Tuesday, 28 August 2012

PANASS !!! USTAZ JIJAN KENA SIHIR DENGAN GENG GENG SENDIRI ??




Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak dikhabarkan tidak hadir ke Majlis Terbuka Anjurannya sendiri di Mentaloon pada 25 Ogos lalu. Beliau dikatakan kurang sihat sejak beberapa hari sebelumnya dan semakin teruk pada malam 24 Ogos.

Menurut sumber-sumber dari saudara terdekat beliau, mereka sendiri berat untuk mengizinkan beliau bertanding dalam PRU-13 dan mendesak beliau agar memikirkan kesihatan serta menghabiskan waktu dengan keluarga. Tidak berbaloi kata mereka, untuk menghadapi segala ancaman, ugutan dan serangan semata-mata untuk mempertahankan jawatan.

Walaupun media enggan memainkan isu ini, namun di kalangan rakyat Kedah sudah sedia maklum tentang bagaimana Dato’ Seri Azizan Razak diserang dari berbagai arah dengan ilmu hitam oleh musuh-musuh politiknya. Lebih pelik lagi, yang terlibat ‘menyerang’ beliau bukannya dari parti lawan, tetapi dari dalam PAS sendiri.




Dikhabarkan juga, seorang exco yang pernah menuntut agar Dato’ Seri Azizan meletakkan jawatan telah berkata dengan bongkak dan yakin bahawa Azizan hanya akan dapat bertahan sehingga Jumaat (24hb Ogos) itu sahaja. Kata-kata ini dihamburkan dalam jamuan raya di rumahnya dan dapat didengar oleh begitu ramai hadirin.

Ironinya, keadaan Dato’ Seri Azizan benar-benar kritikal pada malam 24 Ogos tersebut sehingga memaksa sanak-saudara menghalangnya dari menghadiri Rumah Terbuka anjurannya pada keesokkannya. Doktor telah mengesahkan bahawa jantung, tekanan darah dan gula di dalam badan Dato’ Seri Azizan adalah dalam keadaan normal tetapi entah kenapa beliau semakin teruk sehingga tidak dapat berbual seperti biasa, lupa serta meracau.

Justeru, persoalan yang melanda rakyat Kedah dan terutamanya, keluarga Dato’ Seri Azizan ialah apakah exco yang disebut di atas ada kena mengena dengan apa yang berlaku itu?

Jika benar, bagaimana sebuah parti yang memperjuangkan Islam sanggup menggunakan ilmu hitam atau sihir untuk menjatuhkan lawannya? Tidakkah mereka tahu dan tidakkah tok-tok guru mereka mengingatkan bahawa sihir adalah perbuatan syirik dan syirik adalah dosa yang paling besar yakni, tiada dosa lain yang lebih besar darinya?

Tidak mungkin pemimpin-pemimpin parti Islam ini jahil sehingga tidak tahu akan akibat dosa syirik? Lebih dari itu, digunakan pula untuk menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap orang lain iaitu saudara seagama.

Nampaknya, PAS benar-benar sanggup melakukan apa saja demi kuasa.

Sehingga kini, PAS telah menggadaikan Negara Islam, walaupun enggan mengakuinya. PAS telah pun mempersetankan bangsa Melayu, walaupun kini kembali terhegeh-hegeh membela Melayu. PAS telah pun menghalalkan khalwat, zina dan liwat di kalangan pemimpin mereka dan pemimpin parti sekutu. PAS sanggup sehidup semati dengan kafir harbi. PAS sanggup menerima puak Syiah. PAS sanggup berarak di belakang pejuang murtad dan LGBT. PAS sudah tidak kisahkan kilang arak dan pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagai cendawan di negeri-negeri yang diperintah PR.

Tetapi, untuk PAS mengamalkan sihir dan menyirikkan Allah S.W.T adalah amat keterlaluan.

Pendek kata, kalau sudah syirik, tak payahlah lagi menggunakan nama Islam. Kalau sudah syirik, maka apa jua yang PAS katakan atau amalkan sudah tidak membawa apa-apa makna lagi.

Walaupun UMNO bertekad untuk merampas kembali Kedah, tetapi UMNO tidak akan sekali-kali menggunakan cara syaitan. UMNO bekerja secara professional dan boleh menerima kekalahan dengan baik. Bagi UMNO, PAS juga adalah saudara seagama dan tidak akan sekali-kali menganiayai sesiapa dan UMNO telah pun membuktikannya.

Oleh itu, UMNO mendoakan Dato’ Seri Azizan Razak segala kekuatan untuk menentang kejahatan dari syaitan dan juga manusia. Jika berpeluang berentap lagi dalam PRU kali ini, kita pasti akan berhadapan dengan Dato’ Seri Azizan secara anak jantan, dan bukan dengan cara syaitan.

Semoga cepat sembuh, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kami ucapkan kepada Dato’ Seri Azizan. Kita harap, individu yang bertanggungjawab menyerang Dato’ Seri, akan segera insaf, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan..BERUANG BIRU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive