Friday, 13 April 2012

PANASS!! BUKTI ANWAR BUKAN NAK HAPUSKAN SEMUA HUTANG PTPTN ?? #MejaBulat PTPTN


HARI ini kalau kita lihat semua perkara membabitkan janji Pakatan harami untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kefahaman kita ialah ANWAR AKAN HAPUS SEMUA HUTANG.

Itu kefahaman.

Tapi transkrip sesi dialog Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Bersama Profesional Muda di Hotel Empire Subang Jaya pada 31 Mac 2012 yang terlepas ke tangan penulis menunjukkan sebaliknya.

Semasa menjawab persoalan yang dikemukakan wartawan RocketKini yang dikenali sebagai Izmir berhubung apa sesudah PTPTN dihapuskan dan kemana kakitangan PTPTN akan dihantar, Anwar memberikan kenyataan berikut:-





Ada 2 perkara penting disitu, pertama, hapus ikut pendapatan, kedua, hapus secara berperingkat.

Terma ‘ikut pendapatan’ ini sahaja sangat meluas. Ada kata gaji RM 5,000 sebulan itu sudah kaya, tapi ada juga cakap kalau gaji RM 5,000 tapi anak sepuluh, dia masih sama miskin dengan orang yang gaji RM 2,000 tapi anaknya 2 orang sahaja.

Macam mana Anwar nak selesaikan masalah ini? Kita ada 1.9 juta orang peminjam dan bekas peminjam sekarang, semuanya berharap tak perlu bayar lagi hutang PTPTN atau mengharap pulangan PTPTN sebaik Pakatan harami ini berjaya menawan Putrajaya (mintak jauh) dalam pilihanraya umum akan datang.

Alangkah kecewanya mereka-mereka ini nanti bila dapat tahu bahawa hutang PTPTN mereka tidak layak dihapuskan atau menerima pulangan semula pinjaman sebab gaji dah tinggi sekian-sekian banyak. Undi dah bagi dah ni, menang dah menang dah.

Ini belum lagi kita sentuh bab menghapuskan hutang PTPTN secara berperingkat!!!

Kalau kita sentuh bab itu, penulis yakin ada yang akan angkat bendera putih dan mengaku bahawa semua cerita nak menghapuskan PTPTN ini hanyalah satu sandiwara untuk mendapatkan undi sahaja, bukan benar nak buat pun.

Akhirnya nanti, episod duka yang menimpa rakyat Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan hari ini kerana janji pilihanraya 2008 tidak ditunaikan, akan menimpa semua rakyat Malaysia pulak kerana percayakan cakap penipu macam Anwar.

Lebih teruk lagi, yang tertipu waktu itu, jangan haraplah nak menuntut balik besok sebab Anwar jenis manusia yang bijak buat pekak badak. Tengok sajalah macam mana dia tipu seluruh rakyat Malaysia konon nak ambil alih kerajaan 16 September, selepas itu apa jadi?

Selamba dia saja, buat tak tahu je, macam tidak ada apa yang berlaku, salahkan takdir dan sebagainya.

Eh, Anwar punya kelentong kita semua sudah tahulah.SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive