Sekor mengaku raja lawak, sekor lagi mengaku tok bomoh ahli nujum selebriti no 1 negara.. Pada aku kedua dua mangkaq ni memang tak tau nak hormat keluarga mangsa, selain memperlekehkan usaha kerajaan membantu mangsa..
Aku nak komen bab si leman raja bewak dulu, posting ni ditulis pada hari pertama kejadian kehilangan MH370, selepas dikritik oleh seluruh penguna media sosial, si raja bewak ni kata ini semua kerja cybertroopers UMNO, tapi yang peliknya si bewak ni memang tak pernah menyesal dengan perbuatan dia..
Langsung tak hormat keluarga mangsa bila menulis kapal terbang MAS sudah meletup diudara, berkecai dan terhempas di lautan.. Kalaulah anda salah seorang dari ahli keluarga mangsa, apa perasaan anda?
Mesti tertanya tanya, kalau meletup dimana serpihannya, kalau terhempas dimana bangkainya.. Dah tentu 1001 persoalan dan kesedihan bermain di minda.. Tapi bagi si raja bewak ini, dia langsung tak memikirkan perkara tersebut, yang dia tahu semuanya nak politikkan isu..
Ke 2 pula pasai tok bomoh gila glemer ni, bila terbaca kenyataan daripada Jakim bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan aku dah dapat bayangkan yang si tua ni macam orang gila isim..
Bila si tua ni datang KLIA buat gila glemer di tengah2 keramaian wartawan seluruh dunia bawa bubu, teropong, dua biji kelapa, tikar mengkuang, belakon macam cerita Allahyarham P.Ramlee tak ubah seperti kaki DVD cerita klasik..
Bukan nak bantu pihak berwajib jalankan kerja operasi dan menyelamat, sebaliknya datang tunjuk kebodohan diri tahap maksima di tengah tengah wartawan antarabangsa, seolah olah mahu menunjuk kebodohan diri..
Padahal sejak hari pertama iaitu 2 hari lepas si tua gila glemer ni datang teropong, dia ada cakap dalam masa 2 hari akan dapat keputusan tapi semalam, dia bawa mai tikar terbang sambil memegang 2 biji kelapa..
Aksi jelik si bomoh ni " menurun " di KLIA siang tadi menjadi bahan lawak dan viral di laman media sosial .. Tindakkan bodoh ini bukan saja memalukan dirinya tetapi memburukkan nama baik negara..
Bila di periksa latar belakang, rupanya bomoh yang sama menilik bawa PR akan memerintah Malaysia pada PRU13 yang lalu..
No comments:
Post a Comment