Friday, 14 March 2014

KISAH PESAWAT AIR FRANCE 447 HILANG DI LAUTAN ATLANTIK #MH370 #PRAYFORMH370




Air France FLIGHT 447 adalah penerbangan komersil dari Rio de Janeiro, Brazil, ke Paris Perancis.Pesawat malang berkenaan dijumpai terhempas pada 1 Jun 2009 di Lautan Atlantik. Seramai 228 disahkan meninggal dunia iaitu kesemua 12 anak kapal dan 216 penumpang.

Sisatan awal mendapati bahawa terdapat kesan Beku pada sensor pengawal kelajuan pada ruangan bawah kokpit menyebabkan bacaan laju udara yang salah dan bercelaru sehingga mengakibatkan kemalangan.

Pesawat Airbus A330-200 Air France itu berlepas pada 31 Mei 2009 jam 19:03 waktu tempatan (22:03 UTC) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rio de Janeiro-GaleĆ£o, Brazil menuju ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis. Bagaimanapun ia hilang dari radar Brazil di Lautan Atlantik, tidak lama selepas menghantar pesanan rutin pada 01:33 UTC 1 Jun 2009.Selepas radar Brazil gagal mengesan pesawat malang berkenaan,Tentera Udara Brazil mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Kepulauan Fernando de Noronha.



Kapal terbang peninjau Perancis juga dihantar bagi mengesan pesawat berkenaan.Jurucakap Tentera Udara Brazil kolonel Henry Munhoz memberitahu TV Brazil bahawa radar telah mengesan kapal terbang itu di pulau Cape Verde .

Pada 6 Jun 2009, cebisan rangka kapal terbang dan dua mayat ditemui di Lautan Atlantik, 680 km di timur laut Kepulauan Fernando de Noronha di utara Brazil. Pada 27 Jun pencarian mayat dan serpihan pesawat ditamatkan, dengan keseluruhannya 51 mayat ditemui.



Lihat video di bawah




Siasatan

Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro. Ia hilang di Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Terdapat amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.Tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem. Puncanya mungkin sekali dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara. Ribut tropika membawa angin selaju 160 kilometer sejam sering berlaku di laluan penerbangan itu.

Pengalisis lain menyatakan kemungkinan kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.Biro Analisis Penerbangan Civile (BEA) ditugaskan menjalankan siasatan rasmi. Pengerusi BEA Paul-Louis Arslanian menyatakan bahawa dia tidak optimistik mencari alat perakam kapal terbang kerana mungkin tenggelam 3,000 m di dasar lautan. Penyiasat berharap menemui ekor pesawat kerana perakam itu terletak di sana.Pada 1988, kontraktor bebas mampu memulihkan kotak hitam yang djumpai pada kapal terbang Penerbangan 295 Afrika Selatan di kedalaman 4,900 m . Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon menyatakan kedalaman Lautan Atlantik mencecah 7,000 meter.

Perancis menghantar dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter di Lautan Atlantik bagi mengesan kotak hitam.Penyelam tentera laut Brazil dikerah ke lokasi serpihan .Empat kapal tentera laut Brazil yang membawa kelengkapan menyelamat turut dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui tentera udara Brazil.

Menteri pertahanan Brazil Nelson Jobim menyatakan tiada sebarang letupan itu atau kebakaran yang mencetuskan bahan api jet setakat ini. Penyiasat telah menemui kerusi pesawat, pelampung berwarna oren, wayar, bangkai besi , komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet . Zon serpihan terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis berkejar ke sana untuk misi mencari.

Tentera Udara Brazil menyatakan pesawat itu "melalui kawasan ribut petir dengan gelora yang kuat" kira-kira pukul 10 malam. Pesanan automatik diterima 14 minit kemudian "menandakan litar elektrik tidak berfungsi".Perhubungan terakhir dengan pesawat itu adalah pada pukul 10.36 malam waktu tempatan, tetapi tidak memberitahu di mana kedudukan pesawat itu ketika itu.Pesawat itu hilang 300 km timur laut pantai bandaraya Natal .

3 comments:

Anonymous said...

BIODATA IBRAHIM MAT ZIN RAJA BOMOH PESAWAT MH370

joM baCA..
http://medianetworksaya.blogspot.com/2014/03/biodata-ibrahim-mat-zin-raja-bomoh.html

Anonymous said...

Bah. kedua:

Tapi TAK pula CIA Dajal ni menuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia direkrut jadi ejen CIA-Mossad; disyaki akan dpt. ID baru, setelah disyaki menjlnkan misi dlm. MAS ini (lihat di
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html, Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him', by James Rush, 11 March 2014.)

Juga Barat-ZIONIS disyaki mahu MEMBANKRAPkan MAS (supaya terpaksa bergabung dgn. sy. penerbangan Barat-ZIONIS melalui One World Alliance, yg. baru disertai MAS) dan menghancurkan hubungan Diplomatik baik antara China dan Malaysia, serta menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini, hingga terpaksa bekerjasama lebih rapat dgn. Barat-ZIONIS melalui CIA-MI6/tentera US-British, dan perisikan/tentera Singapura (yg. diKUASAI CIA-Mossad, lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html , THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Serta memaksa NEGARA ISLAM Malaysia dan Brunei menyertai TPPA, yg. di KUASAI Barat-ZIONIS ini.

Ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013).

Kerajaan kita dan China, mesti MENYIASAT kemungkinan ini, melalui apa cara pun, demi MENYELAMATkan penumpang MAS tersebut! Jgn. remehkan sebagai teori 'konspirasi' semata - setiap maklumat adalah PENTING!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Tolong jgn stop misi mencari !! Huhuhuhu :'( jumpa bangkai kapal pun jadila !! Sebagai pengesahan segala petsoalan :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive