Saturday, 14 July 2012

TUDIAA !!! KANAK KANAK INI MENJADI MANGSA TOTOK LEBAI PAS !!!



Tertarik dengan gambar anak kecil ini mengunakan bendera UMNO sebagai alas untuk mengayakan diri dalam keadaan sedang bersolat. Pisau Kedah ambil gambar ini dari Aktivis UMNO Pekan Naka.


Pelbagai komen yang telah di berikan oleh cybertroper otak hijau bagaikan menjadi satu kesalahan dengan gambar yang di paparkan ini sehinggakan bermacam kejian yang telah di lemparkan


PANASS !!! MAHFUZ CUBA LOBI NAK JAWATAN DALAM PETRONAS ??


Rasanya, sudah beratus-ratus kali saya menulis mengenai kebejatan dan kedangkalan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Dan kali ini saya tidak dapat menahan diri untuk menulis lagi mengenai Naib Presiden PAS paling bodoh dalam sejarah PAS ini.

Maafkan saya sekiranya menganggap Mahfuz begitu kerana sememangnya apa yang keluar dari mulutnya melambangkan tahap IQnya yang rendah.

Kali ini, Mahfuz mendesak agar Kerajaan menamatkan khidmat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Alasannya ialah Tun Dr. Mahathir gagal menjaga kepentingan Petronas untuk menjadikan GLC itu sebagai rakan niaga membekalkan petrol kepada pesawat baru MAS, Airbus A380.

Sebaliknya, Mahfuz cuba memberikan persepsi buruk kepada negarawan ulung itu bahawa beliau telah mengutamakan sebuah syarikat yang kononnya milik anaknya, Mokhzani, iaitu Petron untuk menjadi pembekal petrol bagi operasi pesawat-pesawat MAS itu.

Panass !!! Pengkhianat Bangsa Cuba Lagakan PM Dengan Mubarak


Agak melucukan membaca tulisan Aspan Alian, bekas ahli UMNO yang kecewa dan kini menyertai DAP, yang cuba menabur persepsi buruk kepada UMNO seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang terdesak meminta sokongan dari ahli-ahli Mubarak.

Kononnya, dua tiga orang ADUN dan bekas Exco kerajaan negeri menghubunginya memberitahu kemarahan mereka terhadap kepimpinan Najib, dan cuba membayangkan bahawa “ketika terdesak barulah Najib nak panggil dan hargai Mubarak”.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita,” kata bekas ADUN itu, dakwa Aspan Alias.

Sebagaimana maklum, Aspan Alias bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat kepada Islam, Melayu dan Tanah Melayu memandangkan dia melompat menyertai DAP yang terkenal dengan sikap rasis, chauvinis dan ultra kiasunya lebih pekat dari komunis.

VIDEO EKSKLUSIF !!! LAGI BUKTI TARIAN SEPARA BOGEL VERSI #K-POP PAS ADA DI KEDAH !!! @mahfuzomar @nikabdulaziz


HEHE,Pas Kedah kena taji lagi la hari ni..Buat pencacai dan blogger blogger Pas kat Kedah ini aku bagi kat hampa versi video pulak..Kalau tak percaya memang hampa ni spesis perut hijau..Otak beangai macam Mahfuz..

Isu Cerai Politik: Che Hasnah Harus Bersyukur


Walaupun ramai yang mungkin merasa simpati terhadap Che Hasnah Che Ahmad yang diceraikan oleh suaminya atas alasan berbeza fahaman politik, tetapi penulis merasakan yang beliau layak diberikan sekalung tahniah.

Penulis percaya apa yang berlaku ke atas kita adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita, hanya kita yang kadangkala kurang memahami atau menyedarinya. Apatah lagi jika mempunyai suami seperti Yahaya Ibrahim yang ternyata kurang matang, mudah terpengaruh dan taksub dengan sesebuah parti politik sehingga meletakkan politik mengatasi agama dan keluarga.

Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa penceraian adalah sesuatu yang terbaik untuk Che Hasnah kerana ternyata Yahaya Ibrahim tidak layak mendapat penghormatan sebagai seorang suami.

Sebenarnya, suami seperti Yahaya Ibrahim bersepah di Malaysia ini terutama, di kalangan penganut PAS. Sikap mereka juga amat tipikal atau stereotaip, iaitu bongkak, terutama dengan isteri dan sering memandang rendah terhadap kaum wanita. Selalunya mereka tidak berpelajaran tinggi, kalau pun mempunyai ijazah, ia hanyalah dalam bidang agama yang membataskan peluang pekerjaan mereka. Kerja mereka juga tidak menentu, ada yang menjadi Ustaz di sekolah-sekolah agama, berniaga pasar malam, membuka gerai makan atau sebagainya.

EKSKLUSIF !!! [VIDE0] PENYANYI SEKSI MELALAK HANYA 1KM DARI RUMAH PHAHROLRAZI ?


Video dibawah berjaya dirakam di Bali Bali Hai Kafe yang terletak hanya 1 KM dari rumah Phahrolrazi.Sekarang Pusat hiburan di Kedah di merata rata tempat..Sebelum ini MTK dedahkan House Bar yang terletak dalam Dun Alor Mengkudu dimana pusat hiburan terbabit juga terletak hanya 1km dari pusat khidmat Exco Dr Ismail Salleh..



Kali ini kita tengok video perempuan gelek gelek dalam kawasan Phahrolrazi pulak..Kalau hampa masih tak percaya boleh buka akaun FB Bali Bali Hai ni..

PANASS !!! NIK AJIS TAK TAHU KER ADA LOMBONG EMAS KAT KLATE ??



Apabila Utusan Malaysia mendedahkan kewujudan lombong emas haram di beberapa lokasi di Kelantan, ramai yang terkejut tidak menyangka yang negeri tersebut turut menyimpan hasil bumi yang berharga.

Bagi sesetengah penyokong PAS pula mereka memanipulasi pendedahan tersebut sebagai bukti negeri Kelantan berada dibawah rahmat Illahi kerana dikurniakan hasil galian mineral bernilai tinggi.

Tanpa mereka sedari, sejarah perlombongan emas di Kelantan sudah bermula berkurun lamanya dan bukannya mineral berharga itu hanya timbul beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.

Tapi biasalah, standard pemikiran penyokong dan pemimpin PAS sentiasa gemar bermain propaganda untuk menggambarkan dirinya sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t hingga lupa pada hakikat realiti.

Bukan satu rahsia pun, sejak beratus tahun lalu terdapat banyak lombong emas di seluruh negara dan hingga kini masih ada berbelas-belas lagi lombong emas yang masih aktif termasuklah 5 darinya berada di selatan Kelantan.

Friday, 13 July 2012

BONGKARR [PART 5] !!! PUSAT HIBURAN TERMASUK DALAM MANIFESTO PAS KEDAH ???



Kalau kita tengok manifesto Pas Kedah pada PRU yang lalu Pas berjanji untuk mengawal semua punca yang boleh menyumbangkan kepada gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, melepak, pergaulan bebas dan hiburan yang melampau..


Adakah Pas berjaya mengawal semua yang dijanjikan pada manifestu PRU yang lalu  atau Pas berjaya menambah pusat pusat hiburan di Kedah ?? Bagi MTK dengan kewujudan pusat pusat sebegini  Pas berjaya merosakkan akhlak anak anak muda ..

GEMPARR !!! KARPAL SINGH DI SERANG PEENYAKIT LUMPUH ??




Terkejut juga MTK baca artikel yang ditulis oleh sahabat blog Keris7Lok. Katanya Karpal Singh ni dah teruk sangat dah..Betoi ka ?? ada orang kata dia dah kena..Kena apa ?? Jom baca kat bawah ni

PANASS !! LAGI CERITA WARDEN CABUL ANAK YATIM DI KEDAH #SAVEKEDAH



Kalau pembaca masih ingat mengenai kisah anak yatim yang dicabul wardennya disebuah Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan seliaan Kerajaan Negeri Kedah. Mc ada cerita terbaru mengenai perkara ini. Pada yang belum pernah baca, boleh klik kat SINI

Selepas pendedahan yang dilakukan oleh Mc dan Team Media Kedah, Mc diberitahu, pengurusan rumah Anak Yatim yang diselia oleh kerajaan negeri Kedah itu, telah mengelabah dan mula mencari siapa dalang yang telah membocorkan maklumat pengurusan kepada kami.

Tindakan paling drastik yang mereka buat adalah dengan menghalau kesemua anak yatim keluar dari rumah tersebut dan menutupnya dengan tujuan tertentu.

Sesungguhnya tindakan pengurusan rumah anak yatim terbabit sungguh mengejutkan. Kenapa mereka bertindak demikian? Apakah ada salahgunakuasa dan salah laku lain yang mereka lakukan didalam pengurusan rumah anak yatim terbabit? Apakah rumah anak yatim itu telah menjadi sumber utama poket kepada mereka yang menguruskan rumah anak yatim?Baca seterusnya

TUDIAA !!! KUNING GAGAL, HIJAU GAGAL KALI NI OREN PULAK ???



Pas yang kemaruk undi rakyat terpaksa membuat pelbagai program untuk meyakinkan bahawa parti itu masih relevan untuk memerintah.. Selepas himpunan Bersih(kuning)yang gagal untuk mempengaruhi rakyat, mereka beralih kepada Himpunan Hijau..

Tujuannya hanyalah untuk menuju ke Putrajaya, tapi pengikut pengikut Pas yang begitu taksub dengan pemimpin mereka terlupa bahawa perjalanan ke Putrajaya memang sukar untuk pas tempuhi..Ini diakui sendiri oleh pemimpin Pas..

Niat mereka untuk jelajah seluruh Malaysia adalah untuk mengumpul dana PRU sahaja..Selagi bajet mereka tidak mencukupi selagi itulah mereka akan melakukan apa saja untuk mengumpul wang..Kini setelah himpunan hijau menutup tirai, keluarlah pulak himpunan versi oren pula..Dah makin mereng parti Pas ni..

BONGKARR 21SX !!! LAGI PENDEDAHAN PENARI #K-POP PAS DI PUSAT HIBURAN DI ALOR STAR [ TESCO MERGONG ]

gambar house bar
Semalam MTK dapat kiriman gambar dari rakan Facebooker yang berjaya merakam gambar dalam satu lagi pusat hiburan yang baru saja di buka di Alor Star..


Pusat hiburan ini adalah satu lagi projek kebanggaan Pas di negeri Kedah..Kenapa MTK cakap kebanggaan Pas?? Sebab bila gambar banner promosi premis ini digantung di sekitar pekan Alor Star membuatkan penyokong penyokong Pas tak senang duduk..

PANASS !!! TMK KANTOIKAN BLOGGER PAS !!!


Sedang panas isu lesen Pusat Hiburan, Team Media Kedah telah membuat pendedahan kisah satu PUB di Alor Setar menyediakan hiburan tarian separuh bogel. ( Klik di sini ), Blogger Kedah la (totok PAS) merasa tergugat lantas dia telah mengfitnah blogger Team Media Kedah kaki Danok dan gambar yang di ambil Team Media Kedah adalah dari Danok Thailand.

Team Media Kedah tak tau la apa hasrat blogger pencacai tu nak lindung aktiviti pusat maksiat berkenaan, mungkin sebagai blogger totok PAS yang di biayai PAS Kedah, dia terpaksa memperbodohkan dirinya untuk menutup maruah PAS Kedah yang di serang blogger Team Media Kedah.

Dalam artikel blogger pencacai PAS tu menyatakan, blogger Team Media Kedah telah di upah ke satu pusat hiburan pekan Danok untuk mengambil gambar dan menyatakan ianya berlaku di Kedah, malahan blogger tu menuduh mendapat maklumat dari orang UMNO sendiri.

Untuk pengetahuan blogger terbabit, kebanyakan orang UMNO tidak tahu siapa dia Blogger Team Media Kedah bagaimana orang UMNO terbabit boleh menuduh blogger Team Media Kedah sedangkan dia tidak mengenali siapa blogger Team Media Kedah ? atau pun blogger pencacai PAS terbabit saja mengada-adakan cerita untuk melindungi pusat maksiat terbabit dan maruah PAS Kedah ?

Ternyata tiada langsung bukti yang di terangkan blogger terbabit, gambar berkenaan di ambil dalam satu pusat hiburan pekan Danok, malahan di mengatakan dapat cerita dari orang UMNO pulak tu, itu satu bukti yang lemah yang boleh di ada-adakan.

MAKSIAT !!! SUAMI TIDOR , BINI BAIK PUNYA DUK MAIN DENGAN BANGLA



MUAR – Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.

Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan ke atasnya.

Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.

“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

BONGKARR 21SX !!! BLOGGER FITNAH ZAMAN BN LULUSKAN #KPOPPAS ???

Semalam seronok tak tengok aku promosi pusat hiburan PAS? Best? House Bar of PAS Kedah, best? Okay...sekarang aku nak cerita sikit asal-usul macamana House Bar of PAS Kedah tu.

Actually, House Bar of PAS Kedah tu aku jangka mula beroperasi pada sekitar lewat tahun 2011. Tahun lepas. Maknanya, baru lagi la tu. Masa UMNO jadi kerajaan, pusat hiburan tu belum ada lagi...

Tapi, Grand Opening Ceremony (majlis pelancaran) pusat hiburan PAS tu diadakan pada 2 April 2012. Tahun ni, kan? Dan sekarang ni bulan 7, maknanya baru dilancarkan 3 bulan lalu...

Thursday, 12 July 2012

BUKAN SETAKAT ANWAR BERSARA, PKR & PAS PATUT DIBUBARKAN


Belum lagi pilihan raya umum, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sudah mengangkat bendera putih.

Katanya mahu bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas menawan Putrajaya pada PRU-13 kelak.

Ada dua kemungkinan dalam senario ini - Anwar menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat akan kalah dan kenyataannya itu berupa satu amaran agar Pakatan Rakyat bekerja lebih keras atau ia satu lagi taktik Anwar untuk menarik simpati rakyat.

Apapun, anak beliau, Nurul Izzah, seperti yang dijangka mendesak agar ayahnya meneruskan perjuangan kerana PKR dan blok pembangkang masih memerlukan kepimpinannya.

Ini kerana tanpa Anwar, masa depan Nurul Izzah juga turut malap kerana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan Naib Presiden PKR banyak bergantung kepada pengaruh ayah, bukan kebolehannya sebagai politikus.

Rakan kongsi PKR, PAS pula dilihat sebagai menangguk ikan di air keruh dengan membayangkan seolah-olah ia rela melepaskan Anwar daripada menerajui pakatan pembangkang dan menggantikan daripada kalangannya.

PANASS !!! BLOGGER UMNO KAKI DANOK !! TAPI BLOGGER PAS YANG KANTOI #savekedah


Kesian dekat Pencacai Pas yang masih tak dapat terima kenyataan tentang pusat hiburan yang MTK dedahkan semalam kat sini, sini, sini dan sini adalah dari usaha kerajaan Pas Kedah memajukan aktiviti So Sial rakyat di Kedah..

Panass !!! Bekas Pegawai Mahu Dedah Hubungan Phaik Kheng-Guan Eng


Memandangkan pihak Guan Eng, Betty Chew dan Phaik Kheng sendiri enggan memberi penjelasan mengenai krisis yang melanda mereka, kebanyakan rakyat telah membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal Guan Eng dengan Phaik Kheng adalah benar dan Betty Chew menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng juga benar.

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap mereka yang mengelak malah Betty Chew yang meroyan apabila ditanya mengenainya.

Namun, rakyat mungkin ada satu alasan lagi untuk mempercayai kisah skandal ini iaitu apabila seorang bekas pegawai Lim Guan Eng dikatakan akan tampil untuk menceritakannya secara terperinci.

PANASS !!! AL KISAH SETPOL MB KEDAH DAN PEJABAT TANAH !!!

Banyaknya duit sanusi pi melancong 

Baru-baru ni aku ada lepak dengan geng-geng PTG dalam satu majlis. Rupanya, depa kenal sangat dengan Setiausaha Politik MB Kedah, Sanusi Md Noor...Ada cerita panassss..!!!

Depa kata, Sanusi ni dulu seorang Land Surveyor yang kerjanya ukur tanah dan menilai harga tanah untuk dijual. Dalam ertikata lain, selalunya lepas depa ukur, depa akan lobi tanah tu untuk dijual. Macam broker tanah la lebih kurang...

Geng-geng PTG ni kata, ada beberapa kes di Sik yang diuruskan oleh Sanusi. Tapi, tanah ni payah dikit sebab pemiliknya ada pakai IC merah dan payah nak jual. Nak tahu apa Sanusi buat? Jeng..jeng jeng jenggggg...!!! Heh!

Ada ke patut dia pegi tukar nama tanah tu letak nama dia? Heh! Dia pun serahkan pada di pejabat PTG dan diluluskan la tanah tu...dah ada buyers..

Wednesday, 11 July 2012

EDISI BONGKARR [PART 4] !!! PAS KEDAH MEMBANGUN BERSAMA DIVADOLL + CHINADOLL ?? 21SX VERSI UNCENSORED LAGI GANASS


Siapa sangka Negeri di bawah pentadbiran Pas di Kedah ini ada gadis gadis bergetah melekit dan belengas beraksi di pentas sebuah kelab malam yang baru di buka semasa Pas mengambil alih tampuk pemerintahan..

Dan tiada siapa yang sedar bahawa gadis-gadis di atas pernah berada di Alor Setar, Kedah. Lebih hebat lagi, mereka hanya berada tidak lebih dari 1km dari Pusat Khidmat ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh, seorang ADUN PAS..!!!

BONGKAR PART 3 !!! APA !!! PUSAT HIBURAN SEBELAH PEJABAT EXCO PAS?? 21SX [UNCENSORED]


4 tahun perintah kedah pusat hiburan bukan semakin kurang malah pusat hiburan berlipat kali ganda di kedah . Exco pula hanya lepas tangan, MB pulak salahkan orang lain dalam hal ini ? Exco PBT diamanahkan pula menyalahkan orang lain..

Kalau gerai-gerai kecil di tepi-tepi jalan exco PBT kata sakit mata sebab kotor tapi kalau pusat hiburan yang penuh dengan pelacur, exco kata tak apa depa duk didalam bangunan tak kotor tak sakit mata..Exco PBT  kedah ni orang Islam kah ?

ini gambar kelab malam di jalan alor mengkudu sebelah caltex


Bab kelulusan lesen pusat hiburan Di Kedah didalangi oleh Phahrolrazi..Bila isu ini dibongkar beliau menuduh KCS dan pegawai kerajaan tempatan cuba memperburukkan kerajaan negeri..Menurut dari sumber dalaman Pas, beberapa taukeh cina ada datang berjumpa beliau untuk mendapatkan lesen kelulusan pusat hiburan..Ini adalah salah satu contoh bukti surat yang di tandatangani oleh EXCO terbabit.

EDISI BONGKARR [PART 2 ] !!! APA ANAK LEBAI PAS BUAT DALAM PUSAT HIBURAN KAT ALOR STAR ??? OSTAD JIJAN TAU TAK ??


Mungkin kali ni agak keterlaluan untuk puak puak lebai pas tengok,tapi demi selamatkan Kedah dari parti yang berperangaikan SETAN ni MTK keluarkan jugak apa yang mereka buat kat Kedah sebenarnya..

Selain ayik berceramah, inilah salah satu yang Pas buat kat Kedah..Meluluskan Lesen pusat hiburan..Agaknya sebab kemaruk undi orang cina kot pas sangup buat apa saja..Sejak gambar gambar dalam usat hiburan di Alor Star didedahkan dalam Facebook, ramai penyokong pas tak dapat terima kenyataan bahawa kerajaan yang mereka sanjungi boleh meluluskan pusat hiburan yang menyajikan tarian separuh bogel kepada pengunjung..


PAS KEDAH KINI KRITIKAL !!! GERAKAN GERAKAN HALUS UNTUK PER" DAJAL"KAN SEMASA SENDIRI !!!



Mungkin akan mengejutkan ramai rakyat Malaysia sekiranya saya menegaskan bahawa pergaduhan di antara Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Phahrolrazi Zawawi yang sebelum ini dikatakan selesai masih lagi hangat berkelahi di antara satu sama lain.

Sebelum ini Phahrolrazi dan kroni-kroninya seperti Dr. Ismail Salleh mengugut untuk enggan menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan telah membuat beberapa kenyataan akhbar menyerang kepimpinan Azizan Razak secara terbuka melalui media.

Phahrolrazi dikatakan menyerang Azizan ekorang tidak berpuas hati terhadap campur tangan MB Kedah itu mengenai tender penyelenggaraan jalanraya negeri yang berharga ratusan juta.

Tender-tender tersebut dikawal sepenuhnya oleh Azizan meskipun Phahrolrazi berjawatan Exco Kerja Raya yang sepatutnya diberi kuasa untuk menguruskan berhubung penyelanggaraan jalanraya. Ini telah menimbulkan kemarahan ramai puak-puak PAS yang mengharapkan projek tersebut.

Azizan pula mahu atau tidak, terpaksa membuka pekung di dalam PAS Kedah mengakui kemelut dalaman parti itu. PAS Pusat terpaksa menghantar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub untuk menyelesaikan kemelut itu, tapi gagal.

BONGKARR [PART 1] !!! JOM KITA TENGOK APA ADA DALAM PUSAT HIBURAN DI ALOR STAR @mahfuzomar @nikabdulaziz cc @NajibRazak


Gambar gambar kat atas tu hanya terdapat dalam pemerintahan Pas di Kedah.. Kelab Malam paling berprestij di Alor star ini diluluskan oleh Kerajaan Pas Kedah bagi memenuhi aktiviti SO 'SIAL' rakyat negeri Kedah yang majoritinya umat Islam..


Tarian separuh bogel dipersembahkan kepada pengunjung yang hadir serta promosi promosi arak dan beer menjadi keutamaan bagi premis hiburan ini..Inikah pemerintahan Islam yang diperjuangkan Pas ??

PANASS !!! IBU DAKWA ANAK DI ROGOL AWIE ??



BESUT - Rahsia seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini yang sering keluar melalui tingkap bilik tidurnya untuk bertemu teman lelaki pada awal pagi pecah tembelang apabila perbuatan itu disedari ibunya.

Rahsia itu terbongkar pada jam 2.30 pagi, Sabtu lalu oleh ibu remaja itu apabila dia terjaga daripada tidur kemudian selepas memeriksa bilik tidur anaknya namun mendapati anaknya tidak ada di dalam bilik manakala pintu tingkap terbuka.

Lebih malang, gara-gara tindakan mencuri keluar pada awal pagi menyebabkan pelajar itu mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali dengan panggilan Awie yang tinggal bersebelahan rumahnya di sebuah kampung dekat Kuala Besut.

Tuesday, 10 July 2012

BONGKARRR !!! TARIAN SEPARUH BOGEL YANG PAS KEDAH SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT


Ini dia gambar separuh bogel yang terdapat si sebuah pusat hiburan di Kedah..Kepada puak puak pas yang dok bela sangat Pas tu perjuangkan Islam, Nah malam ni MTK bagi hint dulu..Esok pagi MTK dan geng Team Media Kedah akan dedahkan semuanya dari pagi sampai ke petang..

PANASS !!! KENAPA BETTY CHEW PERLU MEROYAN TENGOK GAMBAR NI ??



Skandal seks, hubungan sulit, kecurangan ahli-ahli politik telah lama digunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan mereka, iaitu sejak politik diperkenalkan. Dalam dunia hari ini, terutamanya, tiada rahsia gelap dapat disembunyikan bila laman sosial dan blog menjadi satu cara hidup. Jadi, hakikat yang perit untuk diterima oleh para ahli politik ialah satu-satunya cara untuk mengelakkan ‘kecederaan’ atau ‘kematian’ oleh senjata ini ialah dengan tetap setia pada yang satu.

Kata orang, pena lebih tajam dari mata pedang, dan kata penulis pula, maklumat lebih berkuasa dari wang. Apabila sesuatu maklumat sebegini sampai kepada pihak musuh, kehidupan anda pun musnah.

Kecuali jika anda adalah seorang Anugerah Tuhan untuk manusia sejagat seperti Anwar Ibrahim di mana beliau boleh meliwat dan merogol sesiapa dan di mana saja tetapi masih tetap ada penyokong, maka anda tidak akan mampu meneruskan hidup seperti biasa apabila skandal seperti itu terdedah.

PANASS !!! ADUN PAS DI KEDAH ISTIHAR TUKAR KAWASAN ??



Yb Nasir Mustafa adalah adun bagi kawasan kubang rotan dimana baru baru ini terdapat kes terbaru membabitkan PA beliau yang ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki menipu orang ramai dengan mengutip wang pendahuluan bagi memiliki sebuah rumah kos rendah yang tidak pernah wujud sama sekali..

Cabaran pernah dibuat kepada beliau supaya menjelaskan sendiri siapa sebenarnya Ah Keng (pembantu peribadi yang paling dipercayai) oleh YB Nasir (baca sini) . Namun sehingga kini beliau hanya berdiam diri..

PANASS !!! FGVH YANG MENGUNTUNGKAN DI TENTANG TAPI KOHILAL YANG RUGI 50 JUTA DI SEMBUNYIKAN


April lepas, penghuni dan peniaga di sekitar Kuala Lumpur telah di bebani dengan sampah sarat seberat 8 tan yang bersepah di segenap jalan-jalan utama ibukota hasil sikap tidak bertanggungjawab kira-kira 25,000 orang peserta dan perusuh himpunan BERSIH 3.0.

14 Julai ini pula berkemungkinan situasi yang sama sekali lagi akan dihadapi oleh warga KL khususnya para jemaah dan AJK Masjid Wilayah Persekutuan apabila gerombolan pengotor dari PAS sedang berura-ura untuk berdemo di sana atas alasan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Demonstrasi anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sebuah NGO tidak berdaftar (haram) yang merupakan proksi kepada PAS itu mensasarkan kehadiran 20,000 orang peserta yang pada mulanya dikatakan hanya melibatkan para peneroka yang condong kepada PAS.

Bagaimanapun, disebabkan ramai peneroka yang memandang sinis dan menunjukkan reaksi negatif pada kerja bodoh yang diketuai oleh AJK PAS Pusat itu, maka terpaksalah arahan pekeliling rasmi dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS mengarahkan ahli-ahli PAS datang beramai-ramai ke demonstrasi tersebut.

Dalam isu yang tiada isu seperti FGVH, PAS membangkang sekeras-kerasnya penyenaraian tersebut atas sebab 'takut harta dan tanah peneroka tergadai', walhal sudah diterangkan beratus kali tanah dan rumah peneroka tak terusik seinci pun.

Haji Hadi Memang Dilahirkan Untuk Menipu Orang PAS



Lihat sendiri bagaimana dua kenyataan berbeza oleh orang yang sama. Diubah mengikut musim politik yang mana mereka hanya mahu menjatuhkan UMNO dan tidak berminat untuk pertahankan Islam secara benar.

Inilah dakyah Haji Hadi yang senantiasa puatr belit hanya untuk melihat saudara seIslamnya kalah, Berapa ribu orang PAS kena tipu tiap kali dia 'berfatwa'?

K7L

[VIDEO] CULIK KANAK KANAK DALAM MASA 40 SAAT



Tertidur ketika dalam perjalanan sementara menunggu keretapi, kapal terbang atau seseorang adalah satu rutin biasa.

Bagaimanapun, video menggemparkan si stesyen keretapi Mumbai, India ini membuatkan kita harus berwaspada terhadap keselamatan kanak-kanak atau barang-barang di bawah jagaan tidak kira kita dalam keadaan penat atau mengantuk manapun.

SALAM KEPADA SEMUA WARGA BLOGGER PRO-UMNO/BN

bloggers1united.blogspot.com

Memang perit untuk menjadi blogger pro-UMNO/BN. Masa mula-mula berblog dulu, semuanya berjuang atas kapasiti nak bantu UMNO. Ada yang beri kritikan membina terhadap UMNO dan ada pula yang marah pada UMNO.

Lepas tu, bila UMNO dah makin berubah dan kuat, blogger-blogger pro-UMNO/BN makin lega. Ramai yang bersatu hati menyokong satu-satu agenda kerajaan. Mulalah ada grouping.

Bila dah ada grouping, mulalah berpolitik sesama blogger. Ada yang macam tu dan ada yang macam ni. Ada yang berbayar dan ada yang masih tidak berbayar. Dan yang paling pasti, masih ramai lagi bloggers yang berjuang demi Alif, Ba dan Ta.

Tidak dinafikan bahawa wang memang penting untuk blogger bergerak. Namun malang, kerana wang jugalah blogger pro-UMNO/BN berpecah, bergaduh dan sebagainya. Ada yang tuduh group itu dan ada yang tuduh group ini.

KASI PANAS!! Video Penceroboh Mengamuk di Jabatan Perdana Menteri!!


Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Identiti penyerang sudah dikenalpasti beliau adalah Khalil Afandi Hamid berusia 47 tahun,seorang penulis blog Jaya Negara



Di ruang 'about me' beliau menulis :


Hidup ini bukan untuk diANJINGkan bagai Polis Diraja M'sia dan Tentera

Ternyata si penyerang mempunyai jiwa yang bencikan anggota keselamatan. Selain itu Mufti Perak dan Mufti Johor juga digelar 'pengampu sultan'

Beliau dipercayai kahwin 11 tahun yang lalu dan berasal dari Taman Medan berdasarkan tempat mengundi yang ditemui di dalam rekod SPR. Adakah beliau berasal dari Taman Medan tempat lubuk PAS sejak dahulu hingga sekarang ?

Sambung baca kat sini

Monday, 9 July 2012

PANASS !!! TUHAN YESUS MENGRAHMATI ANWAR SERTA KELUARGA ?!!



Siapa kata Anwar kutty ni perjuangkan Islam ?? Anwar ni hanya pandai berlakon saja, dia ni lebih kurang macam sesumpah bila dengan orang Islam maka bertukarlah wajah menjadi tok sheikh yang sangat sangat warak.Boleh dikatakan dialah manusia paling Islam dari umat Islam yang lain.

Tapi bila dia bersama orang India pulak maka berubahlah ciri ciri dalam dirinya menjadi orang India, dan yang paling tak tahannya dia pula lebih lebih dari orang India..

TUDIAA !! PANDAI PULAK OSTAD JIJAN NI BERGURAU YER @tankengliang


Eh eh, pandai jugak azizan ni melawak ye hal hal kepentingan rakyat ?? Tindakkan dibawah OSA bukan pekara main main..Sepatutnya Ostad Jijan perlu menjelaskan apa yang diminta oleh Ketua Pemuda Gerakan bukannya terus mengambil tindakkan kepada beliau..

Sebagai rakyat Kedah kami perlu tahu apa status sebenar syarat baru draf dasar perumahan negeri berhubung kouta rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah..Ini bukan masanya hendak bergurau atau berseloroh dengan wartawan..

Apa yang perlu dijawab, jawablah dengan fakta yang tepat bukannya mengambil tindakkan kepada seseorang yang mendedahkan maklumat itu..

KHALID GAGAP GAGAL TANGANI MASALH AIR DI SELANGOR !!!


Saya ingin melahirkan rasa dukacita terhadap perkhidmatan bekalan air di sekitar Lembah Klang kebelakangan ini yang selalu terputus, lebih-lebih lagi isu tekanan air rendah bagi mereka yang menggunakan meter pukal atau yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan bertingkat.

Difahamkan antara punca kepada masalah tersebut adalah kerana proses baik pulih paip-paip pecah dan penggantian paip-paip lama di sekitar Selangor, serta kesukaran meter pukal yang ditukar kepada meter individu sering menjadi penghalang bagi menyalurkan bekalan air bersih secara konsisten.

Ketika orang ramai menuding jari kepada syarikat bekalan air, saya kira adalah tidak adil jika mereka tidak menyelidik punca sebenar masalah tersebut.

Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini dilihat tidak profesional dalam menangani hal pentadbiran air.

TERKINI !!! SEORANG MATI DALAM KEJADIAN AMUKAN DI PUTRAJAYA



[DIKEMAS KINI JAM 5.45 PETANG] PUTRAJAYA - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketikan dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

GEMPARR !!! Jabatan Perdana Menteri Putrajaya Diserang Penjenayah Bersamurai



PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN

PELIKK !!! DURIAN ISI DURIAN ??



KOTA BHARU - Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin.

“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.

Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.

“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.

“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya.SINAR

TUDIAA !!! KHALID GAGAP BUAT TALAM MACAM JUAL TEPUNG TALAM JE !!



Talam yang kini dikenali sebagai Trinity Corporation berjaya menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada kerajaan Selangor pada harga RM181 juta yang dakwannya RM 42 juta lebih tinggi dari harga pasaran.

Sedangkan menurutnya laporan penilaian bertarikh 11 Oktober 2010 oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn Bhd telah meletakan harga tanah pegangan pajakan berkenaan pada harga pasaran sebanyak RM 139 juta atau RM60,000 seekar dengan syarat tanah itu bebas dari sebarang bebanan.


Dengan nada menyindir,Chua berkata, "Hari ini saya ingin ucap tahniah kepada syarikat Talam atas skil perundingan pertniagaan luar biasa yang mereka tunjukan dengan kerajaan pakatan rajkyat Selangor dalam hal berkenaan dengan langkah pengutipan semula hutang".

Menurut beliau kerajaan Selangor dakwa ia membawa manafaat kepada rakyat negeri itu." Namun saya fikir pihak yang paling bijak dan mendapat paling banyak manafaat dan keuntungan ialah Talam," ujarnya.

READ MORE...

PANASS !!! MASYARAKAT CINA PENANG TOLAK DAP DAN GUAN ENG [VIDEO]


Realiti kesusahan rakyat dibawah pemerintahan regim DAP Pulau Pinang. Peniaga ditekan dengan sewa kedai diatas Bukit Bendera yang asalnya pada zaman BN hanya RM30-RM36 tetapi sejak diambil alih oleh regim DAP sewa meningkat mendadak hingga RM650 sebulan.

Apa yang dapat kita lihat regim DAP ini memang menekan kesemua rakyatnya tanpa mengira bangsa.Pada mulanya mezalimi bangsa melayu dan India,nah sekarang kaum cina juga menerima nasib yang sama apabila ultrakiasu memerintah regim negeri.

Tak ada bezanya semasa negara darurat diperintah komunis yang menzalimi kesemua bangsa begitu juga sekarang di Pulau Pinang yang digelar Pyongyang di bawah Pemerintahan KIM GUAN ENG.

Video ini juga mendedahkan keresahan dan kesusahan rakyat apabila harga rumah naik mendadak hingga langsung tidak mampu dibeli oleh rakyat tempatan.

Kesesakan lalulintas hinggalah kepada kurangnya peluang pekerjaan. Realiti ini langsung tidak didedahkan kerana regim DAP terlalu banyak pembohongan dengan propaganda ala komunis yang tak henti henti mendewakan Lim Guan Eng sebagai dewa dan tuhan yang perfect!

Panass !!! Khalid gagap Songlap RM 1 Billion, Dalam Masa 4 Tahun Memerintah ??


BARU sahaja 4 tahun memerintah, sudah berani menggelapkan wang rakyat negeri Selangor sebanyak RM 1 billion. Banyak duit tu sampai khabarnya Menteri Besar dapat buat rumah di London.

Ya, dan dimaklumkan semua dokumen mengenai hal ini akan didedah satu persatu.

Apa sekalipun memang banyak yang tak kena dengan pengurusan hutang Talam ini dari mula.

Syarikat ini (Talam) sebenarnya sudah hampir tidak wujud lagi, dah diganti dengan Triniti Corporation Berhad. Tak pastilah beratus juta duit rakyat Selangor yang dipinjamkan kepada Talam untuk menyelesaikan hutangnya dulu dibuat atas nama Talam atau Trinity.

Sebab, kalau atas nama Talam, maksudnya hutang itu ada potensi untuk hangus begitu saja kalau Talam ini benar-benar diistiharkan bankrup nanti. Syarikat yang muflis mana ada liabiliti untuk bayar hutang lagi dah.

Sekarang, tidak hairan kenapa prasarana dan begitu banyak kemudahan berkepentingan rakyat di negeri paling maju di Malaysia ini berada dalam keadaan kelas ketiga, berbanding semasa diserahkan dari BN pada 2008 dulu.

GEMPARR !!! PEMIMPIN PR NYARIS DITEMBAK RAKAN SEANGKATAN ???


AMMAN - Sebuah debat secara langsung di antara dua ahli politik berhaluan kiri menerusi siaran televisyen Jordan menjadi huru-hara apabila salah seorang panelnya bertindak mengeluarkan sepucuk pistol semasa program berjalan.

Kejadian yang berlaku di stesen saluran televisyen swasta Jo Sat itu menyaksikan Mohammad Shawabka melempar kasut kepada pesaingnya yang juga penggiat politik, Mansour Sayf Al-Din Murad selepas kedua-duanya saling bertelagah mengenai tajuk utama debat berkaitan kebangkitan pemberontakan di Syria.

Pergaduhan berlaku selepas Murad menuduh Shawabka sebagai agen kepada agensi perisik Israel (Mossad).

"Awak agen Mossad," kata Murad kemudian disusuli tuduhan Shawabka bahawa lawannya itu adalah penjahat sebelum melemparkan kasut yang juga isyarat penghinaan dalam dunia Arab.

Sunday, 8 July 2012

TUDIAA !!! KEBODOHAN MAHFUZ TERSERLAH LAGI, TERMAKAN GERAKAN HALUS ANWAR !!


Nampaknya Anwar mula bermain “jiwa” dengan rakyat Malaysia dan para penyokong yang bersimpati padanya. Kononnya, dia mahu bersara dari politik sekiranya Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 ini.

Benarkah? Anda percaya pada penipu ini?

Sekonyong-konyong kenyataannya itu diulas oleh Mahfuz Omar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Kata Mahfuz, tindakan Anwar itu adalah tindakan “berani” dan memuji Anwar sebagai pemimpin yang kononnya “gentleman”.

Benarkah Anwar “berani”? Ikhlaskah Mahfuz berkata sedemikian? Atau hatinya melonjak kegirangan mendengar hasrat Anwar?

Paling menarik ialah ulasan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. Dia bantah propaganda Anwar itu. Katanya, Anwar perlu terus berada di dalam dunia politik dan teruskan perjuangan “mengajar” rakyat!

Lain macam betul ulasan Nik Aziz. Macam ada yang tak kena. Nik Aziz terasa apa-apakah dari “persaraan” Anwar?

Nampaknya Anwar berjaya sedikit menipu para pemimpin PAS yang dungu dengan permainan politik Anwar. Pada saya, Anwar hanya sekadar “test power”. Dia hanya mahu lihat siapa yang akan “melompat” bila dia menyatakan mengenai hasrat persaraannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive