Mesti ramai tertanya-tanya kenapa YAB DS Mukhriz tidak hadir perjumpaan bersama YAB PM di PWTC 2 hari lepas kan?
Isu ni sengaja dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO.
Sebenarnya ramai KB yang tidak hadir ada komitmen kerja.lagipun aku difahamkan bahawa perjumpaan itu dicepatkan. Sepatutnya jumpa pukul 9 malam, tapi diubah saat akhir ke pukul 4.30 petang.
Contoh blog yang sengaja menimbulkan persepsi negatif |
YAB DS Mukhriz tak sempat hadir ke perjumpaan tersebut kerana seharian beliau berada di KUIN mengiringi YTM Tunku Temenggung menyampaikan skrol kepada graduan sebelah pagi, dan sebelah petang giliran DS Mukhriz pula menyerahkan skrol kepada graduan.
Komitmen tugas sebagai Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN beliau perlu memastikan konvokesyen KUIN kali ini berjalan lancar.
YAB DS Mukhriz juga telah pun memaklumkan ketidakhadiran beliau ke majlis perjumpaan dengan YAB PM lebih awal.
Mohon rakan2 bantu perbetulkan kesalahfahaman ini.
1 comment:
Post a Comment