Saturday, 1 February 2014

HIMPUNAN TURUN BERMOTIFKAN POLITIK - @MukhrizMahathir




Himpunan Peduli Rakyat Bantah Kenaikan Sara Hidup (Turun 3.0) yang dirancang diadakan diperkarangan Kompleks Pekan Rabu didakwa hanya bermotifkan kepentingan politik pembangkang dan bukannya untuk memperjuang kebajikan rakyat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, himpunan itu diadakan semata-mata untuk meningkatkan rasa marah dan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan yang didakwa punca berlakunya kenaikan harga barang.



“Mereka hanya pandai anjurkan demonstrasi, mahu selesai masalah jauh sekali. Mereka sebenarnya mahu menentang siapa, adakah setiap kali harga barangan naik, alasan itu akan digunakan untuk meraih sokongan rakyat untuk menyokong mereka,” katanya.

Menurutnya, kenaikan harga barangan berlaku dari semasa ke semasa dan hanya pakatan pembangkang mengeksploitasi isu ini dengan menganjurkan demonstrasi.

Ahad ini, Himpunan Peduli Rakyat anjuran pakatan pembangkang Kedah dan NGO dijadual bermula pada jam 3 petang dan bakal dihadiri pemimpin-pemimpin utama PR Kedah.

Mukhriz turut menyifatkan himpunan itu hanya akan mengganggu aktiviti perniagaan berikutan diadakan di Pekan Rabu, yang menjadi tumpuan pengunjung.

“Tak perlulah mereka mahu menegakkan hak politik namun pada masa sama menidakkan hak peniaga dan pengunjung,” katanya.

Mukhriz turut mengingatkan pembangkang bahawa tidak semua harga barangan dinaikkan oleh kerajaan, sebaliknya terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Saya pelik bila baca laporan akhbar harga barangan sampingan lain seperti ais juga naik, apa kaitannya? Sudah tentu bertujuan untuk kaut untung lebih di saat berlaku kenaikan harga barangan.

"Mungkin juga ada cubaan pihak tertentu mahu timbulkan rasa marah terhadap kerajaan, ia perlu disiasat,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive