Friday, 11 May 2012

PROMOSI PERCUMA !!! TAPAK KOSONG PERCUMA UNTUK BERNIAGA DI KARNIVAL BUKIT DAMANSARA??



Karnival rumah ambiga !!

Kat sini MTK nak buat satu posting Promosi tapak untuk berniaga secara percuma kepada peniaga peniaga yang mahu memulakan perniagaan kecil kecilan..Tapak ini atas usaha sebuah NGO IKHLAS yang ingin membantu peniaga peniaga yang masih mencari tapak untuk berniaga..Keluasan tapak yang disediakan tidak terhad.Buka saja berapa luas pun asalkan mudah bekerja..Segala kemudahan asas disediakan oleh salah sebuah rumah yang juga ketua satu badan NGO KUNING..


Nah kau ambiga rasakan pula demo dari peniaga depan rumah hang..Orang marah kat hang pasal buat benda bodoh bershit tu sebab hang takmau tanggungjawab atas kerugian peniaga peniaga..La ni hang kena la pulak.


Seorang peniaga burger yang terjejas pendapatan masa demo Bersih 3.0 pada 28 April lalu pacak gerai burger di depan rumah bos Bersih,Datuk s Ambiga di Bukit Damansara,Kuala Lumpur.

Peniaga itu adalah salah seorang dari empat wakil peniaga sekitar kawasan terlibat demo Bersih yang menyertai protes selama hampir sejam di situ mulai jam 2 petang Khamis.

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) mahu memanggil lebih ramai penjaja kecil membuka gerai di sekitar kawasan kediaman Datuk S. Ambiga jika sekiranya tiada respons positif mengenai tuntutan ganti rugi peniaga di sekitar kawasan terjejas akibat perhimpunan Bersih 28 April lalu.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya memberi tempoh dua minggu untuk Pengerusi Bersih 2.0 memberikan respons berhubung ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 yang diterima menerusi 200 aduan daripada penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman pada hari itu.

“Kami mahu Ambiga bertanggungjawab di atas segala kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para penjaja kecil akibat perhimpunan berkenaan dan gerai burger yang dibuka di hadapan rumah beliau pada hari ini adalah simbolik kepada ketidakpuasan hati penjaja terhadap apa yang berlaku pada hari perhimpunan itu,” katanya pada sidang media khas sempena protes di hadapan rumah Datuk S.Ambiga di Bukit Damansara, hari ini.

Katanya, Ambiga juga masih perlu menjelaskan ‘hutang’ berjumlah RM 817,205 kerugian peniaga dan penjaja di kawasan yang sama ketika penganjuran Bersih 2.0.

Dalam protes yang diadakan di hadapan rumah Pengerusi Bersih itu, seramai 20 orang termasuk dari Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman berkumpul dan membuka gerai burger selama satu jam bermula jam 2 petang.

Rumah Ambiga kelihatan dikawal ketat oleh tiga orang pengawal peribadi sejak jam 1.30 petang.

Protes yang sepatutnya diadakan secara aman turut dicemari dengan insiden provokasi apabila salah seorang penyokong Ambiga menjerit ‘penyangak’ ke arah peserta protes menyebabkan suasana tegang apabila Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan cuba menafikan tuduhan itu dan berlaku pertikaman lidah.

Datuk S.Ambiga yang berada di rumahnya mengadakan sidang media sejurus selepas itu kesal dengan tindakan pihak terbabit mengadakan protes dihadapan rumahnya.

“Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai sendiri tindakan yang dilakukan oleh sehingga mereka boleh datang ke kediaman dan mengganggu privasi saya serta seluruh kawasan kejiranan ini, tentang hal ini biarlah pemimpin negara yang ulas, saya tunggu.

“Saya tidak akan bayar ganti rugi itu sekarang, mereka (peniaga) boleh failkan semua tuntutan ganti rugi itu di mahkamah, jika pihak mahkamah arahkan bayar ganti rugi baru saya akan bayar begitu juga kalau mahkamah suruh minta maaf, mungkin saya akan lakukan,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau takut dengan apa yang berlaku hari ini, Ambiga berkata dia tidak sedikit pun takut kerana ramai yang berada di belakangnya ketika ini.

“Buat apa saya hendak takut, anda lihat dibelakang saya ini ramai wakil NGO dan mereka bersedia bersama-sama menghadapi apa jua tentangan disebabkan penganjuran Bersih ini,” katanya.

Kata Ambiga lagi, laporan polis juga akan dibuat berhubung tindakan protes yang dilakukan di hadapan rumahnya.

MTK
POLIS JIGAK HANG CARI??AWAT TAK REPORT KAT UNIT AMAL PAS??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive