Sekadar hiasan |
Inilah antara menteri satu satunya yang sering kali membuat kenyataan tahap bapak ayam. Dilantik menteri KPDNKK bukan untuk menjaga penguna(rakyat) sebaliknya memperlecehkan rakyat.
Sebagai menteri yang menjaga hal ehwal penguna, beliau kena turun pantau kenaikkan harga barang bukannya membuat kenyataan rakyat Malaysia menyokong kenaikkan harga barang.
Menterilah yang kena arah pegawai pegawai KPDNKK jalankan survey terhadap penguna tentang kenaikkan harga barang dan bukannya mengharapkan penguna saja membuat aduan.
Banyak cara yang boleh dilakukan di pihak kementerian seperti menghantar penguatkuasa KPDNKK lakukan penyamaran dan mengesan peniaga peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.
Tak payahlah jadi menteri kalau sekadar nak menjilat tangan PM sebagai penghargaan dilantik sebagai menteri penuh.
Gaji penguna tak sama macam gaji menteri, jadi jangan anggap kenaikkan harga barang sekarang ini tidak membebankan rakyat.
No comments:
Post a Comment