Thursday, 30 January 2014

APA ??? KERAJAAN NAK TUBUH NTSB PULAK ?? APA FUNGSI JKJR DAN MIROS ?? @HishammuddinH2o



Pada 21 Ogos lepas, Malaysia dikejutkan dengan insiden ngeri membabitkan sebuah Bas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur menjunam kedalam gaung yang meragut nyawa sebanyak 37 orang, manakala 16 lagi cedera.

Selepas selesai siasatan insiden berkenaan, Penasihat Bebas Kementerian Pengangkutan mencadangkan mewujudkan satu lagi panel yang dinamakan sebagai Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara atau NTSB berfungsi sebagai PENASIHAT DAN PELAPOR cadangan serta penambahbaikkan kepada Kementerian Pengangkutan sebelum dibawa ke kabinet.

Cadangan tersebut agak tidak logik dan tidak masuk akal kerana kerajaan sudahpun mempunyai 2 lagi badan yang berkaitan dengan nahas jalan raya iaitu JKJR dan MIROS..



Fungsi JKJR adalah

-Merancang, menggubal, melaksana dan menyelaras dasar / pelan / peraturan berkaiatan keselamatan jalan raya.
-Menyelaras dan mengkoordinasi program-program keselamatan jalan raya yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi.
-Menyelaras dan melaksanakan kempen-kempen keselamatan jalan raya peringkat kebangsaan untuk mendidik pengguna jalan raya.

Manakala fungsi MIROS pula adalah

-Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi yang akan ditafsirkan menjadi dasar keselamatan jalan raya;

-Membangunkan objektif, dasar dan keutamaan nasional untuk pembangunan dan pengurusan penyelidikan keselamatan jalan raya yang tersusun;

-Menambah baik dan meningkatkan pengetahuan berdasarkan perkembangan baharu dalam isu-isu berkaitan dengan keselamatan jalan raya;

-Berperanan sebagai agensi audit dan akreditasi dalam reka bentuk kurikulum dan piawaian berkaitan dengan keselamatan jalan raya;

-Mengusulkan intervensi/program berasaskan bukti yang cekap dari segi kos;

-Berperanan sebagai pusat pengetahuan dan penghubung berkaitan dengan keselamatan jalan raya;

-Berperanan sebagai pusat rundingan dan nasihat tentang isu-isu keselamatan jalan raya.


Adakah DS Hishammuddin selaku pemangku Menteri Pengangkutan tidak tahu fungsi kedua dua agensi berkenaan ?? Kenapa perlu wujudkan lagi "Lembaga" hanya tugas sebagai penasihat ??

Cadangan mewujudkan NTSB bukan satu langkah yang baik.. Belum tentu ianya dapat menyelesaikan masalah keselamatan jalanraya di Malaysia.. Banyak faktor mempengaruhi nahas jalan raya..

Baca cadangan Penasihat MOT dibawah
Panel Penasihat Bebas Kementerian Pengangkutan (MOT) mencadangkan agar Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) diwujudkan bagi menangani kes kemalangan jalan raya, laut dan udara.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cadangan kewujudan lembaga itu yang berperanan menasihat, melaporkan terus cadangan serta penambahbaikan kepada MOT berhubung isu dan kejadian berkaitan keselamatan jalan raya, akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.

"Ini (NTSB) merupakan sesuatu yang bersejarah. Dengan wujudnya NSTB ini, satu-satunya badan di rantau ini, di Asean mungkin, dijadikan sebagai contoh kepada negara-negara lain berhubung kait dengan keselamatan jalan raya," katanya selepas majlis penyerahan laporan nahas bas di Genting Highlands di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Laporan tersebut diserahkan Pengerusi Panel Penasihat Bebas kepada Menteri Pengangkutan, Tan Sri Lee Lam Thye.

1 comment:

Anonymous said...

Sekarang semua duk gila nak buat konsultan service.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive