Thursday, 9 August 2012

TEMA SAMBUTAN MERDEKA VERSI 3 KEPALA !!!



Penggunaan tiga tema Hari Kebangsaan oleh negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) membuktikan mereka tidak bersetuju atau sependapat, meskipun dalam perkara yang mudah, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata tindakan pembangkang itu memberi gambaran, negara pasti akan dalam keadaan kucar-kacir jika mereka diberi peluang mentadbir negara.

"Sekiranya mereka menang, beginilah cara mereka tadbir negara. Dasar lain, undang-undang pun lain. Mungkin di Kelantan ada hudud dan di negeri-negeri lain tiada hudud.

"Di Kedah ada hudud, di Pulau Pinang tidak ada hudud," katanya sebagai mengulas pendirian negeri-negeri pembangkang yang akan menggunakan tiga tema berbeza bagi menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55.



Dipetik Bernama, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau ditemui pemberita selepas melancarkan "Pasukan Siber Pemuda BN" (BNYCT) di sini, hari ini.

Beliau menyifatkan sikap PR umpama cerita dalam mitos Greek iaitu raksasa gergasi berbadan satu yang berkepala tiga.

"Dia tidak tahu kepala mana yang nak 'control' (kawal). Perkara yang mudah tentang tema kemerdekaan pun mereka (pembangkang) menggembar-gemburkannya.

"Jadi mereka buat satu keputusan dengan satu tema tetapi akhirnya ada tiga tema. Itu pun tak dapat kata sepakat," katanya.

Pembangkang membuat keputusan untuk menggunakan tema yang berbeza kerana tidak setuju dengan tema Hari Kebangsaan yang dipilih kerajaan pusat iaitu '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati'.

Tema sambutan Hari Kebangsaan bagi Kelantan ialah 'Menerajui Perubahan', Kedah memilih 'Terus Berbakti' manakala, Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema sama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Terdahulu di majlis itu, Khairy berkata, BNYCT dilancarkan untuk dijadikan medium memperoleh maklumat tepat mengenai dakyah dan dakwaan pembangkang tentang sesuatu isu dan boleh diikuti menerusi Twitter dan Facebook...

MTK
SEMUA YANG KEPALA KEPALA TU NAK TUNJUK HEBAT, NAK TUNJUK PANDAI BILA TAK DAPAT SELESAI SALAHKAN ORANG LAIN PULAK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive