Saturday, 11 May 2013

SAMBUTAN ULANG TAHUN UMNO 67 PENUH KESYUKURAN #UMNO67



Seminggu selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan ekoran pilihan raya umum Ahad lepas, sambutan ulang tahun ke-67 Umno diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu.

Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman, PWTC diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa kesyukuran serta solat Isyak.

Majlis bertemakan '67 Tahun Menepati Janji' itu dihadiri para pemimpin tertinggi Umno termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta ribuan anggota Umno.



Najib berbaju Melayu biru dan bersongkok tiba pada 7.20 malam dengan diiringi anak beliau, Norashman Razak.

Selepas itu, upacara menaikkan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa' serta nyanyian lagu Umno 'Bersatu Bersetia Berkhidmat' diadakan di Dewan Merdeka PWTC sebelum Najib menyampaikan amanatnya.

Utusan

1 comment:

Anonymous said...

YA ALLAH LINDUNGILAH BANGSA MELAYU DAN SEMUA YG BERAGAMA ISLAM.....

YA ALLAH LINDUNGILAH MALAYSIA DARI TGN TGN JAHAT

LINDUNGILAH AGAMAMU DIBUMI INI

JGNLAH KAMI DIHANCURKAN SEPERTI ENGKAU MUSNAHKAN BANGSA BANGSA YG ANGKUH

AMINNNNNNNNN......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive