Sungguh menyedihkan bila MTK dapat tahu Exco Pas terlibat dalam meluluskan pusat ini..Malah seperti yang sedia maklum pusat hiburan ini hanya terletak lebih kurang 1KM saja dari pusat khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah..
Tapi ramai penyokong Pakatan Rakyat masih tidak percaya dengan pendedahan ini contohnya artikel di bawah yang MTK petik dari blog pro Pas..Menurut apa yang ditulis blogger UMNO di upah untuk mengambil gambar di sebuah pusat hiburan di selatan Thai (Danok)..
Untuk Pengetahuan Blogger pro Pas, Gambar gambar itu semuanya diambil dalam akaun rasmi facebook HOUSE BAR..MTK dan beberapa rakan Team Media Kedah tak pernah jejak kaki pun dalam pusat hiburan baik di Danok mahupun di Kedah..MTK pun nak tau jugak siapa dia kawan blogger pas tu kata blogger umno diupah untuk mengambil gambar di Danok tu ?? atau blogger tu saja karang cerita nak bagi nampak kami ni semua kaki danok ?? Kat bawah ni MTK bagi bukti yang gambar gambar yang MTK dedahkan semalam semuanya diambil dari House Bar..
pekerja house bar |
akaun FB rasmi House Bar |
peta lokasi |
gambar yang terdapat dalam album house bar |
Tak dak faedahnya kami nak tipu atau fitnah dalam hal ini..Aksi aksi gadis china doll itu memang dari dalam pusat hiburan terbabit..Belajar lah terima kenyataan yang semua ini membangun sejak Pas memerintah..MTK cabar blogger blogger pas dan tukang komen dalam Facebook pergi sendiri lihat dengan mata kasar anda..
Jangan bila orang dah bongkar lepas tu spin balik tuduh Umno punya kerja..Umno tak ada kena mengena dengan isu ini,yang terbabit hanyalah EXCO PAS..
1 comment:
jom pi kedah !
(awat la jd lagu ni. Menyesal tak sudah)
Post a Comment