Saturday, 13 October 2012

WAYANG PRU13 PAS KELANTAN !!! PROJEK BULLET TRAIN HALIMUNAN ?




SUDAH beberapa bulan lamanya sejak diumumkan keputusan kerajaan PAS Kelantan untuk membina Lebuhraya Rakyat dan Keretapi Laju (melebihi 120km/jam) di negeri tersebut.

Paling menarik sudah tentu soal lebuhraya kerana khabarnya 3 mesin sudah ada di lokasi dan boleh memulakan kerja pada bila–bila masa tapi sampai sekarang tak tau apa khabar berita. Setakat yang penulis dimaklumkan, acara kutip mengutip derma masih dijalankan di sana sini, projeknya tak bergerak juga.

Itu kutip derma nak bina lebuhraya atau dana pilihanraya? Apa duit yahudi tak cukup-cukup ke lagi sampai duit rakyat pun nak disapaunya juga?

Selain itu, nampak seolah–olah ada pihak yang tidak mahu cakap banyak pasal kedua projek ‘mega’ PAS ini sekarang, malah kalau boleh nak diselindung-selindungkan jangan ada orang bertanya. Sebab itu tak banyak (atau tidak ada) berita mengenainya dimainkan di media, waima media dia pun – kali terakhir kalau tak salah penulis bulan Ogos lepas.


Patutnya projek macam ini dilambung-lambung ke tahap tertinggi oleh balaci PAS, maklumlah berprofil tinggi. Mana pernah PAS ada akal nak fikir apatah lagi laksanakan projek dalam skala sebegini besar sebelum ini? Bila dah ada tu (nak dilaksanakan pulak), tak semangat pula balaci nak diheboh-hebohkan, itu yang kita pelik dan minat nak ambil tahu.

Penulis sendiri pun hampir nak terlupa, kalau tak sebab Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Pudu bangkit soalan di Parlimen tentang lebuh raya Kota Bharu yang dicadang dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9).

Apa yang itu dia sibuk, dah nama pun cadangan. Projek yang dia sendiri janji tak diceritakan perkembangannya setakat mana. Lagipun penulis tak rasa PAS bergantung kepada projek yang dicadangkan dalam RMK-9 tersebut, sebab itu depa adakan projek sendiri.

Kita nak tau lebih lanjut tentang projek Lebuhraya Rakyat tersebut. Ukur tanah selesai belum, pokok-pokok dah ditebang ke belum, kerja tanah dah jalan ke tidak dan sebagainyalah – sesuai dengan cerita pembinaan sebuah projek mega seumpama ini.

Ini baru cerita lebuhraya rakyat, penulis belum mahu sentuh lagi soal keretapi laju yang turut dicanangkan Husam beberapa bulan lepas. Nik Aziz sendiri pun senak–senak perut memikir cadangan-cadangan Husam yang boleh jadi dibuat tanpa pengetahuannya.


“Nak selesai masalah air pun tak mampu, kena meminjam kerajaan pusat RM 600 juta (itupun tak selesai juga masalah), lagi nak bina lebuhraya dan keretapi laju”, kata Nik Aziz dalam hati.

Kalau part gebang serah pada PAS, part gebang dan buat, serah pada kerajaan pusat (sebut kerajaan BN). Itulah beza, dan tidak hairan kenapa rakyat perlu tolak puak-puak ini dalam pilihanraya akan datang.

SUMBER MYKMU

1 comment:

Anonymous said...

Penerbit " Drama Bersiri Terbaik 2012". Pemenangnya Husam Musa dengan Drama " Lebuhraya Rakyat Dan Express Rakyat" .

Pemenang Drama kanak-kanak terbaik 2012, Pemenangnya juga Husam Musa dengan " kambing jamnapari'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive