Saturday, 29 March 2014

PANASS !! BERAPA RELUNG BENDANG MP ALOR STAR TANAM PADI ?? @Ismailsabri60 #DSIS

MP Alor Star Gooi Hsiao Leung
Lawak pulak bila Ahli Parlimen Alor Star yang bermastautin tetap di Pulau Pinang dan jarang balik ke kawasan cuba menjadi hero di Parlimen kononnya tahu tentang isu padi..

Tapi nasib tidak menyebelahi Ahli Parlimen Alor Star ini apabila beliau ditempelak balik oleh Menteri Pertanian Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob..

Turut serta membalun Gooi di di Dewan Rakyat ialah mantan Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Johari Baharom kononnya tahu apa masalah dan kemelut pesawah yang majoritinya terdiri daripada kaum melayu katanya, ahli parlimen ini bukan tinggal di Alor Setar sebaliknya di Pulau Pinang.



Sebelum ini Gooi membangkitkan isu harga siling padi dalam Dewan Rakyat, ketika berhujah bukan harga siling menjadi target utama Gooi untuk mendesak kerajaan sebaliknya Gooi memilih untuk bertanyakan soalan berkait dan kecaman terhadap Bernas yang semua sudah maklum dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar..

Baru baru ini kerajaan telah menetapkan harga siling padi dan diseragamkan diseluruh negara iaitu sebanyak RM1200


Menurut DS Ismail Sabri walaupun kerajaan menetapkan harga siling tetapi dari segi pengiraan. Kementeriannya telah mengeluarkan satu arahan agar mutu beras diambil kira dan dibayar mengikut pemutuan sebenar.

“Walau serendah mana mutu padi jika tidak diletakkan harga siling pengilang akan jual sangat rendah dan ia akan memberi kesan kepada pesawah. Oleh itu mereka harus mengikut harga siling yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Penyenaraian atau penyenaraian keluar BERNAS dari Bursa Malaysia tidak menjejaskan Perjanjian Konsesi semasa antara Kerajaan dan BERNAS serta tidak akan memberi kesan ke atas tanggungjawab dan obligasi sosial BERNAS kepada Kerajaan dan petani.

Tanggungjawab dan obligasi sosial yang dilaksanakan oleh BERNAS berdasarkan Perjanjian BERNAS adalah seperti berikut:

(i) mengurus dan mengekalkan stok penimbal negara pada setiap masa;
(ii) mengurus semua Pusat Belian Padi;
(iii) menjadi Pembeli Terakhir Padi pada Harga Minimum Terjamin iaitu RM750 tan metrik;
(iv) menguruskan Skim Subsidi Harga Padi dan Insentif Peningkatan Hasil (IPH); dan

(v) menguruskan Skim Kilang-Kilang Bumiputera.

Dari penjelasan yang dibuat oleh Ds Ismail Sabri, tak timbul satu pun persoalan mengatakan bahawa kerajaan menindas pesawah seperti yang digembar gemburkan oleh Gooi dan pemimpin pakatan sejak mereka menubuhkan NGO Bela Tani yang dipengerusikan oleh Gooi ketika kempen PRK Sg Limau tahun lalu..

Kerajaan sentiasa menjaga perihal petani dan akan memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka bagi membolehkan para petani menikmati pendapatan yang lebih baik..

Jadi kepada Ahli Parlimen Alor Star Gooi  Hsiao Leung carilah mana mana bendang di Alor Star dan jadi pesawah dulu sebelum cuba tunjuk hero kononnya anda pembela nasib pesawah..


MTK
Ops !! Bro, gua dengar ada gengster cina Alor Star carik lu pasal duit hutang PRU13?? Betul ke ??

2 comments:

Anonymous said...

MP ni memanmg tak tahu apa tetapi yang jadi baruanya adalah pecacai PKR dan PAS. Memang jenis pecacai barua yang tidak tahu diuntung.

PecahPalakMikir said...

cehh tengok lintahpun geli geleman ada ati nak nak berkubang dalam bendang bersama rakyat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive