Semalam MTK ada dedahkan kerakusan kerajaan regim zionis pas kedah yang menyamun balak balak di hutan simpan bernilai tinggi di kawasan Tasik Pedu klik sini..Hari ni MTK akan membongkarkan satu lagi kawasan yang di halalkan oleh Azizan Razak untuk aktiviti pembalakan.
Kerakusan regim kerajaan Azizan Razak menggondolkan Hutan Simpan Gunung Inas yang dahulunya terkenal dengan keindahan alam semula sama seperti anjing kelaparan..Mereka tidak lagi mempedulikan nasib nasib penduduk tempatan dimana kebanyakkan mereka hilang hasil pendapatan gara gara aktiviti penebangan yang tidak terkawal..
Rata rata penduduk kampung yang bergantung dengan hasil hutan di situ terjejas teruk serta ancaman haiwan liar yang dikhuatiri akan masuk ke kawasan kediaman orang kampung ekoran habitat semulajadi mereka dihapuskan.
tempat simpanan balak |
air keruh |
lori keluar masuk |
Tetapi Si setpol Azizan razak ni meroyan menuduh kerajaan BN yang luluskan kawasan tu,Padahal semua orang tahu si setpol mb yang belagak pandai tu memang pembohong..Sebab nak selamatkan bossnya diserang maka dia reka cerita kerajaan BN yang beri.
lesen dah tamat tapi kerja masih berjalan |
Kalau dilihat pada lesen yang dikeluarkan ianya dikeluarkan pada tahun 2011.Siapa yang memerintah pada tahun 2011 kalau bukan pas..Atau ada udang di sebalik batu yang si setpol ni nak tutupkan??
Lebih memeranjatkan,pihak kontraktor masih lagi beroperasi seperti biasa walaupun lesen kuatkuasa untuk menebang balak sudah tamat. Ini sudah menjadi satu kesalahan dimana khazanah hutan simpan di curi oleh penyamun penyamun yang tidak bertanggung jawab..
Hakikat sebenar, pada tahun 2003, ada sebuah syarikat pembalakan memohon kepada bekas MB Kedah, Datuk Seri Syed Razak untuk melakukan aktiviti pembalakan di kawasan Gunung Inas dengan menggunakan kaedah helikopter tapi permohonan itu ditolak kerana takut ianya akan menjejaskan hutan simpan itu..Kalau tak salah Adun Lunas ketika itu sipudin nasution pun menentang cadangan pembalakkan disitu.
Yang peliknya sebaik saja Pas ambik alih kerajaan negeri, mengapa Azizan lulus kawasan ini menjadi kawasan pembalakan ?? Dulu bukan kah pas paling lantang menolak cadang untuk aktiviti pembalakan? Tapi bila pas dah perintah depa pulak kata kawasan itu halal dan akan dijadikan sebagai 'ladang rakyat'..
Isu untuk menjadikan kawasan itu sebagai ladang rakyat pula telah dibongkarkan oleh blog kedahkekl kat sini , sini dan sini yang mendedahkan projek itu hanya mahu mengaburi mata penduduk daripada kerakusan regim pas kedah untuk menyamun balak balak anugerah..
Menurut perancangannya, sebanyak 5,000 hektar hutan simpan itu akan bertukar menjadi kebun getah penduduk di situ selepas Gunung Inas itu digondolkan oleh kontraktor-kontraktor Cina yang diberikan “compartment” balak.
Apa apa pun MTK sekali lagi desak Azizan untuk menjelaskan pekara sebenar apa yang berlaku di Gunung Inas.Kenapa syarikat kontraktor itu masih beroperasi sedangkan lesen mereka sudah tamat tempoh..
MTK
Tahun Akhir bagi regim pas kedah untuk perintah kedah
No comments:
Post a Comment