Saturday, 27 July 2013

TENGOK VIDEO NI SAMPAI HABIS KALAU BERANI






Berani memang semua berani tengok..Tapi leh tahan ke air mata tu?? hehehe

ARKITEK SCORPENE AKHIRNYA MENJAWAB SEGALA SKANDAL ALTANTUYA



Temuramah Muka Hadapan Akhbar New Straits Times (NST) – Terbit 27 Julai (Sabtu)

Dalam satu temubual bersama Haris Hussain, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl buat pertama kalinya membuka mulut berkenaan perjanjian yang kononnya penuh kontroversi itu. Di sini, Jasbir Singh Chahl, menyanggah tuduhan Suaram sekaligus memadamkan kaitan antara mendiang Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene.


Menyanggah Cerita Dongeng.

Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.
“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.
Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.
Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak. Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.
selam 2 resize

PANASS !!! PHAHROLRAZI LUPA ABANG MAT SYABU PERNAH KE SYIRIA SOKONG REGIM ASSAD ?? [VIDEO]



Inilah jadinya bila pemimpin syiah kecik cuba mempertahankan pemimpin syiah besar dalam kelompok Pas.. Pemimpin kecik ini hanya mengakui ahli Pas saja terlibat dengan ajaran Syiah di Kedah tetapi bukan ketuanya..

Bila sebut Mat Sabu semua orang tau siapa dia dan macam macam bukti bukti menunjukkan dia memang terlibat dengan ajaran Syiah.. Banyak orang Pas ahli Sunnah sediri mendedahkan kepada umum..

Sebenarnya di Kedah bukan Mat Sabu seorang saja dilihat kepala Syiah.tetapi ada lagi beberapa pemimpin Pas terlibat sama.. Cuma mereka tidak tunjuk kepada umum..

Kepada Phahrolrazi si balaci Mat Sabu di Kedah, tak perlu cover line Mat Sabu tu. Orang Kedah cukup kenal siapa dia..

@khairikj !! PASTIKAN PEMUDA UMNO PENGGAL BARU BUANG IMEJ KORPORAT !! WUJUDKAN WATAK ANTAGONIS !! #AntagonisGantiKorporat




Pesanan khas buat calon calon Pemuda yang akan bertanding Naib, dan Exco Exco Pemuda. Kalau rasa nak bawa imej korporat pada penggal kali ini tolong lupakan saja hasrat tu.. Sebab ahli ahli pemuda mahukan pemimpin yang lantang bersuara. Tak payah tunggu ketua ketuk baru nak jalan..

Kami nak pemimpin pemuda bawa nama PEMUDA UMNO dalam apa apa isu berbangkit bukan bawa nama NGO. Apa guna ada jawatan tinggi dalam parti kalau tak berani bersuara..

Ahli pemuda mahu pemimpin yang ada sifat kepala masam.. Masam tu bukan bermaksud comot, busuk ataupun tak mandi..Tapi pemimpin yang yang membawa watak antagonis..Itu baru anak jantan.. Baru orang pandang tinggi Pemuda UMNO.. Pedulikan orang nak kata samseng ka apa ka.. Dah nama pejuang Agama Bangsa dan Tanah Air..Kalau tak sanggup jadi pejuang tak payahlah nak jadi pemimpin..

PANASS !! FILEM BERTEMAKAN KOMUNIS LEBIH MUDAH DITAYANG DARI FILEM TANDA PUTERA !! TQ PAK MENTERI



Entah kenapa bulan ini orang Melayu dan Islam diduga begitu hebat, Mungkin hikmah di bulan Ramadan agaknya. Dimulakan dengan kontroversi Alvin dan Vivian pasangan blogger seks yang tidak tahu malu, dengan aksi berbuka puasa “jenaka” mereka dengan sup “Bak Kut TePh”.

Kini mereka berdua kembali bebas selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 masing-masing RM10,000 setiap pertuduhan dengan dua orang penjamin dengan pelbagai syarat tidak mewujudkan kontroversi lagi.

Orang Melayu sememangnya marah dengan perkembangan ini kerana kedua-duanya dibiarkan bebas tetapi mereka menghormati keputusan mahkamah dan Alvivi dibiar bebas seperti sebelum ini.

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN HARUS BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ISU MAKAN DI BILIK PERSALINAN ?!!




Ustaz Nor Azizuddin Abdul Manan

ISU BILIK PERSALINAN DIJADIKAN RUANG MAKAN SEMENTARA DI SK SERI PRISTANA : SEJAK BILA GURU-GURU MEMPUNYAI MENTERI PENDIDIKAN ?

1. Sejak awal tercetusnya isu ini, saya mula merasakan ia pasti akan dijadikan isu nasional dan ternyata jangkaan saya betul. bahagian yang paling menarik minat saya untuk mengikuti isu ini ialah sikap cepat latah menteri kabinet berpotfolio Pendidikan, cepat sungguh dia melatah dengan hanya sebaran "berita atas angin" melalui laman sosial sahaja. Semudah itukan ?.

2. Saya fikir yang paling terkesan dalam isu ini adalah Guru Besar sekolah berkenaan, semestinya batang tubuh beliau menjadi sasaran pihak-pihak berkepentingan, ternyata betul, beliau dijadikan kerbau hitam oleh pemimpin partai politik baik dipihak kerajaan mahupun oposisi.

3. Jika sesiapa pun berada di posisi Guru Besar berkenaan, semestinya dalam keadaan dilema, sebelah kanan, murid dan sebelah kiri ibu bapa, dihadapan adalah KPM, dibelakang adalah PIBG dan guru-guru dibawah pentadbirannya.

TAHNIAH YAB DATUK PADUKA @MUKHRIZMAHATHIR


Sekalung tahniah diucapkan kepada YAB MB Datuk Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah yang baru bagi mengantikan YB Datuk Paduka Ahmad Bashah yang dilantik sebagai Timbalan beliau..

Diharap selepas ini, lebih banyak elemen elemen baru dimasukkan ke dalam Umno Negeri Kedah seiring transformasi yang dilancarkan oleh YAB Presiden Umno..Kami barisan pejuang maya baik blogger, facebooker dan cybertroopers penyokong UMNO/BN akan menyokong penuh kepimpinan YAB MB sebagai Pengerusi BPUNKedah yang baru..


Friday, 26 July 2013

MAK AII !! BESAQ GILA BOYA TEMBAGA NIE !!



Hasrat dua sahabat untuk memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing di sini terbantut apabila mereka menemui bangkai buaya tersangkut di tepi sungai, kira-kira jam 11 malam semalam.

Lebih mengejutkan, penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu pertama kali berlaku di kampung tersebut sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjadi tumpuan orang ramai sejak awal pagi.

Penduduk, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak sangka cahaya lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang, tertumpu pada objek besar disangka kayu yang tersangkut di tebing sungai.

Menurutnya, dia tidak tahu langsung mengenai objek tersebut, namun hampir menjerit apabila melihat terdapat seekor buaya muara tembaga dalam keadaan telentang ketika sampannya mendekati objek tersebut.

ALVIVI DIBERI JAMINAN !! TERIMA KASIH KEPADA AG DAN HAKIM MEMPERTAHANKAN ISLAM


babi sejoli yg layak dihina

Inilah undang undang yang ada di Malaysia..Maaf aku bukan nak hina Mahkamah tapi aku kecewa dengan sikap AG yang tak konsisten dan Hakim yang mengendalikan kes ini..

Dibawah adalah kenyataan yang dipetik dari portal online semasa pasangan babi sejoli ini didakwa..

Baca teliti dan fahami apa yang dikatakan oleh Hakim Mahkamah seksyen dan Pendakwaraya..

Hakim Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam. 
"Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh," tegas hakim itu. 

Hakim dengan nada tegas berkata yidak akan memberi jaminan atas kepentingan awam dan tidak akan terpengaruh dengan unsur unsur luar dalam beri jaminan..Jelas kan apa yang dikatakan oleh Hakim??

BANGGANG !!! GURU BESAR SERI PRISTANA SEPATUTNYA DIBERI PENGHARGAAN BUKAN DIREHATKAN !!! @PKamalanathan



Cukup mengecewakan bila Guru Besar yang berkorban demi kebaikkan anak muridnya diarah berehat oleh Jabatan Pelajaran hanya kerana makan dibilik persalinan..

Kenapa guru berkenaan diambil tindakkan sedemikian ? Sedangkan TIMBALAN MENTERI sendiri dalam kenyataannya semalam berkata tiada masalah yang timbul.Ianya akibat salah faham dan tanggapan serong dari pihak tak bertanggungjawab..

Keputusan untuk mengunakan bilik persalinan ini sebagai kantin semetara dibuat setelah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG dan digunakan dari bulan Mac lepas termasuk pelajar beragama Islam.. Jadi tak timbul soal penindasan terhadap pelajar bukan Islam seperti yang diakui oleh Timbalan Menteri..

KERAJAAN KEDAH CARI JALAN TERBAIK SELAMATKAN INSANIAH



Kerajaan Kedah akan mengambil pendekatan terbaik untuk menyelamatkan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang menghadapi kemelut kewangan daripada dijual, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pendekatan itu bukan sekadar menyelamatkan Kuin malah bagi memastikan kebajikan semua warga Kuin mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kerajaan negeri sedang melihat pilihan-pilihan yang ada supaya Kuin dapat diselamatkan, infrastruktur dan secara fizikal keseluruhannya," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di sini, hari ini.

Menurutnya apapun pendekatannya, ia tetap mengutamakan kepentingan mahasiswa iaitu mereka dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.

TERIMA KASIH MAHKAMAH KERANA MELEPASKAN 2 EKOR BABI SEJOLI DENGAN JAMINAN



Aku dah kata, babi sejoli 2 ekor ni akan diberi jaminan oleh Mahkamah juga..Bukan niat aku nak pertikaikan keputusan Mahkamah. Tapi kena fahamlah, ini soal penghinaan terhadap agama Islam.. Takkan Hakim tak boleh nak tegas.. Law is the law, tapi ianya atas budi bicara Hakim bila hendak buat keputusan jugakkan??

Kalau macam ni punya keputusan, aku rasa ramai lagi lepas ni akan buat benda yang sama.. Tunggu je laaa..

Thursday, 25 July 2013

RAFIZI PONDAN BACUL !! BERANI GUNA IMUNITI DALAM DEWAN RAKYAT SAHAJA !!




Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sekiranya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli anak jantan maka dia harus mengulangi dakwaan yang dilemparkan kepada beliau serta timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengenai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal di luar Dewan Rakyat.

Dakwaan luar Parlimen oleh Rafizi sebelum ini kata beliau tidak menyebut namanya atau jawatan sebaliknya secara umum merujuk kepada kepimpinan SPR semata-mata.

Ia berbeza ketika Rafizi membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat di mana beliau menyebut dengan jelas nama Abdul Aziz dan Wan Ahmad.

Dakwaan Rafizi di Parlimen tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana sebagai Ahli Parlimen, beliau memiliki imuniti.

PANASS !!! P KAMALANATHAN MEMALUKAN IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN !!




Memalukan !! Itulah ayat yang sesuai diberikan kepada P.Kamalanathan yang baru dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan menjawab isu makan di tandas pada kenyataan awalnya sebelum melawat sekolah berkenaan..

Dibawah ini adalah kenyataan awal dikeluarkan oleh P.Kamalanathan sendiri yang dipetik dari sebuah akhbar online tempatan..

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

"Ia hanya bilik persalinan dan bukanlah tandas. Walaupun ia bilik persalinan, itu bukanlah tempat untuk kita makan, no foods allowed," tegasnya sambil berkata beliau difahamkan kantin sekolah itu baru memulakan proses penambahbaikan hari ini.

TERPANASS !!! ISU KUIN MELETUP LAGI !!




Assalamualaikum
Saudara blogger...Cadangnya saya malas nak menulis isu KUIN terutamanya di bulan puasa ni. Saya tak mahu menulis kerana dalam keadaan marah, apa saja ayat-ayat yang tidak berkenaan timbul dan boleh mengurangkan pahala puasa saya. Tetapi setelah banyak pihak yang menyerang KUIN terutamanya Ustaz Azki, saya terpaksa memberatkan tangan menaip apa yang patut dalam mempertahankan KUIN dan warganya.

Terlalu banyak ayat-ayat yang ditulis dalam blog adalah fitnah semata-mata dan bertujuan untuk menyerang pentadbiran baru Kerajaan Negeri Kedah. Sangkaan saya, semua fitnah ini akan berhenti sejurus selepas bermulanya puasa Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya, namun semakin kita menghampiri kemuncak Ramadhan yang mulia, lagi banyak fitnah yang ditaburkan terutamanya kepada Ustaz Azki dan seluruh Gerakan Bersih KUIN. Nampaknya di bulan yang mulia ini tidak memberi apa-apa makna kepada mereka yang suka manabur fitnah kepada KUIN. Puasa hanya membolehkan lapar, dahaga dan dosa sahaja. Saya akan menerangkan satu persatu isu yang telah di fitnahkan kepada KUIN.

1. Isu Kampus Kuala Ketil (KKK)
Umumnya semua mengetahui bahawa kampus ini merupakan projek Kerajaan Negeri PR Kedah terdahulu pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak. Projek yang menelan belanja hampir RM330 juta pada awalnya merangkumi prasarana asrama dan masjid. Namun apabila siap, kedua-dua kemudahan ini tidak ada. Tak mengapa, mungkin kos bahan binaan yang tinggi menyebabkan ada perkara yang perlu di ubah di saat-saat akhir. Tetapi isunya sekarang selepas siapnya pembinaan kampus ini (kononnya siap), bermulalah episod demi episod yang menyesakkan warga KUIN.

Wednesday, 24 July 2013

TERKINI !!! BN MENANG MUDAH DI KUALA BESUT !!! TAHNIAH




Pulau perhentian - BN 454 / PAS 179 Maj. 275

Seberang barat - BN 805 / PAS 452. Maj.353

Kg. Nail - BN 822 / PAS 523
Maj. 299

Seb. Barat luar - BN 1590 / PAS 821
Maj. 769

Tok saboh - BN 1534 / PAS 959 maj. 575

Kg. Nangka - BN 524 / PAS 510
maj. 14

Kg. Baru - BN 1006 / PAS 979
maj. 27

Bkt. Puteri - BN 967 / PAS 946
maj. 21

Undi awal - BN 582 / PAS 319
maj. 263

Undi pos - BN 9 / PAS 0
maj. 9

BN MENANG dgn MAJORITI 2605 UNDI!

Ada juga yang melaporkan keputusan Tidak Rasmi, BN Menang Dengan Majoriti 2583

Jumlah mengikut pengiraan undi :

BN = 8279
PAS = 5696
Majoriti yg dimenangi oleh BN 2583

KEPUTUSAN TAK RASMI PETI UNDI KG BHARU #PRKKUALABESUT !!





Keputusan tak rasmi Peti Undi Kg Baru..

# Saluran 1 Kg Bharu.

Pas: 144
Bn: 177

# Majoriti Bn: 33 Undi

Saluran 2 Kg Bharu

Bn Majori 36 Undi

# Saluran 3 Kg Bharu;

Pas: 227
Bn: 208

Pas Majoriti 19 Undi

# Saluran 4 Kg Bharu

Pas 198
Bn 168

Pas Majoriti 30 Undi

Saluran 5 Kg Bharu;

Pas: 196
Bn: 197

Bn majoriti 1 Undi.

TOTAL: BN MENANG 21 UNDI.

TERKINI !!! KEPUTUSAN TAK LANGSUNG DARI PRK KUALA BESUT



Menurut statistik SPR setakat ini, seramai 12,919 pengundi atau 78.14 peratus sudah keluar mengundi. Jumlah keseluruhan, termasuk undi awal sebanyak 911, menjadikan seramai 13,830 orang (79.24 peratus) keluar mengundi.

Paling menarik apabila dua PDM yang kalah pada PRU ke 13 berjaya ditawan oleh BN. Iaitu PDM Kampung Nangka dan PDM Bukit Puteri.

Keputusan tak rasmi, pengundi putih mendahului 60% disemua peti undi.

PANASSS !!! PROVOKASI PAS DI #PRKKUALABESUT BERMULA







Inilah pak cik tua yang dimaksudkan oleh rakan blogger Kulaan Niring pagi tadi yang membuat provokasi terhadap peraih undi BN diseberang jalan..Difahamkan pak cik ini kurang waras atau dalam bahasa kasarnya gila..

Baca seterusnya

PANASS !! PEKERJA ISLAM DILARANG SOLAT JUMAAT DI PULAU PINANG ??




Makin menjadi jadi penghinaan bangsa Cina Dap terhadap orang Melayu di Pulau Pinang.. Menurut cerita yang di petik dari blog Pisau.net,  pekerja di Kargo NNR dilarang untuk menunaikan solat Jumaat dengan alasan bersolat Jumaat itu satu tindakkan membuang masa..

Kes terbaru di Pulau Pinang negeri yang diperintah DAP kesayangan PAS apabila umat Islam dihalang untuk menunaikan solat Jumaat. Baru baru ini pada 19hb puluhan pekerja di Kargo NNR Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas dihalang daripada menunaikan solat Jumaat oleh pengurus berbangsa cina bernama Tay Ling Teik.

Seperti kebiasaan setiap Jumaat, para pekerja beragama Islam diberi masa dari 12.30 hingga 2.30. Larangan ini telah menimbulkan kemarahan para pekerja di Kargo NNR, apabila dipersoalkan mengenai tindakan pengurus ini beliau terus membangkitkan sentimen perkauman. Menurut sumber, pengurus ini cukup terkenal dengan sikap rasis dan beranggapan memberi kelonggaran umat Islam bersolat Jumaat adalah satu tindakan membuang masa.-Pisau.net


BERAPA LAGI MASA DIPERLUKAN UNTUK MENYIASAT CEC DAP ??




Kes penipuan DAP dalam pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada dasarnya adalah kes yang amat mudah.

Ia bertitik tolak daripada keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012 yang didapati gagal menyerlahkan DAP sebagai sebuah parti berbagai kaum apabila kaum lain selain Cina telah tersingkir walaupun ada di antara mereka telah berpuluh tahun bersama DAP. Berikutan itu, DAP dikritik teruk sebagai rasis.

Bagi menyelamatkan keadaan, DAP telah memilih untuk menipu iaitu dengan mengaku bodoh tidak tahu mengira undi menggunakan komputer. Kononnya, komputer telah tersilap kira dan pihaknya telah tersilap salin. Oleh itu, pemilihan perlu di adakan semula.

Dalam pemilihan semula tiga minggu kemudiannya, sesuatu yang pelik telah berlaku apabila Zairil, seorang Cina yang memakai nama Melayu telah mendapat 305 undi dan berada di tangga ke 39 dalam pemilihan awal, tiba-tiba melonjak ke tangga 20 dalam pengiraan semula dengan 803 undi iaitu peningkatan sehingga 163% berdasarkan jumlah undi 1,823. Beberapa nama lain turut mengalami perbezaan undi yang drastik dan tidak masuk akal yang mana menyebabkan ahli-ahli DAP sendiri mula mengeluh.

Tuesday, 23 July 2013

PANASS !!! GAMBAR SEBENAR MAKAN DALAM TANDAS DIDEDAHKAN

INI RUPA TANDAS SEBENAR
Heboh siang tadi bila gambar kononnya pelajar sekolah rendah di Sungai Buloh dipaksa oleh Guru Besar untuk makan didalam tandas disebarkan oleh blog blog pembangkang..

Namun setelah didedahkan oleh beberapa rakan blogger dan blog Mazidul Akmal, rupa rupanya tandas yang dimaksudkan ialah bilik persalinan yang diubah suai untuk dijadikan kantin sementara untuk pelajar pelajar bukan Islam..

CHE LONG SEDAR DIRINYA KENA MAING DENGANG HUSANG MUSANG




kalo hangpa kata aku fitnah, aku rasa lebih elok hangpa cek no telefon tu.. Che Long sendiri mengaku tak puas hati dengan puak puak natang Pas punya kerja.. Che Long mengaku Puak puak natang Pas jugak duk peburuk cerita pasal diri dan keluarganya..

Tengok la macam mana Pas berkempen di Kuala Besut.cukup lemah.tak seperti prk prk sebelum PRU..

Ditambah pulak dengan Pkr dan Dap secara total boikot kempen Pas di Prk Kuala Besut..Lepas PRU dah nampak kepincangan dalam pakatan.Jelas disini Pas hanya kuda tunggangan Dap dan Pkr..

Kepada pengundi di Kuala Besut undilah calon BN.Orang muda berpelajaran tinggi..

PRK KUALA BESUT PUNYA PASAL, PAS & PKR BERGADUH SAKAN !!!



Tidak berpuas hati dengan sikap tamak haloba dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pas di peringkat negeri dan pusat, wakil PKR Terengganu hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menyelar rakan sekutu mereka itu. Ketika bercakap di hadapan media pagi tadi, Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Terengganu, Yahya Zakaria mengatakan sebenarnya tidak wujud sebarang kerjasama di dalam Pakatan Rakyat di Terengganu.

“Sebenarnya walaupun di perintkat pusat wujud satu (kerjasama parti) pakatan, tapi di Terengganu, pakatan tidak wujud malah ia tidak pernah berpakat. Dia bukan pakatan tapi lebih merupakan pakat-tang (merujuk kepada istilah pengkhianatan sesame sendiri). Dia (Pas) kata kita lemah, orang sikit dan sebagainya, sebab tu dia pakat-tang kita. patutnya yang lemah dibantu.

PAS KATA PETROL MAHAL TAPI CHE LONG SIAP BAGI RASUAH PERCUMA LAGI TU




Sebelum ni bukankah Pas selalu berkempen tentang harga minyak mahal di Malaysia kan? Tapi untuk Prk Kuala Besut ni lain sikit.Pas siap rasuah minyak percuma kat pengundi Kuala Besut..

Kalau nak tau rasuah kat mana tengok dalam kotak hitam tu..tulis hanya 21 tahun ke atas.. Kalau Pas ikhlas nak bagi, kena bagi untuk semua..Ini tidak, pas pilih yang boleh mengundi saja..Rasuah la tu kan??

EDAR PIL KUDA : CALON PKR SAMAN HADI AWANG !!




Ekoran telah terlalu lama menahan sabar dan memendam rasa, calon PKR, bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, 27 ketika pilihanraya umum yang lalu, tampil membuat kenyataan bagi menyelar Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang. Ia ekoran dari kenyataan bekas menteri besar Terengganu itu ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang yang mengatakan “ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis’.

Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

PANASS !! MEMORANDUM PENGANUT SYIAH MALAYSIA KEPADA DYMM YDP AGONG DIDEDAHKAN !! #TolakSyiah #SyiahSesat



Semalam akhbar Sinar melaporkan jumlah penganut Syiah di Malaysia sekarang ini sudah mencecah angka 1 juta orang.. Namun jumlah tersebut tidak dapat dipastikan kerana ketua kumpulan penganut Syiah tidak mempunyai data lengkap..Kenyataan ini dikeluarkan selepas Kerajaan Kedah mahu mewartakan Syiah sebagai ajaran sesat..

Namun mengikut dari apa yang ditulis dalam memorandum kumpuan Syiah kepada DYMM YDP Agong pada tahun 2011, disitu hanya tertulis seramai 200 ribu hingga 300 ribu orang sahaja.. Tetapi aku rasa penganut ajaran Syiah ini makin hari makin meningkat dimana ramai golongan muda dan pertengahan mula terjebak dengan ajaran ini..

Memorandum ini sebenarnya sudah lama ada dalam simpanan aku, bertujuan untuk mengkaji lebih mendalam lagi berkenaan fahaman dan penyebaran ajaran Syiah di Kedah dan Malaysia khususnya.. Jadi memandangkan permintaan penganut ajaran Syiah di Malaysia kini makin menjadi jadi, maka aku tunjukkan kepada umum..

Untuk makluman semua, surat rayuan ini bertujuan untuk meminta kerajaan menarik balik fatwa haram dan sesat dikaji semula.. Bagi aku, eloklah kerajaan kekalkan fatwa bahawa ajaran syiah ini sesat.Dah terbukti pun apa yang mereka buat..

SKETSA POLITIK PR DI PRK KUALA BESUT


 Pekara pekara sinonim dengan pakatan pembangkang

Monday, 22 July 2013

HOT !!! OSTAJAH ABBY MENIKAH 1 HARI LEPAS ABANGYA MENINGGAL ??




ABBY pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pernikahannya dengan Farhan mendapat restu keluarga masing-masing. Justeru timbul persoalan, mengapa pernikahan mereka perlu berlangsung di Thailand?

Menurut salah seorang Forumer Cari, ibu bapa Abby masih ada di Lembah Keramat namun mereka sah tidak menghadiri hari bersejarah anak mereka pada 9 Julai lalu. Hal ini kerana ketika tarikh berkenaan, mereka sibuk dengan urusan pengebumian abang Abby yang meninggal dunia 8 Julai lalu. Apatah lagi, arwah sudah menunjukkan tanda-tanda nazak sebelum tarikh itu lagi.

BACA: Al-Fatihah: Abang Abby Abadi Meninggal Dunia Kanser Otak

Sementara di pihak keluarga Farhan pula, sudah nyata pernikahan pasangan ini tiada masalah juga kerana 19 Julai lalu, Abby sempat berkongsi gambar dia pulang ke kampung halaman suaminya dan berbuka puasa bersama keluarga di sana.

PANASSS !! OSTAJAH ABBY AKUI KAWIN LARI DI SIAM ??



PELAKON Abby Abadi yang juga digelar Ustazah Jadian oleh sesetengah pihak, mengakui bernikah di Selatan Thailand dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.
“Ya, saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah.

“Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahuluka, jadi saya dah lepas dengan Allah, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, yang penting saya dapat elak dosa,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Abby, 36, dan jejaka kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu dilaporkan bernikah sehari sebelum Ramadan iaitu pada 9 Julai lalu.
Perkenalan singkat mereka yang bertemu di pasar raya akhirnya berjaya menyatukan dua hati ini dan kini Farhan dikatakan menjadi pekerja di butik Abby yang terletak di Taman Melawati.
Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 31 Ogos di Kuala Lumpur dan di Tumpat, Kelantan pada 6 September depan.
Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Abby dan Farhan, semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Myneswhub

PANASS !!! PAS TERPAKSA GUNA NIK AZIZ TARIK PENGUNDI K.BESUT #prkkualabesut




Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, jentera Pas di pilihanraya kecil DUN Kuala Besut seakan lesu dan tidak bermaya. Sejak bermulanya hari penamaan calon hinggalah waktu untuk berkempen, para petugas parti itu seperti hilang arah tujuan. Bendera dank ain rentang parti itu juga seakan tidak kelihatan berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya menjadikan Kuala Besut bertambah biru.

Malah sekiranya diambil kira dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang pernah diadakan sebelum ini, pasti ramai yang dapat melihat kesungguhan jentera dan para petugas parti itu dalam berdepan dengan jentera dari BN. Namun itu semua tidak berlaku di kawasan Kuala Besut, apabila jentera muslimah dan kumpulan ulama Pas seperti membuat haluan sendiri.

Tambah menguatkan andaian pelbagai pihak, apabila ramai seolah dapat merasakan calon Pas Azlan @ Endut Jusuh sedang berdepan dengan masalah dalaman. Walaupun kepimpinan Pas mengatakan isu yang dibangkitkan itu hanyalah khabar angin, namun majoriti masyarakat di Kuala Besut dapat melihat calon pilihan Naib Presiden Pas, Husam Musa itu sedang berdepan dengan masalah sabotaj dalaman.

PANASS !!! CERAMAH PAS DI KUALA BESUT KOSONG !!




Dengan masa untuk berkempen masih berbaki lagi 3 hari, Pas dilihat semakin gelisah apabila melihat sambut masyarakat khususnya pengundi di Kuala Besut semakin merosot. Walaupun pelbagai program dan aktiviti telah diaturkan oleh unit-unit penjumlahan undi (UPU) mereka, namun ia hanya dihadiri oleh para petugas dan ahli-ahli parti sahaja.

Malah strategi mengunakan khidmat pimpinan tertinggi untuk berceramah juga hanya dipandang sepi oleh masyarakat setempat. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini kehadiran Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden parti itu, malah Mursyidul Am sendiri, juga tidak mampu menukarkan pendirian pengundi yang dilihat semakin sebati dengan Gerakan Gelombang Biru.

Tambah menarik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria baru-baru ini berhubung permohonan permit ceramah yang dikemukakan oleh Pas. Dari 8 permohonan yang dibuat, pihak penganjur terpaksa membatalkan 6 permit di saat akhir.

Sunday, 21 July 2013

PANASS !! TANGGUH RAYUAN LIWAT II, ANWAR SURUH KARPAL MASUK HOSPITAL ???



Seperti biasa Anwar dan pasukan loyar loyar cabuknya akan gunakan pelbagai alasan dan cara untuk menangguhkan rayuan kerajaan terhadap keputuaan kes liwat Anwar..

Dulu masa kes ini berjalan kalo tak silap aku lebih dari 60 kali Anwar tangguh.Macam macam helah Anwar guna untuk cipta kesalahan teknikal walaupun semua sudah tahu bahawa Anwar memang meliwat saiful..

Kali ini Anwar sekali lagi guna alasan kesihatan karpal untuk menangguhkan sebutan kes rayuan..

INFO HOT ! BETUI KA AKTA KEHARMONIAN NASIONAL LEBIH RELEVAN DARI ISA ??



Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.

Antara perkara yang digariskan dalam Akta Hasutan ialah:

PAS TERLAJAK MENCALONKAN CHE LONG DI KUALA BESUT





Che Long yang tidak punyai bakat kepimpinan itu makin hangat diperkatakan sesama mereka, sehinggakan pihak parti terpaksa tidak membenarkan beliau berucap bersama-sama mantan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah yang diadakan di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive