Wednesday, 18 June 2014

AIRPORT !! SIAPA GUAN ENG NAK LETAK SYARAT ?? GUNA TANAH BAPAK DIA KAH ?? @MukhrizMahathir @cmlimguaneng




Siapa Guan Eng nak letak syarat jika kerajaan Pusat bina lapangan terbang di Kedah ?? Tanah di Kulim milik bapak Guan Eng kah ?itu persoalan pertama untuk Guan Eng jawab.. Kedah tak perlu mendengar syarat syarat daripada sesiapa sahaja.Sebaliknya Pulau Pinang yang perlu dengar nasihat Kedah kerana P.Pinang masih lagi tanah jajahan Kedah.

Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataannya bersetuju dengan cadangan pembinaan lapangan terbang di Kedah tetapi meletakan syarat supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dinaiktaraf..

Yang peliknya, adakah Guan Eng tidak tahu bahawa LTABL sedang dinaik taraf oleh kerajaan pusat berjumlah RM 250 juta..


Tapi malangnya, Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Guan Eng tidak mempedulikan infrastuktur di sekitar kawasan lapangan terbang kerana kawasan berkenaan akan tengelam tatkala hujan lebat..



Dalam pada itu Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail memberi peringatan supaya menghentikan gelagat 'kiasu' yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu kerajaan negeri.

Sikap 'kiasu' Guan Eng dilihat semakin menjadi-jadi sejak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan cadangan mahu membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

"Sejak itu, nampak sangat dia (Guan Eng) tidak senang duduk. Saya sendiri pun tak faham sebab apa dia jadi begitu kalau bukan kerana 'kiasu'. Orang 'kiasu' ni memang macam tu, tak boleh tengok orang senang. Dalam kata lain, dia cemburu atau iri hati.

"Sebab itu dia bantah kita bawa permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk bina lapangan terbang antarabangsa di Kulim," katanya.

Istilah 'kiasu' mengikut dialek Hokkien bermaksud takut kalah.

Ku Abdul Rahman berkata, cadangan Kedah mahu bina lapangan terbang antarabangsa di Kulim sama sekali tidak akan menjejaskan Pulau Pinang yang mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL).

"Ini kerana mengikut kajian, LTABL akan capai tahap tepu atau kapasiti maksimum dalam tempoh dua tahun lagi dan jumlah kargo pula kian menurun setiap tahun. Ertinya zon utara memerlukan sebuah lapangan antarabangsa yang baru.

"Persoalannya di mana?

Dengan keadaan lalu lintas yang begitu sesak di Pulau Pinang walaupun sudah ada jambatan kedua dan masalah tanah yang terhad, kita kira yang paling sesuai adalah di Kulim.

Walaupun dia (Guan Eng) sebut Pulau Pinang paling banyak dapat FDI (Foreign Direct Investment atau Pelaburan Langsung Asing) tahun lalu, apa salahnya kalau kita nak majukan Kulim?.

"Kita sudah ada Taman Teknologi Tinggi di Kulim yang kita boleh tawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelabur dengan adanya lapangan terbang antarabangsa. Ini usaha kita, apa pula masalah dia?," katanya.

Ku Abdul Rahman berkata, pencapaianekonomi Kedah pada masa ini juga sudah mengatasi Pulau Pinang berdasarkan jumlah pelaburan pada suku pertama 2014 di mana negeri itu berada pada kedudukan kedua tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM4 bilion di bawah Sarawak yang mendapat pelaburan RM7.3 bilion.

"Pulau Pinang hanya berada di tempat kelima dengan pelaburan RM831 juta, apa yang dia nak angkat diri sangat?," katanya.

Menurutnya, Pulau Pinang juga tidak seharusnya berasa terancam jika cadangan pembinaan lapangan terbang itu direalisasikan kerana LTABL akan kekal dengan kedudukan sebagai pintu masuk utama pelancong ke negeri itu.

"Pelancong asing memang ramai ke Pulau Pinang dan tak akan terjejas. Saya yakin," katanya.

Mengenai lokasi, Ku Abdul Rahman berkata, nampak jelas sikap 'kiasu' Guan Eng yang menuntut LTABL dinaik taraf termasuk penambahan landasan malah bersedia menambak laut untuk mengatasi masalah tapak yang terhad.

"Mengapa perlu tambak laut sedangkan kita di Kedah tidak ada masalah itu. Tambak laut memerlukan kos lebih tinggi sedangkan manfaat penggunaannya mungkin hanya meningkat sedikit.

Di Kulim, tak perlu semua itu (tambak laut) sedangkan kita akan dapat lapangan terbang baru yang boleh memangkin peningkatan ekonomi berlipat kali ganda bagi zon utara termasuk Pulau Pinang sendiri.

"Soal tapak kita tak ada masalah kerana kita ada ladang kelapa sawit seluas lebih 6,000 hektar untuk tujuan itu. Tak perlu tambak laut yang boleh menjejaskan alam sekitar," tegasnya.

Katanya, Guan Eng tidak perlu masuk campur apa lagi meletak syarat kerana soal kelulusan bukan di tangan beliau tetapi Kerajaan Pusat.

"Apa perlu dia sebut pasal syarat? Itu menunjukkan dia takut dengan bayang-bayang sendiri sedangkan kita bukan nak berlawan dengan dia pun. Kita fikirkan kepentingan negara, bukan Kedah semata-mata macam dia yang hanya fikir hal Pulau Pinang.

"Kita yakin lapangan terbang baru ini boleh bawa manfaat besar bukan kepada Kedah saja tetapi Perak dan Pulau Pinang ," katanya. Ku Abdul Rahman turut menempelak sikap Guan Eng yang menurut beliau, bukan daripada jenis jiran yang baik.

"Kalau dia jiran yang baik, dia tak akan masuk campur dalam urusan rumah tangga orang. Kita nak bawa kebaikan kepada rakyat, mengapa dia nak bantah?

Dia lupakah selama ini kita (Kedah) sudah banyak berkorban untuk dia, korbankan hasil balak kita untuk jaga empangan pastikan dapat terus hantar air ke Pulau Pinang.

"Mereka tak bayar pun sedangkan di negeri lain, semua kena bayar. Pahang hantar ke Selangor kena bayar, Melaka pun bayar kepada Johor. Singapura juga bayar kepada Johor," tegasnya.

2 comments:

1Melayu said...

Jangan salahkan Kerajaan Pulau Pinang dan LGE,yang paling musibat ialah Kerajaan pusat,kenapa beri kelulusan untuk membina Jambatan Kedua Pulau Pinang yang bernilai 8 bilion ringgit dan iannya memudahkan perjalanan kargo dari negeri perak untuk terus ke Lapangan Terbang Bayan Lepas.Ekoran dari terbinanya Jambatan Kedua Daerah Seberang Prai terutama sekali disekitar Simpang Empat,Batu Kawan ,Juru dan Nibong Tebal telah membangun dengan amat pantas sekali.Tidak cukup dengan itu LTABL telah diberi peruntukan oleh Kerajaan Pusat yang cukup besar melebihi 300 juta ringgit bagi kerja kerja naik taraf.Nak bunuh CINA tapi tak ada strategi,cukup mudah 'stop the federal funding and Penang will be a lame duck '

Anonymous said...

Kenapa tiba tiba teringat nak naiktaraf lapangan terbang pp,takut nanti lapangan terbang kulim lagi canggih ke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive