Monday, 18 November 2013

TERKINI !! AYAHANDA TUN MASUK IJN




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr. Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.



"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.

Dr. Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.

Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga. - BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Semoga Allah SWT segera menyembuhkan Tun Mahathir, sihat utk terus menyumbang bakti, dipelihara beliau dlm Hidayah Taufiq Allah SWT..Aminn!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive