Wednesday, 29 January 2014

TERKINI !!!! ALLAH MAHA BERKUASA ! PAS BOIKOT #PRKKAJANG, UMUM KELUAR PAKATAN SERTA MERTA !!





Akhirnya Pas bersuara dan nyatakan pendirian seolah olah parti mereka seperti parti tupper ware dan semua keputusan melibatkan pentadbiran pakatan di Selangor hanya diputuskan PKR.

Tindakkan bekas Adun Kajang melepaskan jawatan dan Anwar mengumumkan dirinya sebagai calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dun berkenaan mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk parti Pas sendiri.

Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Pemuda PAS.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.


Bekas Ketua Pemuda Pas menulis di laman FBnya juga mengecam tindakkan PKR yang sesuka hati membuat keputusan tanpa berunding bersama sama parti gabungan mereka.


Pilihanraya kecil ciptaan sendiri. Nak habiskan wang rakyat ? Nak bazirkan masa rakyat ? Nak sia - siakan tenaga rakyat ?

Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung. Tak pasal - pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan.

Permainkan amanah rakyat yang bekerja, berjuang dan mengundi separuh mati dalam pilihanraya yang lalu. Hanya berlalu beberapa bulan. Cipta pilihanraya kecil ... Ini tidak bagus ! Ini melampau !

Pas tu PAS ini apa ? Parti Tupper Ware ? Tak bincang sepatah ? Tak runding sikit pun ? Politik apa ini ? Cara dan skil mana digunakan ?

Pas tu nak suruh saya turun berkempen, nak suruh rakan - rakan pimpinan lain turun kempen. Kan dah elok - elok menang. Letak jawatan kenapa ?

Kerana ada yang nak jadi MB ? MB dah ada kan ? Jalan lah dulu. Itu persetujuan dari 3 parti. Kenapa tak sabar nak jatuhkan MB tu ? Dah habis pelan tindakan ? Sampai kena letak jawatan lalu mempertaruhkan masa depan ? Entahkan menang entahkan kalah ?

Kegilaan apa ini ? Sawan politik ?

Nasrudin Tantawi


Sementara itu Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.

“Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. “Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat.

Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan Adun.

“Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya,” katanya.


Nampaknya tiba masanya Pas keluar dari pakatan dan berjuang atas kekuatan sendiri.. Ingat !! Parti Pas dah tubuh setengah ABAD !! Lebih tua dari PKR jadi kenapa Pas perlu tunduk kepada PKR ??


2 comments:

Anonymous said...

PAS takkan keluar dari PR. PKR akan keluar surat yang munasabah dan PAS akan terima penjelasan yang munasabah tu. Semua ni berlakon aje asalkan ada masuk... Penipu rakyat...

Anonymous said...

hehehe sejarah akan membuktikan lagi PAS adalah parti PAS PIS PUS..
Tunggu je lah bila telor mereka kena jentik semua akan kembali seperti sediakala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive