Sunday, 6 October 2013

HOT INFO !!! PROTON SUPRIMA S MODEL TERBAIK KELUARAN PROTON !!!





Minggu lalu aku berpeluang untuk memandu uji kereta keluaran terbaru proton iaitu Proton Suprima S.. Bagi aku, Proton Suprima S adalah salah satu jentera beroda 4 yang terbaik pernah dikeluarkan oleh Proton setanding dengan kereta kereta buatan Jepun dan Eropah.. Dengan harga yang amat competitive.. Memang berbaloi kalau beli..

Apa yang boleh aku katakan adalah model Suprima S ini memang lain dari jentera proton yang lain, dari segi rekabentuk, pemanduan, dan kelancaran jentera ini memang harus dipuji..

Reka bentuk anak tempatan ini harus dibanggakan kerana ianya nampak menarik bila dilihat di semua bahagian. Bak kata orang tua tua " sedap mata memandang" .

Nak beli Ford Focus mahal, baik beli Suprima S kerana ia lebih murah dan aku berbangga dengan kereta buatan tempatan.

Ini kerana PROTON sedar kehendak pengguna dan mengkaji kehendak, keperluan kumpulan sasaran sebelum bina kenderaan.





Enjin CFE Campro pada asasnya adalah variasi prestasi tinggi enjin Campro PROTON yang mampu memberikan kuasa tanpa menggunakan enjin yang lebih besar.

Terdapat dua cara bagaimana kita boleh mendapatkan kuasa tambahan daripada enjin. Satu dengan saiz enjin yang lebih besar tetapi lebih mahal dan berat.

Kecekapan Bahan Api Tercas (CFE) Campro - CFE (Charged Fuel Efficiency) turbo engine, yang dimajukan oleh PROTON Holdings Bhd dan dipasang pada model Suprima S, Exora Bold dan Preve direka untuk memenuhi semua syarat dan keperluan yang dikehendaki pasaran eksport syarikat.

Proton mencipta enjin ringan berkuasa "CFE": Malaysian Tech 1.6 liter enjin CamPro berkuasa 138 hp dan 205 Nm tork ditambah pula dengan kuasa Turbocharger.. Kuasa Turbo Suprima S seperti mengunakan enjin 2.0 liter dengan pengunaan bahan api seperti enjin 1.6 liter.

Enjin CamPro Turbo menggabungkan turbocharger tekanan rendah pendinginan antara yang memberikan 138 kuasa kuda (103 kW) pada 5,000 rpm dan 205 Nm tork antara 2,000 dan 4,000 rpm... Enjin turbocharged 1.6 liter CamPro Turbo adalah bersamaan dengan beraspirasi semulajadi enjin 2.0 liter, dan ia juga telah direka untuk mematuhi pelepasan standard Euro. Mempunyai tujuh kelajuan Powertrain VT3 + CVT , juga dikenali sebagai ProTronic cukup membawa anda merasai pengalaman memandu kereta sporty dengan lebih selesa.Menggunakan mod S pada transmisi CVT ProTonic dan beralih pada paddle shifters, tidak mengurangkan kejituan pengendalian dan dibantu oleh kemudi stereng yang lebih bertindak balas.

Dari segi pengendalian pula, sentuhan LOTUS sekali lagi digunakan bagi memastikan kelancaran pada pengendalian.. Model Suprima S ini memberikan pemanduan dengan penuh keyakinan dan keselesaan..






Untuk model Suprima S ini, Proton menampilkan ciri ciri keselamatan penuh seperti memasukkan 6 beg udara, anti trap power windows, ABS( Anti Lock Braking System) dan ESC( Electronis Stability Control)dengan kawalan cengkaman. Model ini juga didatangkan dengan sensor parking depan dan belakang serta reverse camera.. Jangan lupa, model Suprima S ini memperolehi 5 bintang ANCAP safety rating.

Proton Suprima S adalah hasil teknologi terbaik pernah dikeluarkan oleh Proton sehingga kini. Bermula dari reka bentuknya yang kontemporari, ciri-ciri aksesori dan keselamatan pada badan sehinggalah kepada keupayaan enjin dan prestasi pemanduan, Proton Suprima S pasti jadi pilihan ramai dan boleh dieksport ke luar negara dalam erti kata sebenar. Pakej pada Suprima S adalah lengkap dan memenuhi cita rasa serta kehendak pembeli hari ini.

Dari segi harga pula Model ini di jual pada harga antara RM 76,688.00 bagi model Eksekutif dan RM 79,988.00 bagi model Premium...

JOM BELI SUPRIMA S !!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive