Wednesday, 16 April 2014

TUDIAA !!! SUAMI CERAIKAN ISTERI SEBAB TOLONG SAPU UBAT ??




Semua orang ada masalah rumah tangga, ada yang boleh dibincang dan ada juga yang tak boleh diselamatkan.. Tapi di Malaysia ada 2 kes dimana satu kes ini amat mengejutkan.. Seorang Isteri yang berniat untuk menyapu ubat si suami yang sakit mata berakhir dengan penceraian..


Itu kisah yang dialami oleh seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nora menurut laporan Harian Metro.

Nora, 27 tahun, berkata kejadian mengejutkn itu berlaku pada tahun 2006 apabila bekas suaminya yang mengalami sakit mata meminta bantuannya untuk menyapu ubat diberikan pihak klinik ke matanya.

“Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh.

“Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan cerai talak tiga sekali gus,” katanya.

Sebaik cerai itu dilafazkan, dia yang tinggal di rumah lelaki itu di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah ibu bapa di Perak.

“Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata,” katanya.




Kes satu lagi pula diceraikan dengan alasan tidak tahu memasak.


Dengan alasan tidak tahu memasak, seorang wanita berusia awal 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini berdepan kemungkinan meneruskan hidup sebagai janda apabila suaminya memfailkan perceraian menggunakan alasan remeh berkenaan.

Lebih menyedihkan, detik sedih perbicaraan berhubung fail perceraian berkenaan jatuh pada bulan sambutan ulang tahun sulung perkahwinan pasangan terbabit iaitu Mei ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, apa yang sangat memilukan tragedi itu berlaku dalam keadaan rumah tangganya sangat harmoni tanpa tiada selisih faham atau sebarang pergaduhan besar.

“Saya memang terkejut sebab sebelum ini kami tak bergaduh. Tiba-tiba saja pada 6 April lalu, bapa mentua yang datang ke rumah orang tua saya (di sebuah kawasan perumahan selatan Selangor) memaklumkan kepada keluarga saya yang dia membawa suami saya memfailkan perceraian di mahkamah tiga hari sebelum kedatangannya.

“Alasan diberikan untuk bercerai kononnya saya tak tahu memasak. Saya sangat sedih sebab keluarga mentua membelakangkan saya sebelum membuat keputusan berkaitan hidup saya,” katanya yang berharap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk perbicaraan kes itu bulan depan. – Harian Metro

Macam macam....

1 comment:

Anonymous said...

Dapat pucuk baru tu..
saja cari alasan...mcm hampeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive