Tuesday, 8 July 2014

PANASSS !!! PENGUATKUASA PBT MAKAN GAJI BUTA ??



KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) melalui Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan ketegasan dan keseriusan kementerian tersebut untuk memerangi kegiatan judi haram apabila menegaskan pasukan elit khas yang akan ditubuhkan memiliki keanggotaan dua kali ganda berbanding Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING).

Selain itu kata Ahmad Zahid, pasukan itu juga akan mempunyai kuasa dan peranan seperti pasukan polis dan cekap serta terlatih dari segi operasi. Dari satu segi, polis melalui KDN sudah membuktikan kesungguhan bagi memerangi kegiatan itu yang dianggap kini berada pada tahap luar biasa.

Malah polis juga mempertingkatkan operasi dengan menyerbu premis-premis yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut. Namun begitu, apa yang menjadi persoalan sejauh manakah peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan usaha polis tidak menjadi ibarat 'mencurah air ke daun keladi'?

Penulis sama sekali tidak berhasrat mempertikaikan pengumuman Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyatakan kadar denda mana-mana premis perniagaan yang menjalankan kegiatan haram seperti judi dan pelacuran akan ditingkatkan sehingga RM25,000 bagi setiap kesalahan, berbanding RM2,000 yang dikenakan pada masa ini

Beliau juga menjelaskan, mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) PBT tidak mempunyai kuasa untuk menutup, menyita dan melucut hak terhadap pemilik premis yang didapati menjalankan kegiatan haram tersebut.

BACA SETERUSNYA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive