ust Azizan disebabkan kerajaan Umno..

Menurut apa yang ditulis oleh penyokong Pas ini kerajaan Umno terpaksa bertindak demikian kerana gagal membayar gaji kakitangan Kuin serta arwah Ust Azizan menyimpan rahsia besar kerajaan...

Friday, 27 September 2013

HARGA MINYAK TAK NAIK !! RAKYAT DIINGATKAN JANGAN MENGELABAH


Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal RM2.10.

"Pasa masa ini, harga petrol RON95 di pasaran dunia adalah RM2.73 dan setelah disubsidi menjadi RM2.10 manakala diesel pula RM2.80 menjadi RM2 setelah disubsidi," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

KU NAN ADAKAN MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YASSIN BUAT ARWAH UST AZIZAN



Biarpun berlainan fahaman politik Ku Nan serta ahli Umno cawangan Bunga Matahari Putrajaya mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil buat Allahyarham Tan Sri Ust Azizan semalam selepas selesai solat Magrib di Putrajaya semalam..

Sebagai umat Islam kita harus mengenepikan kepentingan individu dan parti dan sentiasa mendoakan sesama umat Islam... Allahyarham Tan Sri Ust Azizan antara pemimpin Pas yang mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin UMNO..

Arwah juga merupakan guru kepada beberapa pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambery Abdul Kadir..

ALLAHYARHAM UST AZIZAN SAHABAT BAIK -AYAHANDA TUN DR MAHATHIR



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak seorang sahabat yan baik walaupun berbeza parti politik.

Beliau berkata bekas Menteri Besar Kedah itu bersikap tidak keterlaluan dalam politik dan sanggup berbaik-baik dengan semua orang.

Katanya Azizan juga bersikap memenuhi permintaan orang ramai tanpa mengira parti ketika menjadi wakil rakyat dan Menteri Besar.

“Sahabat, sahabat… politik, politik. Perhubungan saya dengan dia memang baik.

SPEAKER DUN KEDAH PUN TAHU HORMAT KELUARGA ARWAH UST AZIZAN DARI TUAN BERAHIM TUAN MAN !!



Semalam aku menyiarkan kenyataan dari Ketua Penerangan Pas yang agak keterlaluan apabila tergesa gesa menyuarakan soal PRK di Sungai Limau, walaupun belum selesai lagi segala urusan jenazah Ust Azizan oleh keluarga arwah di sini..

Lain pula bagi Speaker Dun Kedah Datuk Md Rozai dalam kenyataannya akan menyerahkan surat kekosongan kerusi Dun Sungai Limau kepada SPR minggu hadapan bagi memberi ruang dan masa kepada keluarga Allahyarham untuk bertenang dan selesaikan segala urusan..

KAHKAHKAH !! DAH KALAH TERUK PUN MAHFUZ NAK JAWATAN MB KEDAH ??


Tukang karut warung kompleks peruda

Kenapa aku sebut warung kompleks Peruda ?? Sebab kat situlah tiap tiap pagi si Mahfuz ni melepak bila takdak kerja (Sidang Parlimen) di Kuala Lumpur..

Awal pagi lagi dah riuh rendah dengar karut marut si Mahfuz kat warung kopi nasi tomato belakang kompleks Peruda .. Bukan orang tak tau.. Situlah port melepak.. Nak kata ambik tau masalah rakyat, tak jugak sebab dia duduk situ sampai tengah hari..

Dipendekkan cerita, aku terbaca satu kisah Mahfuz al bingai ni dalam haprakah.. Dia marah kat Tok Mukhriz sebab nak pelawa Pas jawatan Exco.. Sebab penyelewengan dan kegagalan yang berlaku dalam kerajaan sekarang..

HOT !! BANTAH PEMBINAAN TOKONG PATUNG TERBESAR DI PAHANG




Dipetik dari Blog Din Turtle

Artikel ini seperti ulangan artikel saya semalam, sengaja saya copy paste disini supaya mereka yang pertamakali baca tidak perlu banyak klik. POINT SAYA DIBAWAH SEKALI.

Satu pusat tumpuan Keagamaan ( kecuali Islam ) TERBESAR Di Dunia menggunakan konsep Pelancungan Spiritual

Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR Di Dunia ! Kuil Kuan Yin TERBESAR Di Dunia ! Kompleks Beli Belah TERBESAR Di Dunia ! Piramid TERBESAR Di Dunia ! Columbarium ( Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !

Thursday, 26 September 2013

PAS MEMANG TAK HORMAT ARWAH UST AZIZAN !!



Belum sampai 1 malam arwah Ust Azizan meninggal, Pas dah mula berbicara tentang PRK Sg Limau..

Kalau ia pun nak tumpu pada PRK biarlah selesai dulu urusan jenazah arwah..Hormat la sikit keluarga Ust Azizan.. Ini tidak..tak sampai 24jam dah mula fikir pasal PRK.. Memang tak ada adap betul...

JENAZAH ALLAHYARHAM UST AZIZAN SELAMAT DIKEBUMIKAN




Jenazah Allahyarham Tan Sri Ust Azizan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang.

Jenazah Azizan yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.

GAMBAR GAMBAR TERAKHIR UST AZIZAN SEBELUM DIKEBUMIKAN




Khas buat tatapan pembaca.Walaupun berlainan ideologi politik Tan Sri Ust Azizan salah seorang Bekas Menteri Besar yang dihormati oleh semua lapisan masyarakat.. Kita sedekahkan Alfatihah buat beliau.Semoga rohnya dicucuri rahmat..


PANASS !!! EXCO KEDAH PAKAI PUNAHSIHAT 25% PAS ?? ROSAK ROSAK




Email yang dipetik dari blog Kedahkekl

Oleh Insan Pena

Kerajaan Kedah Wajib Ambil Peduli Pendedahan Ini
Siapa dibelakang isu lantikan Rektor KUIN?

Kenapa bukan calon dari bidang Pengajian Islam yang diletakkan?

Dah lupa pada janji anda untuk memartabatkan program asal KUIN?

Apa peranan Kementerian dalam mengatur Rektor KUIN?

Sejak bila perlu ada panel temuduga untuk jawatan tersebut?

Eh punyalah temuduga tengok-tengok calon yang dipilih tak ada Dr. Tak letak atau memang tak ada?

Rektor adalah bekas orang Kementerian. Temuduga oleh Wakil Kementerian. Tak pelik ke?

AL FATIHAH !! TAN SRI UST AZIZAN MENINGGAL DUNIA



Al Fatihah..Aku baru dapat berita bahawa Tan Sri Ust Azizan meninggal dunia sebentar tadi.. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama orang beriman..Al Fatihah...


PANASS !! @tunfaisal DILARANG BERTANDING MT ?? WATAFCUK !! #TF4MT #JUSTICE4TF




Dibawah ini adalah senarai lengkap dimana calon calon yang telah pun disenaraikan untuk bertanding pada pemilihan kali ini.. Namun agak janggal apabila Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Pengerusi Unit Media Baru tidak tersenarai dalam senarai calon dibawah..


MAJLIS TERTINGGI

SHAHIDAN BIN KASSIM – 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH – 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR – 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB – 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA – 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN – 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN – 8
MISRI BIN BARHAM – 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK – 13
AB AZIZ BIN KAPRAWI – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM – 15
MUSTAPA BIN MOHAMED – 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN – 17
IDRIS BIN HJ JUSOH – 18
MAHDZIR BIN KHALID – 19
RAZALI BIN IBRAHIM – 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI – 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE – 22
YUSOFF BIN ISHAK – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ – 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS – 25
MOKTAR BIN RADIN – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN – 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH – 29
ROSNI BINTI ZAHARI – 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM – 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN – 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD – 33
RAZALI BIN HUSAIN – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD – 35
AZALINA BINTI OTHMAN – 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN – 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD – 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH – 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN – 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID – 42
HAMIDAH BINTI OSMAN – 43
HASAN BIN MALEK – 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN – 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN – 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED – 48
IDRIS BIN HARON – 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL – 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD – 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED – 52
NASIR BIN SAFAR – 53
AZLAN BIN MAN – 54
ZUBIR BIN HARUN – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN – 56
MOHSIN BIN YUSOFF – 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH – 58
ISHAK BIN ISMAIL – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK – 61
AHMAD BIN JAAFAR – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO -64
(SUMBER: UMNO ONLINE)
Aku difahamkan Tun Faisal tidak layak kerana tidak menepati syarat asas iaitu menjadi ahli Umno sekurang kuranya 3 tahun dan pernah memegang jawatan AJK di peringkat bahagian..

Wednesday, 25 September 2013

PELUMBA SUPERBIKE MSS MALAYSIA MENINGGAL DUNIA



Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013, Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini, lima hari selepas terbabit dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama berkata pelumba berusia 17 tahun itu meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Dalam insiden Sabtu lepas, Muhammad Izzat, yang beraksi dalam kelas 250cc, dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan S. Satish, 44, pada pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan.

GARA GARA TERLEBIH UBAT KUAT " ANU " BEKAS AHLI POLITIK TERPAKSA DIPOTONG !!!




Gara-gara mengambil dos Viagra secara berlebihan untuk menarik perhatian teman wanitanya, seorang bekas ahli politik menerima padah selepas doktor terpaksa memotong zakarnya.

Hasil pemeriksaan doktor di sebuah hospital di Neiva (Colombo) mendapati zakar bekas ahli politik dari Gigante berumur 66 tahun itu telah patah dan mengalami keradangan.

TERKINI !!! KEADAAN MANTAN MB KEDAH KRITIKAL !!! DOAKAN DIA SELAMAT



Keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, dilapor kritikal selepas mengalami komplikasi pada denyutan jantung sejak awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Mohd Nor, ketika mengulas komen yang dimuat naik melalui status akaun Facebook miliknya yang dikemas kini kira-kira sejam lalu.

Azizan yang juga Ahli Dewan Undanan Negeri (ADUN) Sungai Limau kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

PANASS !!! ABU MAYAT CHIN PENG DAH MASUK MALAYSIA !!!



Syabas diucapkan kepada pihak PDRM selepas berjaya menahan dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antara bangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.... Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat.

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas.

MAT SERABAI PKR NAK TUNJUK HERO KENA HALAU KELUAR DI PARLIMEN



Inilah jadinya bila budak yang baru jadi Ahli Parlimen nak tunjuk pandai pasal peraturan mesyuarat.. Sesi pertanyaan soalan belum mula lagi mamat ni dah bangkitkan peraturan mesyuarat..

Belum pernah lagi aku jumpa seorang loya bodoh macam ni sampai tak tahu langsung bila sepatutnya peraturan mesyuarat perlu dibangkitkan..

Semalam mamat ni juga persoalkan tempoh masa bagi pertanyaan soalan di Parlimen tapi mamat serabai ni tak pula sentuh pasal Speaker Dun Penang tak bagi langsung adun pembangkang tanya soalan..

PANASS !! BINI MAT YO KERABAT MANA ? SUKA HATI NAK TENDANG ORANG ??




Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.

Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawan Mynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.

Tuesday, 24 September 2013

MATI SEBAB POTONG LINE



Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah yang ditemui meninggal dunia dalam bilik air tengah malam kelmarin dikatakan memotong barisan ketika mengambil makanan sarapan pagi di kantin pusat itu.

Ia sekali gus dikatakan menjadi punca tidak puas hati beberapa pelatih lain hingga menyebabkan pergaduhan.

PANASS !!! BEKAS ADUN KATA DAP BONGKAK !!




Bekas ADUN Teratai Jenice Lee menyifatkan tindakan DAP meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya membuat temujanji jika mahu melihat bukti surat pengesahan 500 perwakilan yang tidak dapat hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Disember lalu, sebagai bongkak.

Kata beliau, DAP sepatutnya mengambil inisiatif untuk berjumpa dan menyerahkan maklumat itu kepada ROS sekiranya benar CEC parti itu dibuat secara telus.

"Kenapa perlu begitu. Sepatutnya kedua pihak kena 'give and take', kenapa nak tunjuk macam ni? Sepatutnya DAP kena hantar kepada ROS.

"Seperti agak bongkak la dengan menggunakan cara itu," katanya ketika dihubungi Antarapos.

SAKSIKAN SECARA LANGSUNG DIALOG KRISIS TIMUR TENGAH BERSAMA @MUKHRIZMAHATHIR DI SINI



Dialog Bersama Pemimpin anjuran Sinar Harian kali ini menampilkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir untuk mengupas isu sejauh mana krisis di Timur Tengah memberikan kesan kepada Malaysia.

Ikuti secara langsung dialog bersama pemimpin ini yang berjudul “Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia”, yang sedang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf dibawa khas oleh www.mobtv.my


HOT !!! BINI PEMAIN BOLA SEPAK JDT YANG BIADAP !! MAKI HAMUN PAK GUARD





Video diatas mula tersebar di laman FB sejak beberapa hari lepas.. Dari segi bahasa perempuan ini memang agak kurang ajar..Buat salah tapi taknak mengaku.. Mengikut situasi sebenar, perempuan ini yang juga isteri kepada pemain bola sepak JDT iaitu Mat Yo parking ditempat yang salah.. Pak cik guard yang menjalankan tugas hanya menegur supaya kenderaan yang dinaikki oleh bini Mat Yo beredar..

Tapi dengan biadap dan kurang ajar bini Mat Yo memaki hamun pak cik guard berkenaan.. Kebiadapan bini Mat Yo bukan perkara baru, malah sebelum ini juga bini Mat Yo yang agak celupar ini sering kali menghina orang lain dengan kata kata keji seperti kes yang berlaku antara Mat Yo dan pasukannya terdahulu iaitu Kelantan.. Panggilan " anjing" kepada Presiden KAFA iaitu Tan Sri Annuar Musa..

CUKUP CELAKA !!! BELANGSUNGKAWA ALMARHUM CHIN PENG !!



Fikir fikirkanlah sendiri ..Nak kata apa lagi.. Dah mampos pun nak diangkat sebagai orang yang dikasihi.. Hebat sangatkah Chin Peng sampai nak kena tulis Almarhum ?? Sejak bila orang kafir mati dirahmati Allah ?? Dah mati pun nak hina Islam ?? Belum pernah dengar lagi dalam kitab budha sekalipun penganutnya mati diletak Almarhum..Yang aku tau mendiang saja..

Apa sebenarnya maksud almarhum tu?, kalimah Almarhum (المرحوم) adalah kalimah Arrohii (الرحيم) iaitu dari kata Rohima (رحم) ertinya “mengasihi”. Jadi Arrohiim ertinya “pengasih” (isim Fa’il) sedangkan Almarhum ertinya “yang dikasihi” (isim Maf’ul).

Salah satu sifat Allah adalah Arrohiim (pengasih), kerana Allah itu Arrohiim (pengasih) berarti ada Almarhum (yang dikasihi)Nya, siapakah yang dikasihi oleh Allah itu?

Monday, 23 September 2013

BILA MELAYU PR ANGGAP CHIN PENG SEBAGAI PEJUANG




Inilah jadinya bila  manusia buta sejarah dan mengagungkan pengkhianat negara sampai sanggup ziarah manusia yang pernah membunuh pejuang pejuang negara..

Puak PR nie sanggup ke Bangkok semata mata nak beri penghormatan terakhir kepada Chin Peng kononya atas dasar kemanusiaan..

Tapi adakah mereka sanggup menziarahi mangsa mangsa kekejaman Chin Peng dan Komunis??

PANASS !!! KENAPA STOPA TAK LAWAN MANA2 JAWATAN DALAM MUKTAMAR PAS ?? TAKUT DENGAN VIDEO KER ??



Baru baru ni Setiausaha Agogo Pas, Mustafa Ali atau stopa spender mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi mana-mana jawatan dalam Muktamar Tahunan ke-59, November depan kononnya nak bagi ruang kepada golongan muda berebut jawatan..

Kata stopa walaupun ditawarkan bertanding tapi dia tetap tak akan bertanding...

Betul ke Stopa nak bagi laluan kat orang muda?? Atau Stopa takut insiden video mirip Stopa dengan janda kembali diperdagangkan kepada para perwakilan Pas??

PENGANALISIS AKUI MUKHRIZ CALON BERPOTENSI SEBAGAI NAIB PRESIDEN



Pencalonan Datuk Mukhriz Mahathir dilihat sebagai individu yang paling berkredibilti untuk memegang salah satu daripada tiga tampuk kepimpinan bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini.

Penganalisis Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Jayum Anak Jawan berpendapat, anak kepada mantan perdana menteri itu menampilkan ciri-ciri yang diinginkan parti untuk melalui proses mendekatkan diri kepada orang muda.

"Kalau kita lihat dari segi peluang itu, parti mahukan transformasi, mahu orang baru muka baru dan mahu berhubung dengan orang muda dan oleh kerana itu, saya melihat Datuk Muhkriz adalah calon yang perlu diperhatikanlah.

Sunday, 22 September 2013

BETUL KE TAKDAK ORANG NAK JATUHKAN @MUKHRIZMAHATHIR ?? #BERANIBERUBAH




Datuk Mukhriz Mahathir menolak kemungkinan berlakunya cubaan untuk menjatuhkan beliau pada Pemilihan Agung Umno kelak oleh ketiga-tiga penyandang Naib Presiden parti itu.

Menteri Besar Kedah itu berkata jika wujud percubaan itu, bermakna ia sama sekali menyalahi Program Transformasi Politik (PTP) yang dibawa oleh Presiden Datuk Seri Najib Razak.

"Saya rasa itu semua kebetulan sahaja, saya tidak percaya mereka mempunyai satu pakatan (untuk menjatuhkan beliau).

"...kalau benar itu yang berlaku bermakna sedikit konflik dengan kenyataan yang mereka keluarkan sebelum ini.

PANASS !!! CHIN PENG MATI SEHARI SEBELUM 16 SEPTEMBER !!!???




Kematian bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang sebelum ini dilaporkan pada 16 September menimbulkan keraguan berikutan desas-desus mengatakan tarikh kematian itu sebenarnya telah dirancang.

Dipercayai pemimpin PKM itu meninggal dunia di Hospital Bangkok di Thailand pada petang Ahad (15 September).

Bagaimanapun menurut sumber, kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.

PERINGATAN KEPADA SEMUA CALON YANG AKAN BERTANDING !!!





Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan semua anggota Umno supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan Umno tahun ini.

Perdana menteri mengingatkan mereka supaya mengekalkan demokrasi dengan menjaga tata tertib dan kesopanan sepanjang masa berkempen.

"Nasihat saya bukan untuk jawatan naib presiden sahaja tetapi untuk semua jawatan, maknanya kita mesti jaga ketertiban, kesopanan dalam kempen- kempen secara beradab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive