Tuesday, 6 May 2014

FAKTA TENTANG GST, SIAPA DIPERBODOHKAN ??




Kalau semua penyokong pembangkang yang berhimpun sekitar Dataran Merdeka tahu fakta sebenarnya pasal cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mereka hentam keromo bantah...tentu masing-masing rasa diperbodohkan.

Apakah mereka tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri waktu beliau Menteri Kewangan pada tahun 1992 setuju GST dan umum ia akan dilaksana dalam Bajet 1993.

Memanglah kalau cakap mereka bodoh dan main ikut saja tanpa tahu apa fakta sebenar...tentu mereka melenting...tetapi inilah hakikatnya.

"Ketua Pembangkang sendiri bersetuju GST dilaksanakan...sekarang tak setuju pula,"kata Timbalan menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam sidang Dewan Negara pagi Isnin sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.



Beliau ingin tahu apakah kerajaan rasa tergugat dengan bantahan termasuk himpunan GST 1 Mei.

Ahmad Maslan kata bantahan berkenaan adalah sia-sia kerana pada 1 April 2015 kerajaan tetap akan laksanan GST kerana ia mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara.

Beliau memberitahu usaha awal nak laksana GST bermula sejak 30 tahun lampau apabila pada tahun 1983 kerajaan menghantar pasukan ke Korea Selatan untuk belajar pasal GST.

Menurut beliau bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sendiri cakap mengenainya pada tahun 1988.

Selain Daim,Anwar cakapTun Abdullah Badawi pada tahun September 2004 beritahu GST akan dilaksana pada tahun 2005.

Beliau memberitahu pada tahun itu Malaysia menghantar pasukan ke Australia,New Zealand dan Indonesia untuk kaji pasal GST.

Pada 2009 sudah baca rang undang-undang mengenainya buat kali pertama.Kemudian ia ditarik balik.

Semasa bentang Bajet 2013,Perdana Menteri umum di Dewan Rakyat bahwa GST akan dilaksana pada 1 April 2015.

"Kita dah bercerita mengenai GST sejak 30 tahun lepas...dan 160 buah negara sudah laksana GST yakni 90 peratus dari rakyat di dunia ini negara ini guna GST,"katanya.

Mengulas cadangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kerajaan tangguh gunapakai GST sehingga Malaysia sudah jadi negara kaya,Ahmad Maslan jelaskan 28 negara miskin sudah pakai GST.

Ini termasuk Bangladesh,Kemboja dan Etophia.

Manakala 41 negara yang berpendapatan sederhana rendah sudah guna GST seperti Indonesia,Sri Lanka dan Filipina.

Negara-negara yang berpendapatan sederhana tinggi seperti Brazil,Panama ,Thailand ...39 negara.Malaysia negara ke 40.

Semuanya 160 dari 190 buah negara sudah gunapakai GST.

Di rantau ini cuma Brunei ( kerana Brunei memang tak ada cukai),Myanmar serta Malaysia saja yang belum gunapakai GST.

Kalau GST tidak baik tentu ekonomi 160 buah negara itu sudah menguncup,kata Ahmad Maslan.AGENDA DAILY

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive