Wednesday, 11 April 2012

PAKATAN TIDAK PEDULI RISIKO JIKA PTPTN DIMANSUHKAN #MejaBulatPTPTN



Kita perlu tahu apa kesan kepada negara apabila PTPTN dimansuhkan. Apakah ianya terlalu 'penting' sehingga boleh membebankan rakyat Malaysia yang lain, atau kerajaan sengaja mahu membebankan para mahasiswa dengan membiarkan mereka menanggung hutang selepas belajar. Rujuk artikel dibawah.

Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Perdana Menteri hari ini.


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada parti-parti pembangkang yang bercadang memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang ini.

"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di yang dihadiri 50,000 rakyat di Stadium Batu Pahat di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Najib berkata, pada ketika ini pun kerajaan menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat, dengan PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

Tindakan menghapuskan PTPTN merupakan satu langkah yang baik, namun jika kesannya buruk akibat permansuhan itu dirasai oleh semua rakyat Malaysia, ia akan menjadi satu tindakan yang amat tidak bijak oleh sebuah kerajaan pemerintah.

Pembangkang hanya mendesak atas dasar POLITIK, mereka sengaja mengunakan isu ini untuk menarik perhatian para mahasiswa dan raih sokongan murahan. Seperti biasa mereka hanya berjanji, dan berharap ada pihak yang percaya dan menyokong janji-janji mereka. Namun apakah ada kebenaran disebalik janji-janji mereka itu?

Jika benar mereka ikhlas dan praktikal terhadap janji mereka, apa kata mereka cuba dulu (mansuh PTPTN) keatas pusat pengajian yang berada dinegeri yang dikuasai oleh pembangkang, seperti KUIN di Kedah, UNISEL (Selangor) dan lain-lain IPT dan IPTS.

Kita tengok sama ada mereka mampu, atau hanya cakap kosong saja. Biar mereka buktikan dulu, takkan kita nak gadaikan kerajaan sekarang dengan hanya janji kosong puak pembangkang? Fikir dulu sebelum bertindak.

KEDAHKEKL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive