Baru baru ini Nik Abduh ada meminta Kerajaan supaya mendedahkan perjanjian antara kerajaan dengan konsensi tol era pentadbiran Tun Dr Mahathir.
Kerajaan digesa membuat pendedahan mengenai perjanjian konsesi yang pernah dibuat ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum menaikkan bayaran tol.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, isu tol tersebut kini timbul kesan daripada perjanjian konsesi sebelum ini.
“Perjanjian konsesi ini boleh menjerut rakyat dan memerangkap Barisan Nasional (BN) itu sendiri dan ia menunjukkan usaha yang tidak menepati janji kepada rakyat. Aspek ini tidak meyakinkan rakyat dan hanya dilihat sebagai janji manis BN sebelum ini sekiranya kenaikan tol benar-benar dijalankan,” katanya kelmarin.
Tapi sebenarnya Nik Abduh tak perlu pun desak kerajaan supaya mendedahkan perjanjian konsensi tol sebaliknya beliau hanya perlu rujuk kepada Anwar Ibrahim kerana ketika itu Anwar Ibrahim selaku menteri kewangan dan Anwar antara menteri paling banyak meluluskan dan menyaksikan perjanjian antara syarikat konsensi tol dengan kerajaan..
Buktinya seperti data dibawah ini
Jelas bukan ? Anwar lebih banyak mengetahui selok belok perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsensi tol.. Kenapa tak rujuk saja dengan Anwar ?
No comments:
Post a Comment