Sunday, 13 May 2012

EKSKLUSIF !!! DOKUMEN KERAJAAN REGIM AZIZAN RAZAK DIDEDAHKAN !!! #SAVEKEDAH





Lihatlah sendiri dengan mata anda semua.Ini lah konsep negeri BERKEBAJIKAN Kerajaan Negeri Kedah yang mengunakkan corak pentadbiran ala ala kuku besi oleh regim zionis pas Kedah..

TERBARU!!! Para pelajar atau waris yang ingin mnyemak permohonan kemasukan ke KUIN bagi semester Jun DIKENAKAN BAYARAN RM25..Sedangkan sebelum ini ketika dibawah pentadbiran kerajaan BN dulu,satu sen pun tak pernah dikenakan bayaran kepada sesiapa yang ingin menyemak permohonan kemasukan ke KUIN..


Malah di IPTA/IPTS lain juga percuma.Boleh semak online di laman laman web mereka..Inilah bukti kejayaan pentadbiran regim zionis Pas Kedah diketuai oleh diktator Azizan Razak..Di setiap ceramah ceramah pas isu kuin ni la yang mereka banggakan sampai mendabik dada kononnya Pas paling cemerlang mentadbir Kedah tanpa ada sikit pun masalah..

Sedangkan Pakatan Rakyat berjanji yang mereka akan melaksanakan pengajian peringkat tinggi scara PERCUMA andai kata Pakatan mengambil alih Kerajaan Pusat..Namun hakikatnya nak semak permohonan kemasukan pun dikenakan cas sebanyak RM25..

Sudah lah yuran pengajian semester baru pun dinaikkan kepada RM 200/jam kredit berbanding dulu hanya RM60/jam kredit..Wajarkah rakyat Negeri Kedah bagi undi lagi kat parti yang memang tak boleh mentadbir lagi macam ni??

Baru empat tahun tadbir dah macam macam masalah kedengaran..Tapi puak pemimpin Pas Kedah ni memang pandai dengan sikap mengencing,menipu dan kaki putar belit ni hanya hebat di pentas ceramah saja..Jika anda melihat sedutan sedutan ceramah pas dalam youtube mesti tak lekang dimulut memuji diri sendiri bahawa kerajaan pas kedah banyak membuat keuntungan,banyak bawa masuk pelaburan..contoh video dibawah.

INI CONTOH PEMBOHONGAN EXCO KEDAH

Tapi anda cuba tanya mereka kemanakah wang itu dibelanjakan?Tanya kemana wang peruntukkan dari kerajaan pusat untuk Negeri Kedah digunakan..Anda berhak tanya mereka sebab anda yang memberi undi kepada mereka..

Buat rakyat di negeri pembangkang lain ambiklah iktibar ke atas apa yang terjadi di negeri Kedah dan negeri2 yg pakatan  perintah..Jangan jadikan diri anda senasib dengan kami di kedah?-KREDIT FOTO DARI Aktivis Umno Pekan Naka

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012.

Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik KUIN, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Idris.

Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan KUIN, yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini menyalahkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai punca KUIN terpaksa menaikkan yuran pengajian.

“Pendedahan terbaru ini menjelaskan masalah kewangan KUIN yang diwar-warkan oleh Azizan sebagai kejayaan kerajaan negeri pimpinan PAS mendirikan universiti sendiri tetapi pada masa sama ia menyerlahkan kepincangan pentadbiran mereka.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah dan KUIN khususnya kerana bijak menguruskan kewangan dengan baik sehingga mengenakan bayaran RM25 untuk menyemak kemasukan yang biasanya ditawarkan percuma oleh IPTA dan IPTS lain,” kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Seorang waris, Abdul Rashid Salleh melahirkan rasa terkejut dengan caj tersebut.

“Saya ada anak yang belajar di IPTA tetapi tidak pula dikenakan caj untuk menyemak kemasukkan sebelum ini. Saya mahu kerajaan negeri melihat perkara ini dan mengkaji kenapa KUIN mengenakan caj itu yang tidak wajar sama sekali,” katanya yang anaknya turut memohon memasuki KUIN. – BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive