Adam Rosly( KIRI) bersama ADUN Lembah Jaya Kassim Abd Aziz, ADUN Cempaka, Ir Iskandar Abd Samad dan Mak Lampir |
Ada seorang tokoh korporat yang berstatus 'Tan Sri' telah berniat ikhlas untuk memberikan sumbangan peribadi untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan yang disampaikan Tan Sri tersebut tidak sampai jutaan RM tapi bagi rakyat seperti saya, jumlah RATUSAN RIBU RINGGIT itu memang banyak.
Untuk info, Lembah Jaya terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di mana wakil rakyatnya terdiri daripada wakil PAS iaitu Kassim Abd Aziz dan Parlimennya pula dipegang oleh PKR, Zuraidah Kamaruddin.
Al kisahnya bermula apabila duit sumbangan Tan Sri terbabit telah diselewengkan secara senyap oleh seorang budak mentah yang berusia awal 20an dan tidak mempunyai kerjaya dan kelulusan. Yang menjadi persoalannya, menurut sumber di Lembah Jaya. Si mamat Adam Rosly ni mempunyai beberapa buah kenderaan mewah yang secara logiknya memang tidak harus ada oleh seseorang yang tinggal di Apartment Projek Perumahan Rakyat di sana.
Duit yang diselewengkan Adam Rosly ini sememangnya diketahui oleh ADUN Lembah Jaya yang merupakan master mind dan perancang utama. Duit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan mulia telah disalah gunakan untuk tujuan peribadi. Sungguh memalukan lagi apabila si Adam Rosly menggunakan wang haram tersebut untuk tujuan beli undi bagi menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Ampang. Secara logiknya, memang mamat ni tak boleh menanglah sebab dia sendiri tidak mempunyai ground personal touch dengan penduduk di sana.
BACA SETERUSNYA
No comments:
Post a Comment