Thursday, 10 October 2013

HUSAM MUSA NAK TUNJUK HERO DALAM SIDANG DUN NAK COVER PROJEK BALAK ??



Ramai yang tidak tahu antara faktor mengapa Hussam Musa dipecat dari jawatan EXCO Kerajaan Kelantan dan sehingga hari ini Hussam Musa juga tidak mendapat perkenaan Tuanku Sultan Kelantan.

Semalam Hussam Musa menghentam kerajaan negeri dalam isu Bijih Besi yang kononya mempunya rezab sebanyak 2 Billion Ringgit. Apakah benar dakwaan tersebut?

Disini saya nak mendedahkan beberapa pekara yang mungkin ramai tidak tahu mengapa hussam Musa dipecat dari Kerajaan negeri dan tidak mendapat perkenaan Tuaku Sultan.

Sebenarnya bukan Hussam Musa sahaja yang tidak mendapat perkenaan Tuaku Sultan Kelantan malah Dato Shukri bekas Penasihat Tuanku Sultan juga ditolak oleh Tuanku. Untuk makluman Dato Shukri yang sebelum ini merupakan penasihat Tuanku Sultan Kelantan telah dipecat oleh Istana ekoran laporan dari Blog Papa Gomo yang mengaitkan salah guna kuasa apabila wang RM800 ribu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Tuaku Sultan Kelantan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato Shukri. Ekoran daripada pendedahan tersebut Tuanku Sultan menjalankan siasatan dan mendapati laporan dari blog Papa Gomo adalah benar dan Tuanku Sultan menitahkan agar wang RM800 ribu dikembalikan kepada Yayasan Sultan Kelantan.



Kebijaksanaan Tuaku Sultan tidak berakhir disitu sebaliknya Tuanku melakukan penyiasatan akan penyelewengan yang berlaku tanpa pengetahuan beliau sepanjang Dato Shukri menjadi penasihat Tuanku Sultan. Ternyata Tuanku Sultan tepat apabila mendapati Dato Shukri telah menjalankan kerjasama dalam merompak hasil balak Kelantan bersama dengan Hussam Musa EXCO Kerajaan Negeri disamping peguam utama Hussam musa sendiri Fauzi yang melakukan kerja dokumen dan pembersihan dalam kerja kotor yang dilakukan.

Modus operandi mereka cukup licik yang mana Hussam Musa melalui peguamnya dan beberapa pegawai kerajaan Negeri mendokumentasikan permohonan untuk mengorek bijih besi dikawasan balak. Dato Shukri yang mempunyai kuasa tanpa pengetahuan Tuanku Sultan telah meluluskan permohonan Hussam Musa itu agar kawasan yang kononya didakwa mempunyai bijih besi diterokai.

Hakikat sebenar modus operandi mereka adalah untuk menebang balak dan setelah balak ditebang maka mereka akan melaporkan tidak ada bijih besi dijumpai. Kegiatan ini berterusan dari masa ke semasa yang mana kumpulan Dato Hussam dan Dato Shukri telah mengaut berpuluh puluh juta hasil dari modus operandi mereka.

Tuanku Sultan telah mengetahui kegiatan mereka ini dan atas sebab itulah Dato Shukri dipecat dari Istana dan Hussam Musa dipecat dari jawatan Exco Kerajaan negeri.

Jadi tidak hairan bila Hussam Musa menyebut Bijih Besi RM2 Billion kerana beliau tahu Tuanku Sultan sudah mengetahui apa yang berlaku dan Tuanku Sultan tahu penyelewengan yang dilakukan oleh Hussam Musa dan Dato Shukri.

SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive