Friday, 10 August 2012

TUDIAA !!! JUAL KATAK SEBELAH IKAN



BATU LANCHANG - Sungguh tidak patut apabila seorang peniaga sanggup menjual katak bersebelahan dengan ikan-ikan mentah.

Kegiatan itu disedari beberapa pelanggan yang mengunjungi sebuah pasar di Batu Lanchang.

Tinjauan Sinar Harian ke situ turut mendapati ada peniaga yang menjual katak dalam situasi yang dimaksudkan.

Tindakan peniaga berkenaan dilihat tidak bertanggungjawab kerana katak hidup dan yang telah dipotong dijual bersama dengan sebahagian makanan mentah seperti ikan.

Lebih menjijikkan apabila air pemprosesan katak itu mengalir jatuh ke bahagian jualan ikan.

Walaupun rata-rata penjual ikan di situ bukan Islam, namun kebanyakan pelanggan mereka beragama Islam memandangkan pasar berkenaan antara yang popular di sini.

Seorang suri rumah hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia menyedari kegiatan menjual katak berkenaan sejak beberapa bulan yang lalu.



Menurutnya, tindakan menjual makanan tidak halal di tempat halal dilihat tidak bertanggungjawab dan dipandang remeh sesetengah pihak.

“Harap pihak berkenaan bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuat pemantauan. Adakah kejadian sebegini disedari ataupun hanya dipandang perkara biasa sahaja.

“Pada saya ia tidak patut kerana ia ibarat menjual makanan tidak halal lain seperti khinzir dan sebagainya. Saya berharap supaya MPPP segera mengambil tindakan,” katanya.

Tinjauan ke situ juga mendapati, satu-satunya peniaga yang menjual katak itu dilihat dengan selamba menjalankan perniagaan, selain meletakkan papan tanda penjualan haiwan berkenaan.

Turut dilihat beberapa pengunjung beragama Islam beberapa kali menoleh ketika melalui kawasan jualan peniaga terbabit.

Salah seorang peniaga yang hanya mahu dikenali dengan nama Yusfi berkata, peniaga haiwan dua alam berkenaan akan membawa katak yang masih hidup di dalam bekas, sementara yang sudah dipotong dipamerkan di luar dalam pinggan.

Menurutnya, setiap seekor haiwan itu dijual dengan harga RM12.

“Memang meloyakan juga apabila melihat mereka menjual katak berkenaan, tetapi pada saya tidak patut dia berbuat demikian kerana tidak sensitif dengan pengguna lain.

“Kalau dia hendak jual lebih baik jual di tempat lain, bukanlah di bahagian yang sama dengan ikan,” katanya.

Lensa Sinar Harian berjaya merakamkan kegiatan peniaga itu yang membawa katak telah dipotong dan dipamerkan kepada pelanggan.SINAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive