Berita yang mengemparkan !! Seorang Adun Pas maut dalam nahas udara...Hanya beliau seorang sahaja yang maut daripada 100 orang penumpang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu menuju ke Kuala Lumpur semalam..
Flight TK5110 meletup sejurus sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langit ke Tujuh Bandara Cekelat Angin..
Sebenarnya cerita diatas hanya sekadar gurauan.. Selepas membaca status Adun Pas di Twitter yang sengaja membuat cerita bahawa ada pesawat terhempas di KLIA.. Namun selepas di semak, berita berkeaan adalah PALSU sama sekali..
Tujuan Adun Pas menyebarkan berita PALSU itu hanya untuk gurauan.. Tapi logikkah sebagai ADUN menyebarkan berita Palsu ??
ADUN Pas bergurau pesawat terhempas di Putrajaya
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.
Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.
Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, ‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb’.
Postingnya itu kemudian mendapat maklum balas daripada pengikutnya, antara lain @AzizLaikar membidas tindakan Dr Syed Azman dengan mengatakan, apa yang dipaparkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak betul.
Menurut @AzizLaikar, berita itu sebenarnya tidak betul. Kami berada di airport (lapangan terbang) dan tidak ada pun kejadian sebegini berlaku.
Seorang lagi pengikut, @Akarbina berkata, Dr Syed Azman seharusnya memastikan laporan yang ditulisnya itu adalah benar kerana setelah beliau memeriksa dengan pihak berkenaan, pesawat itu mendarat mengikut masanya.
@ADM1RZ4 turut mempersoalkan darimana Dr Syed Azman mendengar berita itu dan menyiarkan kenyataan yang belum ada pengesahan dan kesahihan adalah bahaya.
@syazwancdm pula menempelak ADUN Pas itu kerana menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.
Selepas ditegur, Syed Azman memuat naik dua status menegaskan berita yang disebarkan sebelum itu tidak benar tetapi tiada perkataan maaf disertakan.-http://malaysiagazette.com
2 comments:
ADUN tahap gaban memalukan warga ADUN kerana membuat cerita palsu. Pihak KLIA boleh saman ADUN ini biar menjadi pengajaran kepada orang lain.
orang pas adalah orang agama. orang agama boleh bohong ke? atau pun pura pura jadi orang agama untuk dapat jawatan.
MASYA ALLAH
Post a Comment