Monday, 7 October 2013

@Tunfaisal MENANTI DALAM KEADAAN TERKILAN ??


Hari ini adalah hari yang ditunggu tunggu oleh saudara Tun Faisal Ismail Aziz merangkap Pengerusi Unit Media Baru tempat aku dan rakan rakan TMK bernaung menanti keputusan rayuan beliau sama ada layak bertanding MT atau pun tidak..

Nama beliau digugurkan kerana pada awalnya gagal memenuhi syarat asas iaitu setiap calon MT wajib menjadi AJK bahagian dahulu sebelum layak bertanding MT..TETAPI pada hakikatnya beliau telahpun menjadi EXCO Pemuda Umno Pusat selama sepenggal..

Bab syarat dan tata etika yang digariskan oleh Umno aku malas nak komen banyak sangat.. Tapi aku berharap keputusan pada hari ini memihak kepada beliau memandangkan hasil kerja beliau dalam Pemuda Umno Bahagian Putrajaya dan Pemuda Umno Pusat tidak dapat dinafikan..



Disebalik kerancakkan sesi pengenalan calon dibeberapa negeri semalam, aku terbaca artikel didalam blog beliau Tun Faisal dot com tentang rasa terkilan dengan sikap badan perhubungan negeri(tak pasti) tidak memperkenalkan dirinya sebagai seorang calon Majlis Tertinggi walhal kes beliau masih diperingkat rayuan..

Masa inilah calon calon yang akan bertanding berpeluang mengunakan platform yang disediakan untuk mempromosikan diri sempena pemilihan akan datang..

Menurut Tun Faisal "Saya tidak menyalahkan Badan Perhubungan Umno Negeri kerana mereka hanya membaca senarai yang diberikan.

"Cuma saya agak terkilan kerana selepas memandu selama barjam-jam untuk hadir ke Majlis Pengenalan Calon, saya tidak diperkenalkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri walaupun sebagai calon di bawah kes rayuan yang mana keputusannya hanya akan diketahui pada esok (hari ini) "

Katanya lagi, membaca senarai calon yang berada di dalam kes rayuan tidak akan menjadi kesalahan malahan menonjolkan keadilan Umno.

"Bukanlah sesuatu yang menyalahi sebarang peraturan malah Umno akan dilihat lebih adil apabila membacakan senarai tersebut secara penuh tanpa menggugurkan nama mana-mana calon sebelum pengumuman muktamad dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno," jelasnya.

Selain itu, beliau juga berkata akan terbuka menerima keputusan yang akan diumumkan hari ini dan akan terus bersama Umno.

"Jika keputusan rayuan tidak memihak kepada saya, ia akan saya terima dengan baik dan akan dihormati sebagai keputusan Jawatankuasa Pemilihan Umno.

"Saya tetap orang Umno dan akan tetap istiqamah dalam perjuangan agama, bangsa dan tanah air..


MTK
InsyaAllah.. Semoga berjaya Boss

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive