Saturday, 26 January 2013

KEBODOHAN LOYA CABOK PEE KAY AR @LatheefaKoya & MAMAT SERABAI @nsurendrann




Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental meninggal dunia secara mengejut selepas merosakkan harta benda awam dalam kejadian amuk dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata dalam kejadian bermula 6.30 petang itu, C. Sugumaran, 39, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hulu Langat menggunakan palang besi untuk merosakkan harta benda awam.

Beliau mula mengamuk dari Taman Sri Nanding di sini sebelum menuju ke Taman
Desa Raya dan Taman Lagenda Suria.

Abdul Rashid berkata polis mengekori suspek sejauh dua kilometer sebelum dia
tiba-tiba terjatuh di bahu jalan.





“Ketika itu, polis dan orang awam menangkap lelaki itu yang bertindak agresif dan beliau didapati tidak sedarkan diri ketika berada dalam kenderaan polis,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Menurut Abdul Rashid, samasa dalam perjalanan ke Hospital Serdang, beliau disahkan meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat menunjukkan beliau mengalami saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain,” kata Abdul Rashid menegaskan kematiannya tiada kena mengena dengan tindakan polis ketika menahan beliau.– BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive