Thursday, 9 May 2013

ZURAIDA MAK LAMPIR DAN AZMIN LETAK JAWATAN JIKA GAGAP KEKAL MB !!! HAKIKATNYA PAS YANG LAYAK JADI MB


Apa saja masalah timbul dalam PKR ni, dari sebelum PRU sampailah dah selesai PRU masih duk berebut jawatan..Masing masing nak tunjuk kuasa kehebatan di peringkat negeri.. Padahal Pkr bukan dapat seat banyak macam Pas di Selangor..

Pas dan Dap masing masing dapat 15 kerusi, Pkr hanya dapat 14 kerusi, dari segi logik akal fikiran pula Pas paling layak tetapi Khalid Gagap nak jugak jadi MB sebab disokong oleh Dap..Azmin dengan Mak Lampir pulak masih tak puas hati kalau Khalid kekal MB, mereka sanggup letak jawatan kalau Gagap dilantik semula..

Kat situ pun kita dah nampak pakatan ni memang tak pernah sepakat pun..Bukan dalam parti komponan pakatan saja, malah dalam Pkr sendiri pun ada masalah..

Kalau takdak takkan la 2 ekor MP ni bising kat Anwar??


Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.

Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.

Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.

Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.

Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.

Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.

Pemilihan bagaimanapun akan ditetapkan oleh pucuk pimpinan pakatan pembangkang.

1 comment:

FAZILLAH said...

CALON MB WAJIB DARIPADA AHLI PAS SEBAB PAS MENANG MAJORITY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive