Monday, 16 June 2014

@CMlimguaneng !! PENANG MASIH ADA TANAH KE NAK TAMBAH RUNWAY AIRPORT BARU ?? @MukhrizMahathir



Ketika Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan mahu membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Guan Eng tanpa segan silu dengan sikap chauvanis dengkinya mengatakan projek pembinaan Lapangan Terbang itu satu pembaziran.

Sedangkan sudah jelas bahawa cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kedah dijangka dapat menampung keperluan penumpang dan perkhidmatan kargo semakin meningkat bagi negeri-negeri di utara Semenanjung.

Guan Eng mempertikaikan cadangan berkenaan kononnya tidak sesuai daripada segi ekonomi memandangkan ia begitu hampir dengan Pulau Pinang, tambahan pula Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu di Langkawi dan Alor Setar.





Namun Guan Eng lupa bahawa dia sendiri pernah mencadangkan mahu membina terowong bawah laut menghubungkan pulau ke tanah besar dan menambak laut untuk membina 1 lagi lapangan terbang kedua Pulau Pinang..

Jika kos untuk membina terowong pun sudah mencecah RM 6.3 bilion, Berapa pula kos menambak laut untuk membina lapangan terbang baru di Pulau Pinang? bukankah satu pembaziran ??

Umum sedia maklum bahawa di Pulau Pinang sekarang cukup padat dimana sudah tiada lagi tanah tanah kosong untuk dibangunkan yang ada sekarang semuanya permukaan laut yang ditambak..

Jika Guan Eng berkata membina terowong untuk mengatasi masalah kesesakkan, adakah dengan membina lapangan terbang baru, Pulau Pinang bebas dari kesesakkan ??

Bukankah baik jika Kedah membangunkan lapangan antarabangsa yang baru bagi menampung keperluan negeri negeri utara memandangkan Pulau Pinang sekarang mengalami kepadatan yang sangat teruk..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive