Monday, 14 May 2012

Harakah Patut Tanya Anwar Sama Ada Dia Ada Gelar Nik Aziz “Bapak Kafir”




Nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, kembali hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini setelah News Strait Times mendakwa beliau menggelar Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat,sebagai “bapak kafir”.

Bagaimanapun, dalam kenyataan terbaru Rahim Noor di laman Malaysia Today, beliau menafikan ada menyebut atau menggelar Nik Aziz dengan gelaran “bapak kafir.

Selain itu, bekas Ketua Polis Negara itu juga menafikan menggunakan “political animal” di dalam temuramahnya dengan NST, sebaliknya menjelaskan bahawa beliau menggunakan istilah “political creature” terhadap Nik Aziz.


Penafian tersebut telah mengundang ketidakpuasan hati yang amat sangat kepada lidah rasmi PAS, Harakahdaily, yang mempersoalkan kenyataan Rahim Noor itu.

Kata portal rasmi PAS itu, jika bukan Rahim Noor, siapa lagi yang menggelar Nik Aziz sebagai “bapak kafir”?

Pada saya, soalan tersebut sangat sesuai untuk diajukan oleh para wartawan Harakah kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim!

Masih lagi segar dalam ingatan saya tentang peristiwa pada tahun 1998, apabila gelaran “bapak anjing” telah berjaya membuatkan mata Anwar lebam akibat ditumbuk sedikit oleh Rahim Noor yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Polis Negara.

Akibat gelaran “bapak anjing” itu jugalah telah membuat Rahim Noor terpaksa bersara lebih awal hanya kerana mempertahankan maruahnya sebagai Ketua kepada seluruh ratusan ribu anggota polis yang sifatkan sebagai “anjing” oleh Anwar.

Dari insiden tersebut, yang jelas suka menggunakan istilah atau menggelar seseorang dengan gelaran “bapak” ialah Anwar. Misalnya, dia menggelar Rahim Noor sebagai “bapak anjing”.

Berdasarkan sejarah dan “judicial precedent” tersebut, maka wajarlah Harakah bertanya kepada Anwar yang sememangnya gemar mengutuk individu yang dibencikan dengan gelaran “bapak” sesuatu.

Marah benar Harakah dan puak-puak PAS apabila “dewa kayangan” yang memberikan “tiket ke syurga” itu dihina sedemikian rupa.

Tapi, kalau mereka gelar para pemimpin BN, khususnya UMNO, dengan pelbagai gelaran yang hina dan kesat, tidak mengapa pula?

Dalam hal memberikan gelaran ini, mengapa pula Harakah dan puak-puak PAS bersikap “double standard”?

Apakah mereka tidak ingat bagaimana mereka menggelar para pemimpin kerajaan dengan gelaran “mahazalim” dan “mahafiraun”?

Apakah mereka lupa bagaimana mereka mengkafirkan pemimpin dan ahli UMNO di seluruh negara?

Apakah mereka diberi keistimewaan oleh Allah SWT untuk mempertikaikan aqidah umat Islam yang lain dan menggelar saudara seagama mereka dengan gelaran-gelaran hina dan memalukan?

Sedangkan Rasulullah SAW pun tidak pernah berbuat demikian dan tidak pernah pula Baginda menyuruh umatnya melakukan sedemkian rupa, tiba-tiba pula PAS menghalalkan perbuatan keji itu?

PAS menganut agama apa sehingga membenarkan mereka memburuk-burukkan dan memfitnah saudara seagamanya sesuka hati? PAS anuti agama Islam atau PAS sebenarnya telah bertukar dari sebuah parti kepada sebuah agama? PAS itu agama?

Sebenarnya, siapa “bapak kafir” tidak penting. Yang penting ialah iman dan taqwa kepada Allah SWT. Parti juga tidak membawa ke syurga. Sama ada Nik Aziz “bapak kafir” atau tidak, hanya Allah saja yang layak menentukannya.

Saya lihat sikap sidang editorial Harakah agak kebudak-budakkan dalam isu ini. Mengada-ngada. Kalau Rahim Noor sudah nafikan, apa yang nak dipanjangkan? Kalau tak puas hati juga, samanlah dalam mahkamah. Habis cerita, kan?
SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive