Monday, 27 August 2012

Islam Makin Berkembang Di Malaysia, Otak Mahfuz Masih Ditakuk Lama…



Masih di dalam “mood” Hari Raya, rasanya mahu saja saya beraya di Pokok Sena, mencari Mahfuz Omar di sana dan “hadiah”kannya pelempang sedas dua. Selalunya di Hari Raya begini, patutnya Mahfuz tak tunjuk bodoh, tapi Aidilfitri kali ini makin menjadi-jadi pula kebodohannya…

Terbaru, Mahfuz sekali lagi membuat kenyataan yang sama sekali tidak dapat diterima akal fikiran yang waras di mana dia mendakwa bahawa UMNO kononnya mahu judi bola wujud di negara ini dan tidak perlu berpura-pura mahukan Islam.

Mahfuz berhujan kononnya membenarkan judi bola itu merupakan anti-Islam dan menjatuhkan maruah orang Islam yang lain kerana orang bukan Islam di dalam DAP pun kononnya “menentang” judi bola.

Pertamanya, saya ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan Mahfuz itu jelas menghina DYMM Yang DiPertuan Agong kerana baginda itu merupakan Ketua Tertinggi Agama Islam dan bertanggungjawab ke atas kedaulatan Islam di negara ini.

Kenyataan Mahfuz itu membayangkan seolah-olah DYMM Yang DiPertuan Agong tidak menjalankan tugas baginda dengan baik sedangkan Malaysia terkenal di seluruh dunia sebagai negara Islam contoh yang diiktiraf seluruh negara-negara Islam lain.



Berkenaan judi bola yang Mahfuz katakan itu sebenarnya sudah pun dijelaskan dengan sejelas-jelas penjelasan dan mungkin Naib Presiden PAS itu begitu dungu untuk memahami setiap butir penjelasan yang diberikan sebelum ini.

Sebenarnya, isu judi bola sudah pun diperdebatkan dan telah diputuskan untuk dibenarkan di negara ini secara terhad berserta syarat-syarat yang ketat.

Jika Mahfuz nak tahu, sekiranya judi bola diharamkan di negara ini sekali pun, aktiviti itu akan tetap berlaku secara haram di mana “bookie-bookie” judi bola haram itu akan mengaut keuntungan ratusan juta ringgit dan adakalanya mencecah berbilion ringgit untuk satu musim bola.

Untuk mengelak kerugian cukai negara yang sepatutnya diperoleh dari hasil judi itu, maka kerajaan membenarkan judi bola itu di negara ini dengan pemantauan dan lesen yang sangat terhad.

Sekurang-kurangnya, cukai judi bola itu boleh digunakan untuk membina tandas awam di Parlimen Pokok Sena dan Mahfuz tidak perlu menahan air besarnya sekiranya dia sakit perut ketika berada di pekan parlimennya itu!

Sudah tentulah DAP menentang kebenarang judi bola memandangkan mereka dikatakan bertindak sebagai “bookie-bookie” haram judi bola selama ini.

Jadi, bila judi bola dibenarkan, maka mereka terpaksa berdepan dengan saingan yang dibenarkan undang-undang yang lebih menjadi pilihan kaki judi bola. Mereka dijangka akan mengalami kerugian besar dari tindakan membenarkan judi bola beroperasi secara sah.

Siapa kata membenarkan judi bola itu anti-Islam? Judi bola itu adalah haram di sisi Islam dan mana-mana Muslim dilarang sama sekali untuk terlibat di dalam judi bola itu. Jadi, tidak timbul isu membenarkan judi bola itu adalah anti-Islam. Dangkal benar hujah Mahfuz!

Sebenarnya, tidak mengira UMNO, PAS mahu pun PKR, selagi mereka berpegang teguh pada ajaran Islam, mereka sebenarnya memang mahukan Islam. UMNO mahu Islam, PAS mahu Islam dan muslimin di dalam PKR pun mahukan Islam.

Jasa UMNO di dalam memperkembangkan syiar Islam di dalam dan di luar negara tidak perlu dipertikaikan lagi apabila perkembangannya begitu jelas terserlah dewasa ini.

Cuba bandingkan pengaruh Islam di zaman awal merdeka dengan pengaruh Islam di zaman ini. Dulu tentera kita berseluar pendek, tapi sekarang berseluar panjang. Dulu polis wanita tidak bertudung dan kini begitu segak bertudung litup.

Dulu ramai wanita di negara ini tidak bertudung dan selalunya mereka hanya menutup kepala dengan selendang, kain batik atau skaf sahaja berbanding sekarang di mana kita boleh lihat pelbagai jenis tudung dan busana muslimah diperkenalkan secara meluas di negara ini.

Berapa ramaikah golongan bukan Islam yang sudah didakwah PAS untuk memeluk Islam berbanding JAKIM, PERKIM, KAGAT dan agensi-agensi kerajaan yang lain? Berapa banyak pula masjid yang dibina dan dinaik taraf di Kelantan berbanding di negeri-negeri UMNO/BN?

Apa yang PAS tahu hanya berpolitik, berceramah dan menabur fitnah setiap hari tanpa jemu. “Hero” PAS paling bodoh sudah tentulah dirangkul Mahfuz yang tiada tolok banding kebodohannya yang bukan kepalang tersohor di seluruh negara.

Paling sadis, PAS mengundur kebelakang memalukan dirinya dengan menjadi “keldai barua” DAP dan PKR sehingga mengorbankan perjuangan asal menegakkan negara Islam, perlaksanaan hukum hudud serta beberapa pemimpin pro-ulama yang semakin jauh dipinggirkan “mazhab Anwarinas”.

Islam semakin berkembang dan berubah semakin maju mengikut arus kemodenan zaman. Cuma sikap segelintir Melayu Muslim saja yang dikesali tidak berubah di mana sejak di zaman bangku sekolahnya hinggalah ke hari ini, “dia” tetap suka “main depan belakang”…siapa?

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive