Thursday, 9 May 2013

UPDATE !! KAKI UST AZIZAN TERPAKSA DIPOTONG ELAK JANGKITAN KUMAN MEREBAK




Status terkini kesihatan Mantan MB kedah : Kedua belah kaki Ustaz Azizan terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya esok untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya di sini hari ini.

Aku mohon kepada rakyat Malaysia marilah sama sama kita berdoa agar ust Azizan cepat sembuh.. kepada Pas adakanlah solat hajat kumpulkan seramai mungkin ahli ahli dan rakyat jelata memohon kepada Allah SWT agar Ust Azizan sihat..

Tolak ketepi dulu perbezaan ideologi politik.Yang penting Mantan MB Kedah sihat..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive