Saturday, 23 February 2013

PANASS !!! PENERIMA BR1M YANG DIHINA NIK AJIS BERUBAH WAJAH ??



Gambar yang diedit oleh beloger pakatan syaiton

Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, “Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil.”

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga. Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.

PANASS !!! AWAT PHAHROLRAZI TIBA2 MINAT DENGAN LOMBONG BUKIT KACI ?? NAK JATUHKAN AZIZAN LAGI KA ??


Phahrolrazi pi buat spotcheck projek PMBKed...!

Mai sini cek nak habaq bagi pasaipa Phahrolrazi tiba tiba minat sangat sangat dengan lombong bijih kat Bukit Kaci..Nak tau pasaipa ?? Kalau kami TMK dedah isu ni, umpama bubuh bom jangka yang boleh buatkan Azizan dan Setpol beliau terkejut masuk PMC..

Tapi takpa lah, buat pengenalan ni aku sampaikan mukadimah apa yang rakan blogger dalam TMK Duke of Umno tulis pasal isu ni dibawah ...

SERANG KELUARGA !! DR FADZILAH KAMSAH JAWAB TUDUHAN BELOGER PAKATAN SYAITON



Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

PANASS !!! MINIT MESYUARAT PAS KOLA KEDAH WAJIBKAN SETIAP AHLI PERLU DERMA RM 100 DARI WANG BR1M ???



Pas Kola Kedah kantoi !! Penyokong kuat dedah RM100 dari wang BR1M perlu dimasukkan dalam tabung parti..Kesian pak lebai hijau berkarat dibinatangkan diperlembukan dan diperAyamkan oleh pemimpin Pas Kola Kedah..

Kerajaan BN beri wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk kegunaan menampung perbelanjaan tapi Pas ambik kesempatan dari penyokongnya untuk didermakan kedalam tabung Pas.. Pelik betui, pemimpin Pas Kola Kedah semuanya kaya raya rumah banglo 2-3 buah , kereta sampai 3-4 biji, duit banyak, semuanya ada bisness sendiri tapi penyokong kena keluarkan duit untuk depa..

Yang nak bertanding jadi wakil rakyat pun depa, yang nak jatuhkan Azizan pun puak puak ni jugak..

Tak cukup lagikah duit duit yang dikutip dalam ceramah sampai nak kena cekau duit BR1M rakyat?? Bukan sikit depa mintak, sampai RM100 pulak tu..

PANASS !! AZIZAN TERLUPA ATAU BUAT BUAT LUPA ?? #TukarKedah


Memang hebat lakonan Azizan untuk tutup bau taik yang ditinggalkan Jamil dalam pentadbiran KUIN..Paling menariknya Azizan sanggup bohong kata staff KUIN tak pernah mai jumpa dia..

Aku taktau la Azizan ni nyanyuk ka, pelupa ka atau buat buat lupa bahawa wakil kakitangan KUIN dalam 6 orang pi jumpa dia sendiri di rumah Azizan kat Jalan Sultanah.. Semua yang pi jumpa dia tu pulak penyokong Pas sebab nak bincang hal ni elok2.Depa nak habaq kat Azizan yang Jamil rektor duk pebodoh dia..Semua report Jamil hantaq kat Azizan hanyalah rekaan semata mata.

Tapi Azizan tak mau percaya..Dia siap marah lagi kat staff KUIN yang pi jumpa malam tu..Aku takmau lah sentuh hal2 peribadi yang terkeluaq malam tu di rumah Azizan..Tapi aku cuma nak terangkan memang ada pertemuan antara wakil staff KUIN dengan Azizan sebelum ni..

Tapi nak buat macamana nasib tak menyebelahi staff KUIN pada malam tu..Jadi pada bulan Jun 2012 depa serah memorandum kat Exco Agama dan Pendidikan Taulan Rasul dan disaksikan sendiri oleh Jamil muka tak tahu malu..

TERPANASS !!! KERAJAAN PAS TERENGGANU 1999-2004 SELEWENG HARTA RAKYAT !!!



Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.

Pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.

Kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.

Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar (SUP Tok Guru) waktu itu, Haji Hussin Ismail.
Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).

Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Setiausaha Dewan Ulamak Pas Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.

Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).

Friday, 22 February 2013

KALIMAH ALLAH !!! POZIAH TORON SAMA BEBAL MACAM KARPAL


Bodoh ! bengap ! Otak tahap lembu, kurang pengetahuan tentang Islam, itu yang patut aku cakap kat Ahli Parlimen Kuantan Fauziah Salleh atau lebih dikenali sebagai Poziah Thoron..

Semua umat Islam lain menentang pengunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu, si MP sekor ni pi sokong pulak apa yang Dap mintak.. Poziah sedar maksud kalimah Allah boleh timbul kekeliruan tapi dia sokong tu buat apa??

Tak ke bengap namanya..Berapa ramai pengundi orang kristian kat Kuantan tu sokong kau?? cecah 50% ka? Tolong jangan nak jadi ajinamoto pasal kalimah Allah..Kau tu bukan taraf Ust Haron Din kalau nak cakap bab agama.. Tolong sedar sikit..

SAMAN UTUSAN !! NURUL IZZAH BOLEH MENANG ?



Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013. Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan. Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara. Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.

Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara. Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita.

ANWAR HABIS MODAL NAK LAWAN BN



Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

PANASS !!! GAGAL BAYAR HUTANG, INSANIAH HOLDING DISAMAN !! #TukarKedah


Semalam blog berita KUIN dedahkan syarikat Insaniah Holding telah di saman gara gara gagal melunaskan hutang atas pembelian alatan di kuliah perubatan..

Kini pembekal yang teraniaya telah berani tampil membuat tuntutan dan tindakan undang-undang.Kita lihat apa Azizan dan Jamil akan buat untuk menyelamatkan kroni2 mereka di Insaniah Holdings.

KES 1: Tuntutan bayaran hutang melalui Peguam ZAIN JOHNOSON bernilai RM921,359.00 keatas Insaniah Holdings Sdn Bhd (Kulliyyah Perubatan) kerana pembelian alatan di laboratory KUIN. Tempoh bayaran 7 hari. Lihat bukti di bawah.

PAS LANCAR LAGU BARU SEMPENA PRU 13



Parody lagu KRU apa saja untuk mu Dap, Pas sanggup korbankan apa saja..Kalau tak betul takkan rakyat nak cakap..Lihat saja pada slogan negara Islam dah bertukar menjadi negara kebajikan, undang undang hudud dah takut nak buat..Kalimah Allah pun Pas sanggup jual demi dap..

MASALAH SENDIRI PUN TAK BOLEH SELESAI, ADA HATI NAK SELESAI MASALAH NEGARA



Bila hadap depan depan semua pakat mengalah, tapi bila bagi kenyataan sorang sorang, semua pakat nak tunjuk hebat..Video ni memang sesuai sangat untuk pakatan..


NIK AJIS SAMAKAN PENERIMA BR1M SEPERTI BINATANG !!




Nik Ajis kata bagi duit kat rakyat adalah salah di sisi Islam, tapi bila bagi rasuah kat kat pengundi tu kira apa pulak?? Halal di sisi Islam??

Memang natang betul la Nik Ajis ni, apa yang kerajaan BN bagi kat rakyat semuanya haram, rakyat yang terima pulak di anggap sebagai binatang..

Habis tu, penyokong Pas yang pi ambil duit BR1M tu binatang jugak la kan..Kesian betul pengikut Pas dapat murshitdol samdol otak macam lembu ni..

KEPALA KANAK2 PALESTIN SASARAN SNIPER REGIM ZIONIS !!



Sebelum menceritakan apa yang dilakukan oleh askar Israel ini, biar penulis beritahu namanya..dia adalah Mor Ostrovski yang berkhidmat di bawah unit penembak tepat negara haramnya.

Beberapa hari lalu, askar ini telah meletakan gambar (atas) di akaun Instagram miliknya bagaimana sebuah senjata penembak tepat sedang menumpukan sasaran ke arah seorang remaja yang dipercayai kanak-kanak Palestin.

Gambar berkenaan menjadi viral di internet dan mendapat perhatian serata dunia.

Akhirnya, tentera bangsat ini menutup akaun Instrgram itu.

Namun, perbuatan itu tidak menutup hakikat bagaimana tentera-tentera dan yahudi Israel yang merempat di bumi milik Palestin memandang kepada bangsa Arab dan Palestin.

Pada mereka, anak-anak Palestin hanyalah sasaran untuk latihan menembak semata-mata.

Tidak hairanlah saban hari ada sahaja kanak-kanak yang ditembak di sana…

Sumber Mynewshub

Thursday, 21 February 2013

ISU KUIN LAGI ?? KALI NI INSANIAH BAKAL DI SAMAN BERJUTA JUTA !! AZIZAN CONFIRM KOMA !! #tukarkedah



Awat taktau hari ni aku main isu KUIN saja..Adehh dari tengah hari, petang sampai ke malam bab KUIN ja aku main..Kalau nak diikutkan situasi sebenar masalah KUIN bukan sikit..Tapi memang banyak..Tiap tiap hari ada saja masalah dalam KUIN..Bukan saja dari segi pentadbiran, malah pelajar jugak terkena tempiasnya..

Kali ini aku dapat tau Insaniah Holding anak syarikat Insaniah Sendirian Berhad iaitu Syarikat yang mempunyai 5 cabang anak syarikat dimana kesemua mempunyai 5 CEO yang dibayar gaji puluhan ribu ini bakal di saman dengan nilai jutaaan ringgit jika gagal membayar hutang

AZIZAN PERLU BERANI & BERSIKAP TERBUKA ATASI KEMELUT DALAMAN KUIN



Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya bersikap lebih terbuka dalam menyelesaikan isu kebajikan tenaga kerjanya yang didakwa berlarutan sejak empat tahun lalu.

Wakil kakitangan KUIN, Mohd Farid Alias, 28, berkata Azizan sepatutnya bersikap lebih profesional dan bertindak sebagai orang tengah bagi mengkaji, menyiasat dan menyelesaikan masalah dalaman KUIN, bukannya mengheret mereka ke dalam kancah politik.

"Kami sangat kesal kerana dituduh sebagai ejen Umno sedangkan kami tidak pernah dibayar untuk mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan kami.

DOA K.O PAS DIMAKBULKAN !!! KINI DAP VS PKR VS PAS VS DAP !!! #PakatanHancur



Kat bawah ini semuanya kenyataan yang diambil dari pemimpin Pkr, Dap dan Pas..Perbalahan mereka dalam soal mengunakan kalimah Allah dan perebutan kerusi di Johor membuktikan lagi bahawa Pakatan sememangnya tidak sepakat dalam berurusan..

Belum pun jadi kerajaan, Allah dah tunjuk siapa sebenar mereka..Anda boleh nilaikan sendiri pergaduhan besar berlaku dalam pakatan..


Harun Taib Kecam Karpal Singh

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilihat memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas dengan menganggap majlis itu hanya bersifat minoriti dalam parti sekutunya itu.

Sambil menyifatkan Karpal sebagai ‘tidak tahu apa-apa’ tentang Pas dan ‘kehabisan modal’, beliau menegaskan, Majlis Syura Ulama Pas berada di kedudukan tertinggi sekali gus mempunyai kuasa lebih besar dalam membuat sebarang ketetapan atau keputusan parti.

Pada masa sama, jelasnya, Majlis Syura Ulama juga merupakan pemegang polisi atau dasar parti dan peranan pentingnya itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti dihormati.

“Karpal tak tahu apa-apa dalam parti Pas sebab dia orang luar. Dalam Pas, Majlis Syura Ulama lebih tinggi kuasanya malah merupakan pemegang polisi atau pun dasar parti

PANASSS !!! SURAT TUNTUT HUTANG KERAJAAN PAS KEDAH CECAH 3 BILION DAH SAMPAI !!



Semalam, Pemuda Gerakan Kedah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung hutang kerajaan negeri yang hampir mencecah RM3 bilion.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata memorandum itu bertujuan memohon kerajaan negeri mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan beban hutang yang meningkat hampir RM 1 bilion sejak kerajaan negeri sekarang mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.

"Mengikut laporan Audit Negara 2011, sehingga 31 Disember 2011 hutang awam oleh kerajaan negeri sudah mencecah RM2.6 bilion, tetapi baki wang tunai kerajaan negeri Kedah hanya tinggal RM193.22 juta.

"Melalui siasatan yang kami buat, kami dapati hutang RM2.6 bilion itu tidak termasuk hutang bagi pembinaan Kuin (Kolej Universiti Insaniah) iaitu sebanyak RM330 juta. Jadi anggaran hutang kini adalah sebanyak RM2.933 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas (Belia) Menteri Besar Kedah, Mohd Rosli Azmi di Wisma Darul Aman di sini.

TERKINI DAN SENSASI !!! AZIZAN AKAN DIUSIR KELUAR DARI WISMA DARULAMAN ?!! #tukarKedah



Semalam aku difahamkan Dewan Ulama Pas Kedah bersama sama barisan penentang Azizan Razak telah adakan satu mesyuarat di Komplek Pas batu 9..

Semuanya disebabkan kegagalan dan kelemahan Azizan dalam menguruskan masalah dalaman parti.. Sebanyak 11 DUN mahu Azizan digulingkan dan disokong oleh Dewan Ulama Pas Kedah..

Dalam mesyuarat itu Dewan Ulama serta musuh musuh Azizan telah bersetuju untuk membawa desakkan supaya Azizan selaku Pesuruhjaya Pas Kedah lepaskan tahtanya ke peringkat Pas Pusat..

Antara orang pertama yang ditemubual pemberita selepas desakkan ini adalah Timbalan Pesuruhjaya I, Phahrolrazi Zawawi yang selama ini dilihat sebagai ketua untuk jatuhkan Azizan..

RILEK LA MAK LAMPIR OII, JANGAN SAMPAI TERSEMBUL GIGI TU






Keras perut aku tengok video mak lampir sekor ni.. Ini kes nak tunjuk hebat atau nak lepas geram kat Ds Najib, aku pun taktau..

Ketuk punya ketuk sampai tak sedar gigi tu nak tersembur dan bergoyang habis satu badan.. Nak tiru Najib punya pasal, goyang pun goyang lah janji dapat ketuk mcm Najib..

KAKITANGAN KUIN DITINDAS !!! SHARIZAT DESAK AZIZAN TUBUH JAWATANKUASA !!! #TukarKedah



Semalam aku berkesempatan untuk menghadiri satu sesi sidang media khas berkenaan isu KUIN yang diadakan di pejabat Pergerakkan Wanita Umno Malaysia PWTC yang dikendalikan oleh Dato Seri Sharizat Abdul Jalil..

Dalam sidang media itu Ds Sharizat menegaskan kesediaan Wanita Umno dalam membantu kakitangan yang ditindas dan tidak dapat pembelaan langsung daripada Kerajaan Pas negeri Kedah dan juga Pengerusi KUIN merangkap Menteri Besar Kedah..

Dalam perjumpaan ini, Wanita Umno tampil untuk menawarkan khidmat guaman kepada kakitangan KUIN yang dinafikan hak mereka sebagai kakitangan KUIN..

Wanita Umno juga mengesa agar Pengerusi KUIN merangkap Menteri Besar agar membuat satu jawatankuasa khas bagi menyiasat isu isu yang dibangkitkan..

SIAPA ROGOL SIAPA NI JUARA MENTOR OII ??



Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol.

Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu.

“Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.

“Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini malam Selasa.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Wednesday, 20 February 2013

SEMUA SALAH UMNO !! JAWAPAN STANDARD MACAI PKR BERTARAF MP


Sememangnya pergaduhan antara Pkr dan Dap di Johor cukup teruk, sehingga pemimpin tertinggi parti masing masing mengeluarkan arahan supaya tutup mulut bagi membolehkan pemimpin tertinggi cari idea untuk alihkan isu itu..

Poziah yang juga Naib Presiden Pkr mengambil langkah pencegahan awal iaitu menuduh Umno dalang kepada semua ini.

Orang lain bergaduh orang lain yang dituduh..Itulah standard pemikiran macai berstatus pemimpin Pkr .. Semuanya nak tunding jari kepada Umno..Sikit sikit salah Umno..Salah sendiri tak pernah nampak pun..

Lepas si Poziah Thoron tewas teruk dalam isu Lynas, kini Poziah terpaksa naikkan kembali nama beliau agar tidak tercicir..Mudah betul jawapan Poziah  ni kan..

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) dalam isu pertelagahan antara pemimpin DAP dan PKR Johor.

“Saya kira akhirnya kita tahu siapa musuh kita sebenarnya dan kita akan menghalakan peluru sebenar kepada Umno-BN.

“Kemelut ini adalah sesuatu yang kita boleh selesaikan. Saya yakin,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini...Seterusnya

DOA K.O PAS PATAH BALIK KENA KE DIA !! BUKTINYA PKR DAN DAP MAKIN HANCUR



Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa. Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu. Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Walaupun PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi ‘pertelingkahan mulut’ di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah. Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.

DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa. Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.

Pendek kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.

PKR LANCAR MANIFESTO ?? DENGAQ BOLEH PERCAYA JANGAN !! CEKELAT ANGIN SEMUA TU..




Sudah hampir sepenggal pakatan syaiton mentadbir di 4 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan tetapi hampir kesemua manifesto PRU 12 masih belum ditunaikan..Malah sampai mereka terlupa apa yang dijanjikan mereka untuk rakyat.

Semalam, jambu kesukaan Anwar merangkap bakal calon Pkr di Pandan dan pemegang jawatan pengarah strategik mengumumkan Pkr akan melancarkan manifesto cekelat angin mereka pada 25 Febuari ini sempena Konvesyen pakatan syaiton..

Dalam sidang media semalam, Rafizi menegaskan bahawa manifesto ini adalah janji kepada rakyat..Mungkin Rafizi terlupa apa itu penjelasan terpeinci "manifesto" yang disebut oleh Khalid sebelum ini..

PANAS !! STAFF KUIN DITUDUH EJEN UMNO GEGAR PEJABAT AZIZAN !!!




KENYATAAN AKHBAR
Kami SELURUH kakitangan KolejUniversiti INSANIAH (KUIN) sangat kesal di atas dakwaan YAB Menteri Besar Kedah bahawa kakitangan KUIN yang memperjuangkan hak dan kebajikan kakitangan sebagai ejen UMNO tanpa sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan melulu beliau. 

KetikaNegeri Kedah di bawah pentadbiran Kerajaan BN, KUIN didakwa sebagai lubuk PAS sehingga mengakibatkan pentadbiran negeri menjadi milik PAS melalui PRU12-2008.

Apakah alasan yang membuktikan bahawa kakitangan INSANIAH adalah ejen UMNO? Seorang muslim mukmin adalah berdosa menuduh tanpa bukti. Bertaqwalah kepada Allah dalam mengeluarkan kenyataan.

Sepatutnya sebagai seorang Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN, mengambil pendekatan bersikap terbuka dan berlapang dada dengan menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan KUIN sehingga menimbulkan keadaan yang sangat kritikal sekarang.

Sebagai seorang yang berkuasa di Negeri Kedah, Menteri Besar hendaklah bersikap adil bagi memastikan pentadbiran yang berslogankan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua dilaksanakan dengan secara menyeluruh supaya tiada rakyat yang teraniaya disebabkan Kerajaan Negeri terlepas pandang.

Menteri Besar tidak sepatutnya mengamalkan dasar menutup pintu dengan tuduhan melulu tanpa berlapang dada untuk mendengar rintihan kakitangan yang mendakwa dianiayai dan dinafikan kebajikan sehingga masalah dalaman KUIN terus menimbulkan kerumitan.

MAK LAMPIR SEDIAKAN 36K SEBULAN UNTUK ELAUN PENCACAI PAKATAN !!! FISABILILLAH KONONN !!! PUIHHHH



Pakar fitnah, pakar spin, pakar penipu,dan pakar segala galanya..Satu hari kalau tak tipu tak sah..Bangun ja pagi dah terbit artikel fitnah..Itulah kerja kerja seharian troopers pakatan syaiton ni..Dimulut tu sentiasa kata berjuang fisabilillah..Tapi hakikatnya tiap tiap bulan dapat gaji tetap mungkin berdasarkan jumlah hits yang diperolehi..

Jumlah elaun yang diterima pulak bukannya sikit, Sebanyak RM 3000 dibayar kepada pencacai pakatan syaiton setiap bulan..

AKHIRNYA PEMBANTU RUMAH INDON BALING ANAK MAJIKAN KENA PENJARA 20 TAHUN



Amah warga Indonesia yang melambung seorang bayi berusia empat bulan Jumaat lalu, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun penjara bagi dua pertuduhan Mahkamah Sesyen, hari ini.

Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda.

Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata 'Saya takut'.

Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang.

“Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap.

Ketika sesi perbicaraan, satu tayangan rakaman kamera litar tertutup selama lebih tiga minit dipasang selain beberapa bukti bergambar yang ditunjukkan pihak pendakwaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nor Azizah Mohamad yang meminta hukuman berat dijatuhkan kerana mempunyai unsur keganasan walaupun kesalahan itu kali pertama bagi tertuduh.

TAHNIAH !!! ANWAR HANYA LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI DI PORNTUBE !!!



Hebat betol Anwar ni kan, bukan saja dapat gelaran Anugerah tuhan dan Huguan Siou malah dapat gelaran Prime Minister dalam indstri laman web porno..Apa yang menariknya video Anwar bersama Chinadoll itu ditulis sebagai Prime Minister..

Bagi penyokong PR mungkin pengiktirafan ini satu pekara yang membanggakan kerana memang menjadi idaman Anwar selepas keluar dari Penjara..

Tuesday, 19 February 2013

PAS KELUAR PAKATAN ??? BOLEH CAYA KA NI ??? TUIH


Jangan terkejut selepas ini jika PAS sekali lagi buat pusingan U apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti pimpinannya itu tidak ragu untuk keluar dari Pakatan Haram dalam masa terdekat.

Menurutnya, PAS akan terus bergabung dengan DAP dan PKR selagi pakatan pembangkang itu mampu mempertahankan Islam.

Namun jika pakatan di antara PAS, DAP dan PKR itu terbukti merugikan Islam dan kepentingannya di negara ini, partinya itu tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Pakatan Haram.

“Pas beri jaminan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan keluar dari pakatan rakyat (pembangkang), tiada ragu-ragu lagi”, – Hadi Awang, Kampung Banggol Peradong, 16 February 2013.

Anda percaya dengan kata-kata Hadi itu? Benarkah dia berani membuat keputusan untuk keluarkan PAS dari Pakatan Haram?

WARGA LEMBAH KLANG BAKAL HADAPI KRISIS AIR SANGAT KRITIKAL



Dianggarkan hampir 1.6 juta penduduk bandaraya Kuala Lumpur dan daerah Ulu Langat bakal berhadapan dengan masalah terputus bekalan air sehingga berbulan-bulan tidak lama lagi.

Ini berikutan sikap kerajaan negeri Selangor yang berdegil tidak mahu memberikan kelulusan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk memulakan kerja-kerja membaiki bumbung kolam air di Loji Rawatan Air Sungai Langat yang berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

Mynewshub.my difahamkan, Syabas sudah tiga kali mengemukakan permohonan memperbaiki bumbung berkenaan tetapi ditolak kerajaan negeri yang dilihat lebih berminat untuk meraih faedah politik daripada isu air di negeri itu.

Lebih menyedihkan, Syabas sudah pun menyediakan peruntukan sendiri bagi kerja-kerja pembaikkan dan kerajaan negeri hanya perlu memberikan lampu hijau kepada syarikat air berkenaan.

“Arahan pembangunan (DO) untuk membina kolam air bersih sementara di kawasan yang sama terletak di tangan kerajaan negeri, jadi mereka penentu kepada pergerakan projek ini,” kata sumber kepada Mynewshub.my ketika dihubungi di sini hari ini.

" YASIN KAN PKR " LEPAS PRU KITA BACA TALKIN PULAK !!



Ada bagus jugak Yasin masuk PKR.. @least hari hari beliau tolong bacakan yasin untuk PKR..Bukan apa Pkr dah nazak sangat ni..Lepas PRU nanti arwah lah depa.. Anwar pun dah mengaku sebelum ni yang dia akan letak jawatan jika Pakatan gagal mengambil alih Putrajaya..

Sememangnya aku lebih suka kalau lebih ramai artis artis yang suka memberontak ni masuk Pakatan..Biaq pi lah depa nak bagi apa apa jawatan sekalipun..Sebabnya mereka bukan dari ahli UMNO tulen mahupun BN .. Mereka juga bebas memilih mana mana parti politik yang ikut selera mereka..

GEMPAR !! POLIS DEDAH SMS RANCANG PEMBUNUHAN PSY !!! CILAKA PUNYA DAP !!



Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pengurus artis terkenal dari Korea Selatan yang hanya dikenali sebagai Dan itu ada mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pihak polis bagi memaklumkan perkara tersebut.

"Polis terima satu SMS daripada pengurusnya memaklumkan mengenai ancaman bunuh ke atas penyanyi itu pada pukul 8 malam 10 Februari lalu, sehari sebelum penyanyi itu membuat persembahan.

"Dalam SMS itu juga, pengurus Psy meminta kawalan keselamatan yang ketat diberikan kepada penyanyi itu semasa beliau tiba di lapangan terbang sehinggalah beliau pulang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sahsiah Unggul Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad di sini hari ini. - UTUSAN

KASI PANASS !! PAS KEDAH MASUK PERANGKAP YANG DI PASANG SANUSI SETPOL !!! #tukarkedah



Terima kasih kepada sahabat blogger Pisau Kedah kerana berjaya mendedahkan jerat yang dipasang oleh Sanusi Setpol buktikan lagi sikap rakus Pas dalam aktiviti pembalakkan maha dasyat di Tasik Pedu..

Keraguan mula timbul apabila projek kebun buah buahan yang diwar warkan oleh Kerajaan Pas Negeri Kedah ini tidak perlu mendapatkan kelulusan EIA seperti mana syarat syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar..

Dalam kes ini sebenarnya,Pas bukan minat sangat dengan projek projek ladang ini..Mereka lebih tertumpu kepada wang puluhan juta yang bakal diperolehi dari balak balak bernilai tinggi di kawasan Tasik Pedu..

SEMANGAT "NAK TUKAQ DAH" ADA DI KEDAH !!




''DEPA dah nak tukaq dah'' - Itulah 'gelombang' yang dikatakan semakin ketara menyelubungi politik Kedah selepas sepenggal pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pas.

Kata-kata ''Depa dah tukaq dah' ini merujuk sentimen majoriti rakyat di negeri Jelapang Padi itu yang mahu kembali kepada BN selepas berasa 'pelbagai kesengsaraan' di bawah kepimpinan Pas.

Apa yang perlu dilakukan oleh BN sekarang ialah meletakkan calon boleh menang berdasarkan penerimaan rakyat.

BN tidak ada masa lagi melayan pemimpin-pemimpin kitar semula yang sudah dua tiga kali ditolak dalam pilihan raya, pemimpin bahagian yang dianggap orang Kedah 'tumpang tui' - iaitu tidak melakukan apa-apa tetapi sekadar mengharapkan tuah kepimpinan nasional untuk menang di kawasannya dan pemimpin bermusim yang muncul hanya apabila menjelang pilihan raya.

Jika keputusan Pilihan Raya Umum 2008 diambil kira, peluang BN untuk kembali berkuasa amat cerah kerana seperti mana kata seorang penganalisis politik dari utara, ''kedudukan parti itu jauh lebih baik berbanding 2008."

Monday, 18 February 2013

DEEPAK KAPET MENGAKU ANWAR PERANCANG UTAMA




Sekali lagi khidmat penjual karpet, Deepak Jaikishan yang sedang tertekan dengan masalah tuntutan hutang beratus juta ringgit dari institusi kewangan dimanfaatkan oleh jentera propaganda PR untuk memanaskan kembali ceritera mengenai Altantuya.

Kian dekat musim pilihan raya, ada sahaja propaganda murahan dan fitnah adu domba akan bergentanyangan kerana sudah menjadi tabie pemimpin dan penyokong PR untuk mencari keuntungan politik melalui kaedah sedemikian rupa.

Kali ini, PR melalui Deepak melontarkan satu lagi propaganda versi baru kononnya Razak Baginda mengalami masalah mati pucuk, dengan demikian mustahil untuk teman wanitanya yang merupakan model dari Mongolia, Altantuya mengandung.

Seperti mana umum ketahui, PR seboleh mungkin cuba mengaitkan kematian Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Kononnya PM mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung kemudian terbabit mengarahkan pembunuhan model Mongolia itu untuk menyembunyikan kes tersebut.

PANASS HATI !!! MAT THEORY HANG JANGAN DUK BUAT GILA !!! PUAK PAS KEDAH SANTAU NANTI BARU ADA AKAI !!! #TUKARKEDAH


gambaq mctheory tengah marah

Sakit hati aku,bila baca artikel dalam blog Kedahkekl mendedahkan identiti sebenar geng2 TMK. Sebenarnya aku malas nak tonjolkan diri aku buat masa ni.Tunggulah nanti lepas PRU13 ka baru aku nak keluaq..Aku lebih suka buat kerja kerja RnD dalam tmk..

Aku bukan banyak menulis sangat dalam blog ni pun yang tulisnya budak budak aku dalam 2,3 orang.Sebab aku lebih fokus dalam penyiasatan..Yang tak puas hatinya sekarang ni,bila mc dah dedah gambaq aku,camna aku nak cari makan?

Yang buat aku marah sangat kat Mc dia pi bubuh gambaq aku tengah tension, serabai, mereng masa duk buat kerja..

PANASS !! R SIVARASA BARUA BELAAN ANWAR RASUAH DEEPAK UNTUK JATUHKAN DS NAJIB DAN KELUARGA !!



KONSIPRASI baru dan pakatan jahat yang dikepalai R.Sivarasa, 'anjing' belaan Anwar untuk memalukan Najib sekeluarga dimulakan lagi dan kini paling terbaru, setelah gagal mengumpan beberapa orang India sebelum ini; termasuklah Balasundram untuk menyentap turun Najib dari tahta Putrajaya, kini muncul pula seorang India yang bernama Deepak Jaikishan dipergunakan semaunya oleh Anwar Ibrahim serta barua-baruanya untuk sekali lagi mencuba nasib mengaitkan Najib dan Rosmah.

Kejahatan serta kebiadapan haiwan-haiwan politik yang berketuakan Anwar ini tidak mengira masa dan tempat,tidak mengira fitnah ataupun kebenaran kerana paling penting,musuh politik mereka perlu dijatuhkan,diaibkan dan fitnah terhadap Najib perlu direkayasakan sepanjang masa dan dilestarikan agar rakyat benar-benar yakin dan percaya walaupun asas utamanya adalah fitnah semata-mata.

Anjing Deepak ini cuba dberi makan dan dirasuah oleh PKR setelah gagal memperalatkan hubungannya dengan Najib apabila Najib dan Rosmah tidak mahu terlibat ataupun campurtangan dalam kes yang melibatkan Deepak ini dan hubungan mereka hanyalah sekadar rakyat dengan pemimpin setelah berkenalan dan Deepark haram jadah ini menjaja kononnya beliau mengenali dengan begitu rapat serta akrab dengan keluarga Perdana Menteri.

DEDAH !!! PERJUMPAAN SULIT ANWAR BERSAMA NOR MISUARI ?!!



Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.

Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.

Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.

AZIZAN DIKTAKTOR !! STAFF KUIN BOLEH BERAMBUS KALAU TAK MAU KERJA DI KUIN !!



Terkejut aku bila baca kenyataan Azizan dalam laporan sebuah ahkbar semalam..Azizan kata dia dah takmau ambik tau lagi pasal KUIN dari segi pentadbiran ataupun minit mesyuarat Palsu yang di reka oleh kroni beliau iaitu si Jamil..

Paling bestnya Azizan kata semua yang dedahkan maklumat dalaman KUIN tu adalah ejen Umno..Nampaknya Azizan sanggup berbohong lagi..

Untuk pengetahuan semua, isu ini dibongkarkan sendiri oleh staff KUIN yang kebanyakkannya penyokong tegar Pas..

Mereka ini bekerja dari dulu lagi, malah ada yang bekerja sejak KUIN ditubuhkan..Dulu masa zaman BN mentadbir Kedah KUIN memang tak ada masalah..

Walaupun kebanyakkannya staff KUIN penyokong kuat Pas..Kerajaan BN tidak pernah sesekali menzalimi mereka seperti apa yang dibuat oleh Kerajaan Pas Kedah sekarang..

PANASS !! ANWAR IMPORT ORANG LUAR PENUHKAN CERAMAH DI LANGKAWI !!

ceramah Anwar di Langkawi

Semalam masa duk lepak lepak kat area stadium, aku terserempak membe aku dari langkawi..Dalam duk sembang sembang dengan dia aku pun tanya dia pasal program ceramah Anwar di Langkawi 2 hari lepas(jumaat malam)

Jadi aku tanyalah sambutan orang langkawi pada program malam tu macamana? Membe aku gelak sambil geleng kepala..Aku tanya dia awat, ramai orang ka? Ya memang ramai, bopa ratus saja orang Langkawi pi dengaq, yang selebihnya orang luaq mai sekali Anwar...

Orang luaq tu termasuklah geng geng unit amal yang jaga keselamatan Anwar, lepas tu macai macai tukang sorak dari jinggay 13, orang seberang(kedah, perak, penang,perlis).Huh !! biaq betui..Patutla membe aku gelak sakan sangat..

Sebabnya malam tu lepas ceramah geng PKR dari Perak lebih kurang dalam 30 orang duk lepak makan kat kedai membe kepada membe aku ni..

PANASS !! PULUHAN RIBU HADIR PADA CERAMAH HAIRIE OTHMAN !!! LEBIH RAMAI DARI ANWAR ?



Patutlah bekas aktor bertukar politikus, Hairie Othman dikatakan tidak mendapat bayaran ceramah lumayan seperti apa yang diperolehi oleh Abby Abadi. Auranya tidak ada untuk menarik penonton ramai menghadiri ceramah PGayR. Mungkin juga Abby Abadi mempunyai kelebihan "body" yang berjaya menarik Pak Lebai-Pak Lebai PAS untuk setia bersamanya di pentas ceramah.

Read more

PAS GAGAL MENTADBIR NEGERI KEDAH-TAN SRI MUHYIDDIN





Dalam ucapan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pelancaran KOLABORASI 2013 di Kuala Kedah, beliau menganggap PAS gagal menjalankan tanggungjawapnya sebagai pentadbir Kerajaan Negeri setelah di beri mandat oleh rakyat Kedah di Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

" Kita nak mengajak rakyat jelata untuk bersama pimpinan kerajaan Barisan Nasional, kerana di peringkat Negeri Kedah yang sekarang ini dipimpin oleh PAS sudah gagal. PAS tidak dapat memikul amanah dan tanggungjawap yang rakyat Kedah telah berikan dalam pilihan raya 2008 yang lalu " katanya.

Selain itu, Muhyiddin Yassin mengatakan " Saya dapat menyaksikan tentang isu permasalahan yang berbangkit di peringkat Negeri Kedah yang tidak langsung tidak dapat diberi perhatian oleh Menteri Besar ataupun wakil-wakil rakyat termasuklah wakil rakyat di Kuala Kedah".

" Kalau ada apa-apa masalah yang berbangkit, kerajaan negeri tak dapat selesaikan" katanya lagi.
Apa yang dapat di lihat, sekiranya Kerajaan Negeri menghadapi isu-isu masalah dengan rakyat, Menteri Besar Kedah akan mengambil sikap tidak mahu bertanggungjawap dan menunding jari kepada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikannya.

Sebagai seorang Menteri Besar, Azizan Razak seharusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang di hadapi rakyat Negeri Kedah dan bukannya menunding pada pihak lain.- Pisau Kedah

Sunday, 17 February 2013

CAMPAK ANAK MAJIKAN !! PEMBANTU RUMAH BANGSA INDONESIAL PERANGAI SEPERTI SETAN !!!




Menyirap darah aku bila tengok pembantu rumah bangsat Indonsial ni lambung dan hempas bayi tu atas alas.Bukan sekali 2, tapi banyak kali pulak tu..Kesian bayi berusia 4 bulan tu..

Nasib baik hanya alami lebam dan cedera di kaki kiri sahaja..Bukan apa takut jugak kalau kesan gegaran pada otak bayi tu boleh akibatkan kesan yang tak elok untuk tumbesaran anak..

Aku harap kepada ibu bapa bayi berkenaan ambil tindakkan..Saman ja ejen dan kerajaan indonesia..Jangan bagi muka !!!

ANWAR HINA NIK AJIS & HADI AWANG !! ADA PENYOKONG PAS BERANI KOMEN TAK ??



Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS. "Hadi Awang tidak tahu apa-apa!, Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS," adalah antara perkara yang dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 penyokong PKR ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera Ballroom Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.

Isu yang disentuh diperkatakan oleh Anwar adalah tentang isu Kalimah Allah. Video tersebut kini sudah mula tersebar di blog-blog, Facebook dan juga YouTube.

PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dari rakyat Sabah. Sehingga kini, PKR tidak yakin bahawa mereka akan menang lebih daripada 3 kerusi di Sabah, walaupun mereka percaya bahawa mereka akan meraih 13 daripada 25 kerusi Parlimen. Dengan hanya RM35 juta yang boleh dibelanjakan untuk meraih undi di 7 kerusi seperti Penampang, Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan kemungkinan besar di Tawau, Anwar perlu bekerja keras untuk PKR.

TUNTUT 100 JUTA SALAH SATU KERJA CARA ISLAM MB KEDAH ?!!



Ternganga kita dibuatnya apabila Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah mengugut Kerajaan Pusat agar membayar RM100 juta setiap tahun kepada negeri itu sebagai pampasan jika ingin pihaknya menghentikan penggondolan hutan untuk pembalakan. Nampak benar, yang Menteri Besar Kedah ini telah benar-benar buntu dalam usaha menjana pendapatan negeri.

Kata orang, ego biar bertempat. Jika sudah buntu, dan tak tahu apa-apa, buangkanlah ego itu jauh-jauh, jika tidak, pasti terserlah kebodohan sendiri. Tidak apa jika bodoh itu tidak memberi kesan kepada sesiapa, tetapi masalahnya bodoh seorang Menteri Besar memberi kesan kepada rakyat, malah bumi Kedah juga.

Jika dulu Azizan begitu lantang menghamun kepimpinan Barisan Nasional, kononnya bodoh, tidak prihatin dan korup, tetapi setelah diberi peluang untuk menunjukkan cara kepimpinan yang bijak, prihatin dan telus, bingunglah pula Azizan jadinya. Kini, baru beliau tahu bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar ijazah dalam bidang agama dan suara lantang yang gemar menghentam orang.

[VIDEO] MAGIC PALING MENAKJUBKAN DIDUNIA !!



Kesian mat bangla tu kena bohong hidup hidup dengan kawan dia..

TARAH BALAK !! BUKTI PAS KEDAH & KELANTAN TIADA KEMAHIRAN EKONOMI !!



Kebergantungan Kerajaan Pas Kedah dan Kelantan terhadap pembalakkan besar besaran membuktikan bahawa kepimpinan mereka tidak mahir untuk menjana ekonomi negeri akibatnya berpuluh ribu tanah hutan simpan digondolkan..

Menurut penganalisis politik, Dr Firdaus Abdullah kedua-dua negeri berkenaan seolah-olah ketandusan aktiviti sektor ekonomi sumber lain dan bergantung semata-mata terhadap hasil balak.

"Seakan-akan mereka bertindak tanpa nasihat pakar ekonomi.

"Mereka bertindak tanpa kemahiran melakukan langkah-langkah penjanaan modal tanpa kemahiran, tanpa nasihat, itu silapnya," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Firdaus selain itu menambah, PAS yang memerintah di Kedah dan Kelantan dilihat taksub mengaut keuntungan melalui hasil pembalakan sekali gus dikhuatiri akan menggadaikan tanah dan hutan simpan.

Tambahnya, tindakan ini adalah bertentangan dengan usaha pemuliharaan alam sekitar sepertimana yang dicanang dalam janji Pakatan Rakyat pada himpunan pembangkang 12 Januari lalu.

#HTK2013 !! BUKTI RAKYAT KELANTAN TOLAK PAS



Mungkin baru tersedar dari janji-janji lama yang ditaburkan. Mungkin juga sudah jemu dengan janji yang tidak ditepati. 10 000 rakyat kelantan kali ini terun untuk menunjukkan sokongan serta semangat ingin melihat kembali tanah kelantan dihujani warna merah dan bukan lagi hijau serta bulan.

Jalanraya di tengah-tengah ibu kota kelantan sesak akibat Himpunan Tukar Kelantan 2013. Dihadapan perkarangan Bangunan Pembangunan UMNO Kelantan jeritan sesalan kedengaran, laungan TUKAR makin kuat. Rakyat Kelantan yang berada di Kelantan yang merasa kepayahan dan kesusahan yang mereka alami selama 23 tahun berada dibawah pemerintahan Nik Aziz.

GELOMBANG BIRU SG PETANI !! PENUH !! PADAT !! KETAT !! SENDAT !! HEBAT



Woi Pas, nah ambik hang..Jangan konfiden sangat hangpa boleh menang..Tengok ni betapa ramainya warga Sungai Petani berbilang bangsa hadir memberi sokongan kepada Barisan Nasional..Difahamkan himpunan gelombang biru semalam lebih dari 30 ribu rakyat yang datang..

Mereka sudah sepakat untuk mengundi BN pada PRU13 yang akan berlangsung pada bila bila masa sahaja..

Rakyat Kedah dah jemu dengan Kerajaan yang duk ada la ni tak boleh pakai..Segala janji janji dalam manifesto dulu pun belum tunai sepenuhnya..Yang depa tau tarah balak bagi licin sapu bagi kat kroni..

Semangat rakyat Kedah untuk tukar kerajaan Kedah pada PRU kali ini membuak buak..Bagi mereka tiada lagi Pas di Wisma Darul Aman..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive