Thursday, 9 May 2013

TERKINI !!! KEADAAN UST AZIZAN MAKIN STABIL !! ALHAMDULILLAH




Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Pulau Pinang sehingga jam 3 petang tadi.

Pegawai Medianya, Mohd Helmi Khalid berkata, keadaan Azizan semakin baik dan kini stabil.

"Dia (Azizan) telah sedarkan diri dan sudah boleh bercakap kira-kira jam 9 pagi tadi.

"Bagaimanapun keadaanya masih lemah," katanya ketika ditemui media di sini sebentar tadi.



Menurutnya, doktor sedang fokus terhadap rawatan jangkitan kuman pada bahagian kaki kanan Azizan.

Sementara itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hadir melawat Azizan menyeru seluruh umat Islam mendoakan kesihatannya agar kembali pulih.

Selain Jamil Khir, antara kenamaan yang turut hadir ialah , Tunku Temenggong Kedah, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka hadir petang ini.

Sinar Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive