Wednesday, 15 October 2014

penghasut tak suka Akta Hasutan kata Bung Mokhtar




Ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mendesak kerajaan mengekalkan Akta Hasutan malah mengetatkannya bagi menjamin keamanan dan kemakmuran masa depan negara.

Katanya, hanya mereka yang suka menghasut tidak suka kepada akta berkenaan dan mahu kerajaan menghapuskannya.

“Kalau tidak menghasut, tidak bersalah dan kena dakwa, kenapa takut?…lawanlah di mahkamah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Selasa.

bungtvMenurut beliau, ketika zaman Jepun atau komunis, mereka yang menghasut boleh dihukum tembak tetapi di negara ini mereka hanya dihadapkan ke mahkamah.

“Kalau tak hasut, tak kena (dakwa dan hukum),” katanya yang turut kecewa banyak media sosial menghina agama, menghina sultan dan agama Islam.



Beliau bersetuju sekiranya diwajibkan pendaftaran kepada semua laman sosial bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menghasut.

Terdahulu, Bung Mokhtar turut menyelar pembangkang yang terus memperlekeh bajet kerajaan yang dituduh tidak adil tetapi pembangkang sendiri bersikap tidak adil.

“Mereka yang kata kononnya telus tetapi ahli yang tegut kena pecat, kena gantung. Kalau ini yang memerintah, boleh kiamat negara,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat berhati-hati dengan pemimpin DAP dan PKR yang disifatkannya sebagai racun yang boleh menghancurkan negara.

Beliau hairan kenapa ada rakyat masih menyokong pembangkang yang tidak boleh mentadbir negeri malah berdepan macam-macam masalah seperti Langkah Kajang untuk menukarkan Menteri Besar Selangor.

Mengenai PAS pula, Bung Mokhtar berkata, parti itu seperti tiada lagi sebaliknya yang ada ialah PasMa.

Katanya, PAS memang kena buli dalam pembangkang sebab itu kini ada PasMa.

BNBBC

2 comments:

BR1M said...

biar je la Bung ni, tapi TQ sbb bung la parlimen ni kelakar hahahaha!

Anonymous said...

Penjajah British-ZIONIS-KEPARAT buat Akta Hasutan kerana terpaksa BUKAN sebab berpandangan jauh! Tetapi kerana dipaksanya ke atas BUMIPUTERA Tanah Melayu pusaka nenek moyang kita ini, berjuta PENDATANG dari Cina dan India yang sewenangnya diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah mengikut Perjanjian PENIPU yg. berasaskan undg-undg DAJAL Malayan Union, legasi si British-ZIONIS “jus soli” dlm. tahun 1946!

SYUKUR ALHAMDULILLAH kita ada TOKOH terkemuka dan amat terpelajar spt. YAB Tun Abd. Hamid - patutnya dilantik sbg. PENASIHAT MT UMNO, yg. mendedahkan PEMBOHONGAN Pembangkang, kerana Akta Hasutan 1948 telah diPINDA oleh BAPA KEMERDEKAAN tercinta kita, YAB PM, Allahyarham Tun Abdul Razak kita, supaya bukan lagi menjadi legasi British-ZIONIS.

Akibat KEDAJALAN PENDATANG DAPBANGKAI dlm. rusuhan GANAS mereka pd. 13 Mei, Akta ini telah dipinda oleh Almarhum Tun Abdul Razak, di mana sekarang tujuan utamanya melindungi ISLAM/umatnya termasuk Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak istimewa Melayu dan BUMIPUTERA lain. Sebab itulah sebenarnya mengapa Akta ini amat dibenci oleh si si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM serta TUAN Barat-ZIONISnya ( lihat di - http://badutrakyat.blogspot.com/2014/09/eksklusif-adakah-benar-aktahasutan.html, EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR #AKTAHASUTAN ADALAH WARISAN ZAMAN #BRITISH ??? WAJIB BACA !!!, Posted By Editor Badut Rakyat , September 08, 2014)!

Makcik Sambal Belacan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive